Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira

Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira Page Rasmi Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira

Masyarakat seharusnya bersyukur atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik serta membimbing anak bangsa menjadi ...
14/05/2026

Masyarakat seharusnya bersyukur atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik serta membimbing anak bangsa menjadi manusia yang baik pada hari ini, khususnya guru yang mengajar mengenal membaca ayat-ayat al-Quran, fardu ain dan sebagainya. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada mereka, umat tidak akan mempunyai asas yang kuat untuk mengamalkan ajaran Islam.



Jom Azam hadir
05/05/2026

Jom Azam hadir

Makluman :Kuliah Subuh Khas sempena Hari Raya Korban 1447H/ 2026
02/05/2026

Makluman :

Kuliah Subuh Khas sempena Hari Raya Korban 1447H/ 2026

JADUAL KULIAH MEI MASJID SULTAN AHMAD SHAH TOK SIRA, KUANTAN.Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:مَنْ سَل...
02/05/2026

JADUAL KULIAH MEI MASJID SULTAN AHMAD SHAH TOK SIRA, KUANTAN.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kump**an berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”.
[Riwayat Muslim]


𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝘽𝘼𝙉𝙏𝙐𝘼𝙉 𝘼𝙒𝘼𝙇 𝗠𝗨𝗜𝗣 𝙆𝙀 𝙄𝙉𝙎𝙏𝙄𝙏𝙐𝙎𝙄 𝙋𝙀𝙉𝙂𝘼𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲=======================✅𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐈𝐏𝐓?✅𝐌𝐞𝐧...
23/04/2026

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝘽𝘼𝙉𝙏𝙐𝘼𝙉 𝘼𝙒𝘼𝙇 𝗠𝗨𝗜𝗣 𝙆𝙀 𝙄𝙉𝙎𝙏𝙄𝙏𝙐𝙎𝙄 𝙋𝙀𝙉𝙂𝘼𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

=======================
✅𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐈𝐏𝐓?

✅𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐀𝐬𝐚𝐬𝐢 / 𝐌𝐚𝐭𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐚𝐬𝐢 / 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 / 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 / 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 / 𝐏𝐡.𝐃 ?

✅ 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟐 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟑𝟎 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

📌𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈 :

https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/

📌𝐋𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐓𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈 𝐃𝐈 :
https://ebayt.muip.gov.my/ebaytv2/apps/main/module/index.php?core=0 (ebayt.DokumenDigital)

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 :

1. Dokumen permohonan hanya diterima secara digital sahaja. Tiada penghantaran dokumen fizikal.

2. Permohonan dipertimbangkan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

3. Sila semak dan pastikan semua dokumen telah lengkap dan betul sebelum permohonan dihantar.

Para cerdik pandai Arab bersepakat tentang empat perkara ini yang perlu diberi perhatian, iaitu:• Empat orang, jangan me...
22/04/2026

Para cerdik pandai Arab bersepakat tentang empat perkara ini yang perlu diberi perhatian, iaitu:

• Empat orang, jangan menjauhkan dirimu daripada mereka: Bapamu, ibumu, saudara lelakimu dan saudara perempuanmu.

• Empat golongan, hendaklah kamu kasihi dan berihsan kepada mereka: Anak yatim, orang miskin, orang fakir dan orang sakit.

• Empat perkara, jangan kamu lakukan: Sombong, penipuan, hasad dan dendam.

• Empat perkara, hendaklah kamu hiasi dirimu dengannya: Sabar, lemah lembut, ilmu dan sifat pemurah.

• Empat perkara, berdoalah kepada Allah agar dijauhkan daripadanya: Dukacita terhadap masa lalu, kesedihan dan kebimbangan terhadap masa hadapan, serta sifat lemah dan bakhil.


Assalamu’alaikum wbt | Info MSASTSMasjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira, Kuantan akan menganjurkan Majlis Ibadah Korban 1447...
17/04/2026

Assalamu’alaikum wbt | Info MSASTS

Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira, Kuantan akan menganjurkan Majlis Ibadah Korban 1447H/2026M yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Mei 2026/10 Zulhijjah 1447H(Rabu)
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid SAS Tok Sira, Kuantan

*Maklumat*
Harga : 1 Bahagian RM 800
Harga : 1 Ekor (7 Bahagian) RM 5,600

Sebarang pertanyaan sila hubungi Hj Nordin di talian
https://wa.link/1lyapa

PENYERTAAN ADALAH TERHAD


HEBAHANJemput semua ahli kariah keMajlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira yang akan diadaka...
13/04/2026

HEBAHAN

Jemput semua ahli kariah ke
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira yang akan diadakan pada :

Tarikh : 18 April 2026
Hari : Sabtu
Masa : 10 pagi

Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis serta mengeratkan silaturrahim.


Sabda Nabi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi: "Sesiapa antara kamu yang berpagi-pagian dalam keadaan am...
03/04/2026

Sabda Nabi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi:
"Sesiapa antara kamu yang berpagi-pagian dalam keadaan aman pada kediamannya, sihat tubuh badannya, dan mempunyai makanan untuk hari tersebut, maka seolah-olah dia telah diberikan dunia keseluruhannya.”



🌙 *Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026M | 1447H* 🌙Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal p**a menan...
20/03/2026

🌙 *Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026M | 1447H* 🌙

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal p**a menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.

Ikhlas Daripada :
Pengerusi, Pegawai & Ahli Jawatankuasa Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira, Kuantan


Solat Sunat & Khutbah Raya Aidulfitri 1447H/202621 March 2026/ 1 Syawal 1447H⏰ 8.45 pagi - Solat Sunat Raya
20/03/2026

Solat Sunat & Khutbah Raya Aidulfitri 1447H/2026
21 March 2026/ 1 Syawal 1447H
⏰ 8.45 pagi - Solat Sunat Raya



Address

Kuantan
25050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category