Masjid Awwabin Bestari Jaya

Masjid Awwabin Bestari Jaya Masjid Al-Awwabin berperanan sebagai pusat ibadah dan komuniti di Bestari Jaya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada team muslimah serta unit dapur yang bertungkus-lumus menyedia...
27/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada team muslimah serta unit dapur yang bertungkus-lumus menyediakan juadah sarapan pagi dan makan tengah hari sepanjang Program Ibadah Korban.

Alhamdulillah, bukan sahaja layanan terbaik diberikan, malah menu yang disediakan juga sangat sedap dan menyelerakan❤️

Semoga segala penat lelah dan jasa baik kalian mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pihak pengurusan Masjid Al Awwabin ingin merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
27/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak pengurusan Masjid Al Awwabin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh peserta qurban serta semua ahli kariah yang telah bersama-sama menjayakan Program Ibadah Qurban 2026.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT sebanyak 11 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah berjaya dilaksanakan dalam suasana penuh ukhuwah, kerjasama dan semangat gotong-royong.

Terima kasih kepada semua:
• ⁠Penghulu Mukim Bestari Jaya
• Peserta qurban
• ⁠Anak-anak muda
• Ahli jawatankuasa
• Penyumbang
• My FundAction serta seluruh ahli kariah yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada En Nadzril Bidin (Ahli Majlis) atas tajaan baju korban untuk tahun ini. Semoga setiap tenaga, masa, sumbangan dan pengorbanan yang diberikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda serta diberkati Allah SWT.

🤲 “Semoga ibadah qurban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat kita semua.”

Ikhlas daripada:
AJK Program Qurban 2026
Masjid Al Awwabin

Sekitar hari menjelang raya, Pagi raya Aidiladha...
27/05/2026

Sekitar hari menjelang raya,
Pagi raya Aidiladha...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh ahli kariah Masjid Al Awwabin Bestari Jaya. Semoga Aidiladha ...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh ahli kariah Masjid Al Awwabin Bestari Jaya. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan keimanan, memupuk semangat pengorbanan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.

“Taqabbalallahu minna wa minkum”

Ikhlas daripada Ahli Jawatankuasa dan Pegawai Masjid Al Awwabin Bestari Jaya.

Persediaan untuk program korban esok di masjid Al-awwabin...
26/05/2026

Persediaan untuk program korban esok di masjid Al-awwabin...

Selamat menjalani ibadah puasa sunat Tarwiyah..
25/05/2026

Selamat menjalani ibadah puasa sunat Tarwiyah..

Ini ada tarikh penting..
25/05/2026

Ini ada tarikh penting..

Alhamdulillah.. YB Jefri datang singgah bagi support jualan serai hari ini..
21/05/2026

Alhamdulillah..

YB Jefri datang singgah bagi support jualan serai hari ini..

Fasa penyemaian: Percambahan benih.HSS - 7:-Siraman air kosong (pagi)
19/05/2026

Fasa penyemaian:
Percambahan benih.
HSS - 7:
-Siraman air kosong (pagi)

🌷 Selamat Hari Guru 🌷Kami barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Al Awwabin Bestari Jaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi pen...
15/05/2026

🌷 Selamat Hari Guru 🌷

Kami barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Al Awwabin Bestari Jaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru serta pendidik dalam kalangan ahli kariah.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam mendidik serta membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati setiap usaha dan kebaikan yang dilakukan serta mengurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat buat semua guru. 🤍

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Address

Jalan Rawang, Pekan Bestari Jaya
Kuala
45600

Opening Hours

Monday 05:00 - 21:30
Tuesday 05:00 - 21:30
Wednesday 05:00 - 21:30
Thursday 05:00 - 21:30
Friday 05:00 - 21:30
Saturday 05:00 - 21:30
Sunday 05:00 - 21:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Awwabin Bestari Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share