Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang

Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang, Religious organisation, Inderapurajaya, Kuantan.

KEMPEN SUMBANGAN RAMADHAN BAGI MENJAYAKAN PEMBINAAN Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang السلام عليكم ورحمة الل...
30/03/2024

KEMPEN SUMBANGAN RAMADHAN BAGI MENJAYAKAN PEMBINAAN Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang

السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته،

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato Sri/ Datin Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang dirahmati Allah s.wt. Salam Ramadhan Kareem.

Sukacita dimaklumkan, sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, JAWATANKUASA SURAU INDERAPURA JAYA telah melancarkan kempen kutipan sumbangan bagi mengumpul dana untuk menjayakan pembinaan surau kami.

Kempen ini dilancarkan dalam bulan Ramadhan sebagai mengambil kesempatan dari ganjaran besar yang ALLAH SWT janjikan atas amal soleh yang dilakukan pada bulan ini. Dan juga bagi meneladani Nabi MUHAMMAD SAW yang begitu dermawan pada bulan Ramadhan.

Semoga sumbangan daripada semua pihak dapat merealisasikan hasrat ini dan ianya sangat dihargai.

Semua sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun bank seperti yang tertera dalam poster di bawah.

Kami mengucapkan kesyukuran dan terima kasih dan berdo'a semoga semua penyumbang sentiasa diberkati ALLAH SWT dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

Dalam satu hadis sahih, Abu Hurairah RA berkata:

“Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.”

Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kedekut, takut menjadi miskin dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Somoga kita semua beroleh Mardhatillah.

Ayuh bersedekah demi menjayakan pembinaan Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang Orang yang bersedekah akan menda...
01/03/2024

Ayuh bersedekah demi menjayakan pembinaan Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang

Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirirat salah satunya adalah:

ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه

Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Selain daripada itu, terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)

Semoga kita semua beroleh mardhatillah.

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda: يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْب...
24/02/2024

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

Ayuh bergabung di Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang dalam majlis ibadah sempena malam Nisfu Sya'ban.

Moga ALLAH SWT meredhai dan merahmati kita semua.

Ibadah korban adalah termasuk di dalam tuntutan ke atas umat Islam. Perintah ini datang sebagaimana yang dinyatakan oleh...
21/02/2024

Ibadah korban adalah termasuk di dalam tuntutan ke atas umat Islam. Perintah ini datang sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W yang bersabda:

إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا

Maksudnya: Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.

Riwayat Muslim (1977)

KORBAN PERDANA Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang

Sila hubungi nombor telefon yang tertera untuk maklumat lanjut.

*~ LEMBU 1 ~*
# PENUH PENYERTAAN

*~ LEMBU 2 ~*
# PENUH PENYERTAAN

*~ LEMBU 3 ~*
1. ✅
2. ✅
3. ✅
4. ✅
5.
6.
7.

⏩ SATU BHGN HANYA RM 700
⏩ BAYARAN ANSURAN RM 150 / BULAN DIALU ALUKAN

/2/2024

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*          *بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم*H...
20/02/2024

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم*
Hebahan untuk warga IPJ yang berminat untuk menyertai *Badan Khairat Kematian & Kebajikan Surau Inderapura Jaya*.
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi :
*Faizal*
https://Www.wasap.my/+60129480560//korbanIPJ
*Zufar*
https://Www.wasap.my/+60178412135//BadanKhairatIPJ
*Farhan*
https://Www.wasap.my/+60123917412//BadanKhairatIPJ
*Othman*
https://Www.wasap.my/+60199908203//BadanKhairatIPJ
*Hj Azmi*
https://Www.wasap.my/+60199822358//BadanKhairatIPJ

Kata-Kata Hikmah Berkaitan Kepentingan Ilmu.💠Telah berkata Ibn Abbas RA: “Aku merendah diri ketika menuntut ilmu maka ak...
15/02/2024

Kata-Kata Hikmah Berkaitan Kepentingan Ilmu.

💠Telah berkata Ibn Abbas RA: “Aku merendah diri ketika menuntut ilmu maka aku dimuliakan ketika diminta mengajarkan ilmu”.

💠Telah berkata Abu Darda’ RA: “Aku mempelajari satu masalah ilmu itu lebih aku s**a daripada qiyamullail”.

💠Telah berkata Ibn al-Mubarak RA: “Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa dirinya mulia?”.

💠Telah berkata Imam al-Syafi’e RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat”.

Ayuh hadirkan diri dan jiwa bergabung dalam majlis ilmu di Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang .

Moga kita semua menjadi hamba NYA yang benar-benar faham dan jelas aqidahnya.

Jazakallah.

KELEBIHAN BERSEDEKAHSedekah mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah:1. Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah.All...
09/02/2024

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Sedekah mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah:

1. Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah.

Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang s**a memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى

Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Sedekah dapat menghapuskan dosa.

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ

Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Namun demikian, penghapusan dosa dengan sebab sedekah di sini mestilah disertai dengan taubat atas dosa yang telah dilakukan.

3. Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)

Jom bersedekah di hari jumaat yang barokah ini demi kejayaan pembinaan Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang .

Jazakallah.

BERIMAN DENGAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ (PENGANUGERAHAN IBADAH SOLAT DI TEMPAT YANG TINGGI DAN MULIA)Israk Mikraj adalah p...
08/02/2024

BERIMAN DENGAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ (PENGANUGERAHAN IBADAH SOLAT DI TEMPAT YANG TINGGI DAN MULIA)

Israk Mikraj adalah peristiwa agung yang dicatatkan dalam al-Quran.

Firman Allah :

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Isra’ : 1)

Kemudian Allah SWT memperjalankan Rasulullah SAW daripada Masjid al-Aqsa ke Sidaratul Muntaha. Dalam perjalanan tersebut Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi-nabi yang terdahulu daripada Baginda dan diberikan kefardhuan Solat di Sidaratul Muntaha.

صحيح مسلم ٢٣٤: حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا }ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ إِلَيْهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلَالِ قَالَ فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ صَلَاةً قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّي خَمْسًا قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ قَالَ فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً قَالَ فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ

Telah menceritakan kepada kami Syaiban bin Farrukh telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah telah menceritakan kepada kami Tsabit al-Bunani dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah didatangi Buraq. Yaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut buraq tersebut mencapai hujungnya.”

Beliau bersabda lagi: “Maka aku segera menungganginya sehingga sampai ke Baitul Maqdis.” Beliau bersabda lagi: “Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, tiba-tiba aku didatangi oleh Jibril dengan membawa semangkuk arak dan semangkuk susu. Dan aku pun memilih susu. Lalu Jibril berkata, ‘Kamu telah memilih fitrah’.

Lalu Jibril membawaku naik ke langit. Ketika Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Ditanyakan lagi, ‘Siapa yang bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad.’ Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutus? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutus.’ Maka dibukalah pintu untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Adam, dia menyambutku serta mendoakanku dengan kebaikan.

Lalu aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril lalu minta supaya dibukakan pintu. Lalu ditanyakan lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapa yang bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad.’ Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril pun meminta supaya dibukakan pintu. Lalu ditanyakan, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Yusuf AS, ternyata dia telah dikurniakan dengan kedudukan yang sangat tinggi. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril pun meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Idris AS, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Allah berfirman: ‘(Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya) ‘.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril lalu meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Harun AS, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril lalu meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Musa, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawabnya, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Ibrahim Alaihissalam, dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari boleh memasukkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar, mereka tidak kembali lagi kepadanya (Baitul Makmur).

Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar seperti telinga gajah dan ternyata buahnya sebesar tempayan.” Beliau bersabda: “Ketika beliau menaikinya dengan perintah Allah, maka sidrah muntaha berubah. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya kerana indahnya.

Lalu Allah memberikan wahyu kepada beliau dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam.

Lalu aku turun dan bertemu Nabi Musa Alaihissalam, dia bertanya, ‘Apakah yang telah difardhukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? ‘ Beliau bersabda: “Solat lima puluh waktu’. Nabi Musa berkata, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan menguji mereka’.

Baginda bersabda: “Aku kembali kepada Tuhan lalu berkata, ‘Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku’. Lalu Allah SWT mengurangkan lima waktu solat dari beliau’. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan berkata, ‘Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku’. Nabi Musa berkata, ‘Umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi’. Beliau bersabda: “Aku berulang alik antara Tuhanku dan Nabi Musa, sehingga Allah berfirman: ‘Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardhukan lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardhu dilipatgandakan dengan sepuluh kali ganda. Maka itulah lima puluh solat fardhu. Begitu juga barangsiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, niscaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya barangsiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, niscaya tidak dicatat baginya sesuatu pun. Lalu jika dia mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya’. Aku turun hingga sampai kepada Nabi Musa, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih saja berkata, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan’. Aku menjawab, ‘Aku terlalu banyak berulang-ulang kembali kepada Tuhanku, sehingga menyebabkanku malu kepada-Nya’.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim 234)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمAyuh berkongsi ilmu bersama Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang  ALLAH SWT...
05/02/2024

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ayuh berkongsi ilmu bersama Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang

ALLAH SWT menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:



وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

al-Ghafir: 60

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Antara lafaz doa yang boleh dibaca adalah berbeza mengikut siapa yang ingin didoakan. Sekiranya seseorang itu hanya ingin mendoakan kepada dirinya dan kedua ibubapanya sahaja boleh membaca dengan lafaz ini:



اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”



Adapun, sekiranya seseorang itu ingin mendoakan kepada ramai dan kedua ibubapa mereka boleh berdoa dengan lafaz ini:



اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”



Selain itu, lafaz yang ketiga ini sama seperti lafaz yang kedua iaitu mendoakan untuk ramai. Tetapi bezanya adalah pada lafaz “وَلِوَالِدِيْنَا” dibaca dengan baris bawah dan bukannya dengan baris atas “وَلِوَالِدَيْنَا” sepertimana di dalam lafaz yang kedua. Tambahan p**a, lafaz yang ketiga ini (dibaca dengan baris bawah) bukan hanya terhad kepada ibubapa, bahkan ia termasuk datuk, nenek dan ke atas. Lafaz tersebut adalah:



اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”



Justeru, seseorang yang ingin berdoa perlu melihat atau memilih lafaz yang sesuai sama di dalam berdoa. Begitu juga kepada para imam, perlu berdoa untuk semua jemaah yang hadir dan bukan itu dirinya sahaja.

Buat para dermawan, pihak Surau Perumahan Inderapura Jaya Kuantan mengucapkan jutaan terima kasih dan teruskan berinfaq demi kejayaan pembinaan surau kami. Semoga amal kebaikan kita diterima dan mendapat redha Ilahi.

Jazakallah.

03/02/2024

Majlis Berzanji di Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”

(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)

Ayuh bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW sebagai bukti mahabbah dan kecintaan kita pada baginda.

Semoga kita semua beroleh syafaat baginda Nabi Muhammad SAW sebagaimana dalam sabdaanya:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ

Maksudnya: “Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari Kiamat. Aku adalah orang yang pertama akan dibangkitkan daripada kubur. Aku adalah orang pertama yang akan memberi syafaat dan dibenarkan memberi syafaat.”

[Riwayat Muslim (2278)]

Jazakallah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...📡📡PROGRAM KENDURI SEKAMPUNG‼️‼️Pihak Surau IPJ bersama Persatuan Penduduk IPJ ...
03/02/2024

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

📡📡PROGRAM KENDURI SEKAMPUNG‼️‼️

Pihak Surau IPJ bersama Persatuan Penduduk IPJ berbesar menjemput semua warga IPJ untuk hadir memeriahkan kenduri ini..

Semoga dengan kehadiran semua dapat menjalinkan ukhwah dan merapatkan silaturahim antara penduduk..

*TENTATIF PROGRAM KENDURI SEKAMPUNG*

*Tarikh : 03 Februari 2024 (Sabtu)*
Masa : 5.00 petang
Tempat : No 7 Lorong IPJ 18

Acara merewang/ gotong royong persiapan program
*Dijemput adik kakak acik2 dan abang2 pakcik2 utk sama2 merewang dan membantu persiapan*
Sila bawa pisau dan papan pemotong bersama

*Tarikh : 04 Februari 2024 (Ahad)*

Tempat : No 7 Lrg IPJ 18
Masa : 7.00 pagi

Gotong royong memasak oleh AJK Surau

Tempat : Tapak Surau Baru IPJ
Masa : spt di bwh

*9.00 pagi – 11.00 pagi*
Pertandingan Mewarna
Terbuka utk semua kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun

Pendaftaran secara walk in. Tiada bayaran dikenakan
*Sila bawa pensil/ peralatan mewarna dan meja/ alas sendiri*

Hadiah Mengikut Kategori
4-6 thn
7-9 thn
10-12 thn

1st Prize : Wang tunai Rm50
2nd Prize : Wang tunai RM30
3rd Prize : Wang tunai RM20

*11.00 pagi*
Kenduri Sekampung bermula..

Ketibaan Penduduk IPJ

Ketibaan Tetamu Jemputan

Ketibaan YB. Dato’ Hj. Shafik Fauzan Sharif DIMP., SMP.

Tahlil dan Doa Selamat

Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk Inderapura Jaya Kuantan

Ucapan Perasmian oleh YB. Dato’ Hj. Shafik Fauzan Sharif DIMP., SMP.

Jamuan Makan Tengahari

Bersurai

Sekian, terima kasih.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ...
02/02/2024

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”

Riwayat Muslim (1509)

Di dalam riwayat lain menyatakan :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا

Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian.”

Riwayat Muslim (1504)

Tuan-tuan, puan-puan para dermawan sekalian. Beginilah keadaan harian solat berjemaah 5 waktu di surau sementara - Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang . Keadaan surau sementara yang kami sewa dengan bayaran RM1200.00 tidak termasuk bil utiliti agak berat untuk ditanggung apatah lagi setelah hampir 3 tahun dalam keadaan ini.

Untuk makluman, kos pembinaan surau yang kami telah rancang adalah RM 1 juta dan belum mencukupi. Kami merayu jasa baik para dermawan untuk membantu kami mengumpul dana bagi tujuan pembinaan surau kami.

Ayuh kita bersedeqah sempena hari Jumaat yang berkat ini sebanyak RM10.00 setiap orang. Semoga kita semua tergolong di kalangan para hamba NYA yang beroleh keredhaan dunia dan akhirat.

Jazakallah.

Address

Inderapurajaya
Kuantan
25150

Telephone

+60182984723

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Perumahan InderapuraJaya Kuantan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share