05/10/2021
*APA BEZA ANTARA HIBAH, WASIAT DAN FARAID?*
Hibah dan Wasiat adalah dua (2) instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Kedua-dua Instrumen ini disediakan oleh Pemilik Harta ketika dia masih hidup.
Perbezaan pertama antara Hibah dgn Wasiat ialah dari segi fungsi instrumen-Instrumen tersebut. Wasiat adalah Instrumen yg disediakan bagi Pentadbiran Harta Pusaka seseorang selepas dia meninggal dunia. Ianya dilakukan dgn tujuan melantik Wasi @ Pentadbir Harta Pusaka. Sementara Hibah p**a adalah Instrumen merancang pemberian harta oleh Pemilik kepada seseorang di mana pertukaran hak-milik harta yg diberikan itu boleh berlaku samada ketika Pemberi masih hidup (Hibah Mutlak) @ Selepas Pemberi meninggal dunia (Hibah Bersyarat).
Perbezaan kedua ialah dari segi limit @ had maksimum Harta yg boleh diberikan melalui kedua-dua Instrumen. Pemberian Harta melalui Wasiat dihadkan hanya sebanyak 1/3, dan pemberian itu lebih terjamin jika diberikan kpd Bukan Waris Pemilik Harta. Sementara Hibah p**a langsung tidak mempunyai had-limit, dan pemberian boleh dilakukan kpd sesiapa sahaja termasuk kpd waris-waris.
Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam kerana ianya boleh terus mengekalkan keharmonian dlm hubungan kekeluargaan.
Ketiga, Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan mematuhi 4 Rukunnya & Syarat AlQabdu.
Pemberian secara hibah bukan bertujuan untuk mengharapkan pahala dan bukan juga dgn tujuan untuk memuliakannya, tetapi hibah adalah lebih kepada pemberian yang berbentuk kasih sayang.
WASIAT p**a adalah mengandungi 3 komponen iaitu:
1. Melantik WASI @ Pentadbir.,
2. Mewakafkan 1/3 harta kepada bukan waris,, &
3. Membuat pesanan akhir.
Wasiat mempunyai kesan yg sangat besar kepada Pentadbiran & Pengurusan Harta Pusaka Si-Pewasiat selepas kematiannya. Ianya mempercepatkan proses Tuntutan Pusaka terutamanya di Mahkamah Tinggi Sivil.
*Hubung-kait Wasiat & Hibah dgn Faraid*.
Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak kepada waris-waris berhak Si-Mati.
Apabila sahaja kita meninggal dunia, semua harta milik kita secara otomatik akan menjadi Harta Pusaka. Setelah ianya ditolakkan dgn Kos Pengebumian, Hutang-hutang Si-Mati, Hibah, & Wasiat 1/3; baki Harta Pusaka tersebut perlulah difaraidkan kepada waris-waris berhak Si-Mati. Proses pembahagian faraid ini tidak berlaku secara otomatik. Sebaliknya, ia perlu ditadbir mengikut undang undang dan hukum Syarak. Sekiranya Ianya berlaku secara otomatik, sudah tentulah harta umat islam terbeku di Tanahair kita tidak terus meningkat sehingga mencapai RM 70B.
Bagi memastikan agar angka ini tidak terus meningkat setiap tahun dan juga demi memastikan waris-waris berhak dapat memanfaatkan harta pusaka secepat mungkin, kita kenalah bertindak dari sekarang dgn membuat Perancangan Harta. Perancangan Harta melalui Wasiat & Hibah juga dapat menghindarkan waris-waris daripada memakan harta batil.
Anda sudah tentunya sayang dgn ibu, Bapa, Isteri dan anak-anak anda, bukan? Anda juga sudah tentulah tidak mahu Harta Pusaka Anda dibekukan, betul? Anda mahukan Hutang-Hutang anda dilunaskan dgn cepat, kan?
Oleh itu, Janganlah berlengah lagi. Sediakan Wasiat & lakukan Hibah Bersyarat❗
Nukilan : pmai & dae.
[Hasrat-Amanah-Nasihat-Syariah]