Masjid Kg Cherok Paloh, Kuantan

Masjid Kg Cherok Paloh, Kuantan Page rasmi Masjid Kg Cherok Paloh yang terletak di mukim Penor dalam daerah Kuantan, Pahang DM

Kuliyah maghrib oleh ustaz Azfar
16/04/2025

Kuliyah maghrib oleh ustaz Azfar

21 Jumada Akhir 1446 | 22 Nov 2024اسلام عليکم ورحمة الله KULIYAH MAGHRIB KHAS: PENGENALAN ILMU FARAIDSegala puji bagi Al...
22/11/2024

21 Jumada Akhir 1446 | 22 Nov 2024

اسلام عليکم ورحمة الله

KULIYAH MAGHRIB KHAS: PENGENALAN ILMU FARAID

Segala puji bagi Allah SWT telah diizinkan oleh-Nya telah berlangsung ceramah khas anjuran Pertubuhan Du'ah Faraid Malaysia yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Hilmi Haniz Muhammad yang bertempat di Masjid Kg Cherok Paloh bertujuan untuk memberi pencerahan mengenai selok belok hukum hakam dalam pengurusan harta pusaka dalam Islam.

والله اعلم،

19/04/2024
Jumaat | 3 Syawwal 1445 H | 12 April 2024السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،JOM DAFTAR IBADAH KORBAN 1445 HSukacita dimakl...
12/04/2024

Jumaat | 3 Syawwal 1445 H | 12 April 2024

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،

JOM DAFTAR IBADAH KORBAN 1445 H

Sukacita dimaklumkan pendaftaran utk menyertai ibadah korban bersempena Hari Raya Idil Adha 1445 H anjuran Masjid Kg Cherok Paloh Kuantan kini dibuka adalah spt berikut:

-Harga: RM 750/ sebahagian lembu (*harga termasuk caj pengurusan: pengangkutan haiwan korban, peralatan, permit veterinar dll.)

-Tarikh tutup: 14 Jun 2024 @ Ahad

-Cara bayaran: TUNAI @ melalui akaun masjid

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
019-952 1132 (En. Nawawi - Pengerusi)
016-986 1415 (En. Asri - AJK)

Sekian,
والله اعلم

Sabtu | 27 Ramadan 1445 H | 6 April 2024السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،MAJLIS IFTAR JAMA'I RAMADAN 1445 H KG CHEROK PA...
07/04/2024

Sabtu | 27 Ramadan 1445 H | 6 April 2024

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،

MAJLIS IFTAR JAMA'I RAMADAN 1445 H KG CHEROK PALOH

Sukacita telah diadakan majlis berbuka puasa anjuran bersama Masjid Kg Cherok Paloh Kuantan & JPKK Kg Cherok Paloh yg dihadiri oleh penduduk kariah setempat & berdekatan.
Semoga Allah taala menerima segala amalan kita di pecutan terakhir Ramadan ini inshaa Allah🤲🏻.

والله اعلم

Isnin | 14 Ramadan 1445 H | 25 Mac 2024السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،Sukacita dimaklumkan Program Memasak Bubur Lambu...
25/03/2024

Isnin | 14 Ramadan 1445 H | 25 Mac 2024

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،

Sukacita dimaklumkan Program Memasak Bubur Lambuk Ramadan 1445 H anjuran bersama AJK Masjid Kg Cherok Paloh Kuantan & JPKK Kg Cherok Paloh adalah seperti berikut:

Tarikh: 31 Mac 2024 | Ahad
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Masjid Kg Cherok Paloh Kuantan

Semua adalah dijemput hadir.

والله اعلم،

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته,26 Januari 2024 | Jumaat [Belated Post]PROGRAM INFAQ MINYAK MASAL TERPAKAISukacita dima...
12/02/2024

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته,

26 Januari 2024 | Jumaat [Belated Post]

PROGRAM INFAQ MINYAK MASAL TERPAKAI

Sukacita dimaklumkan pelancaran Program Infaq Minyak Masak Terpakai (IMMSAK) anjuran PIBG SK Cherok Paloh Kuantan dgn kerjasama Masjid Kg Cherok Paloh Kuantan adalah spt berikut:

Masa. : Sepanjang tahun 2024
Tempat: SK Cherok Paloh Kuantan (*imbas kod QR poster)

Untuk makluman segala hasil jualan drpd infaq tersebut akan digunakan utk menampung aktiviti yang melibatkan murid sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

والله اعلم،

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،Jumaat | 24 Jamadil Akhir 1445 H | 5 Januari 2024SUMBANGAN MANGSA BENCANA ANGIN KENCANG...
06/01/2024

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،

Jumaat | 24 Jamadil Akhir 1445 H | 5 Januari 2024

SUMBANGAN MANGSA BENCANA ANGIN KENCANG

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT dengan izin-Nya dpt dihulurkan sumbangan kpd mangsa bencana angin kencang salah seorang ahli kariah Masjid Kg Cherok Paloh.

Menurut Mohd Rozairil Mohd Romli, 42, kejadian angin kencang yg berlaku pd pukul 12 tengah malam menyebabkan kerosakan pd bumbung kediaman beliau. Sumbangan berupa wang telah disampaikan oleh Tn Hj Nawawi Mohamad, Pengerusi Masjid Kg Cherok Paloh.

Sekian،

والله اعلم.

[Re-Posted] 9 Disember 2023 | Sabtuالسلام عليكم ورحمة الله وباركاته،Alhamdulillah segala puji bagi Allah taala telah ber...
24/12/2023

[Re-Posted] 9 Disember 2023 | Sabtu

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،

Alhamdulillah segala puji bagi Allah taala telah berlangsungnya Slot Kursus Penyembelihan bersempena Program Perkhemahan Unit Beruniform Ko-Kurikulum peringkat sekolah yg berlangsung di SK Cherok Paloh, Kuantan.

Program ini telah melibatkan kerjasama Masjid Kg Cherok Paloh, Kuantan & SK Cherok Paloh. Alhamdulillah pihak masjid telah menyumbang sbyk 20 ekor ayam hidup utk kursus kali ini yg melibatkan murid-murid, guru-guru & kakitangan sekolah.

Ribuan terima kasih diucapkan kpd Tn Hj Nawawi Mohamad, Pengerusi Masjid Kg Cherok Paloh atas sumbangan dana utk program ini, En. Mohamad Hafizzul Badri Mohd Faudzie, Imam 2 Masjid Kg Cherok Paloh & En. Asri Mat, AJK Masjid Kg Cherok Paloh sebagai penceramah & fasilitator utk slot sembelihan ini. Turut berterima kasih kpd En. Mad Din, Guru Besar SK Cherok Paloh memberi peluang utk pihak masjid sama-sama dpt bekhidmat utk anak-anak generasi muda Kg cherok Paloh.

Semoga pengkongsian ilmu ini dpt menarik minat anak-anak dlm mendalami ilmu fardhu kifayah ini serta membina sahsiah diri yg mencintai ilmu & Islam.

والله اعلم.

CHEROK PALOH BERSELAWAT 1445 H23 Oktober 2023 | Isnin | Masjid kg Cherok PalohTausiyah:Tn Hj Syarifuddin b Mohamad Sa'ad...
24/10/2023

CHEROK PALOH BERSELAWAT 1445 H
23 Oktober 2023 | Isnin | Masjid kg Cherok Paloh

Tausiyah:
Tn Hj Syarifuddin b Mohamad Sa'ad
Al-fadhil Qadhi Daerah Kuantan Timur

Maulid & Qasidah:
Firqah Nur al-Huda al-Hadi Ribat al-Mustafa

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،Segala puji Allah taala Tuhan sekalian alam,PROGRAM CHEROK PALOH BERSELAWATSukacita dim...
18/10/2023

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته،

Segala puji Allah taala Tuhan sekalian alam,

PROGRAM CHEROK PALOH BERSELAWAT

Sukacita dimaklumkan akan diadakan program Cherok Paloh Berselawat adalah spt berikut:

Tarikh: 23 Oktober 2023
Hari : Isnin
Tempat: Masjid Kg Cherok Paloh, Kuantan

Program ini adalah anjuran bersama AJK Masjid Kg Cherok Paloh Kuantan & Pejabat Penghulu Mukim Penor dengan kerjasama Jpkk Cherok Paloh, Inocem IIUM & Fikrah Nur al-Huda al-Hadi Ribat Al-Mustofa. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Terima Kasih,
والله اعلم

Address

Kampung Cherok Paloh
Kuantan
26610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kg Cherok Paloh, Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kg Cherok Paloh, Kuantan:

Share

Category