Masjid Seberang Takir - FB Rasmi

Directions Website

Masjid Seberang Takir - FB Rasmi Laman Facebook Rasmi Masjid Seberang Takir. FB lama tidak digunakan lagi kerana telah digodam.

13/09/2026

Rangkuman Hari Terakhir Karnival Maulidur Rasul 1448H Masjid Seberang Takir

Alhamdulillah, penuh meriah dari pagi hingga malam!
Terima kasih kepada semua yang hadir, menyokong dan bersama-sama menjayakan karnival ini. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Sehingga bertemu lagi di program-program Masjid Seberang Takir! ๐ŸŒน

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ & ๐‰๐”๐“๐€๐€๐ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ โœจTiga hari, tiga malamโ€ฆ bukan sekadar sebuah karnival, tetapi sebuah perjalan...
13/09/2026

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ & ๐‰๐”๐“๐€๐€๐ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ โœจ

Tiga hari, tiga malamโ€ฆ bukan sekadar sebuah karnival, tetapi sebuah perjalanan yang dipenuhi tenaga, pengorbanan, kesabaran dan ukhuwah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana, Sukarelawan Masjid Seberang Takir serta Sukarelawan Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi yang telah mencurahkan masa, tenaga dan komitmen tanpa mengenal penat sepanjang Karnival Maulidur Rasul 1448H berlangsung.

Ada yang bertugas di siang hari, ada yang berjaga hingga malam, ada yang memastikan setiap urusan berjalan lancar. Setiap keringat kalian amat kami hargai. โœจ

Mungkin tidak semua jasa dapat disebut satu persatu, namun yakinlah, setiap usaha dan pengorbanan yang dicurahkan demi agama dan ummah insya-Allah menjadi amal yang bernilai di sisi Allah SWT.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penaja utama yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan karnival ini:

๐Ÿค Bank Rakyat
๐Ÿค Coop-Bank Pertama
๐Ÿค Jabatan Kerja Raya (JKR)
๐Ÿค Pertima Trengganu
๐Ÿค ADUN Seberang Takir Ustaz Khazan Che Mat

Turut dirakamkan penghargaan kepada Darul Iman Express atas tajaan serta sokongan dalam menguruskan pengangkutan para sukarelawan Politeknik Kuala Terengganu ke Masjid Seberang Takir. ๐ŸšŒ

Karnival mungkin telah melabuhkan tirai, tetapi segala kenangan, ukhuwah dan kebaikan yang tercipta akan terus terpahat di hati.

Semoga setiap sumbangan, masa, tenaga dan sokongan yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada cerita indah Karnival Maulidur Rasul 1448H Masjid Seberang Takir. ๐ŸŒ™โœจ




๐ŸŒ™โœจ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡๐Ÿ“… Sabtu, 12 September 2026๐Ÿ•Œ Bersamaan 19 Rabiulawal 1448HAlhamdu...
12/09/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

๐Ÿ“… Sabtu, 12 September 2026
๐Ÿ•Œ Bersamaan 19 Rabiulawal 1448H

Alhamdulillah, Karnival Maulidur Rasul 1448H Masjid Seberang Takir melabuhkan tirai dengan penuh kemeriahan.

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid daripada Kump**an Soutul Amal, diikuti ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid Seberang Takir, Ustaz Haji Zakaria bin Dagang, sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Datoโ€™ Dr. Alias bin Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Turut berlangsung Gimik Peluncuran Sistem i-Tempah Masjid Seberang Takir, diikuti penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Azan/Iqamah, Hafazan, Memasak dan E-Sports PUBG Mobile.

๐ŸŽ‰ Kemuncak malam ialah Cabutan Bertuah Grand yang dinanti-nantikan, dengan hadiah utama berupa sebuah motosikal! ๐Ÿ๏ธ

Tahniah kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga, peserta, sukarelawan serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Karnival Maulidur Rasul 1448H. โค๏ธ

๐Ÿ™ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penaja yang telah memberikan sokongan:

Jabatan Kerja Raya (JKR) โ€ข Bank Rakyat โ€ข Co-opbank Pertama โ€ข PERTIMA โ€ข Darul Iman Express

Semoga segala sumbangan dan sokongan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐“๐ˆ๐†๐€ | ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ Alhamdulillah, hari ketiga dimulakan dengan penuh meriah menerusi Pertanding...
12/09/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐“๐ˆ๐†๐€ | ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

Alhamdulillah, hari ketiga dimulakan dengan penuh meriah menerusi Pertandingan Memasak, E-Sports PUBG Mobile (PUBGM) dan Kursus Pengurusan Jenazah.

๐ŸŽถ Sebelah petang p**a dimeriahkan dengan Persembahan Kesenian Islam daripada Kump**an An-Nasry MTT, Soutul Amin PASTI Mawaddah dan Soutul Taqwa.

๐ŸŽ Turut diadakan Cabutan Bertuah Semi-Grand dengan pelbagai hadiah menarik!

Terima kasih atas sokongan dan kehadiran semua yang terus memeriahkan Karnival Maulidur Rasul 1448H di Masjid Seberang Takir. โค๏ธ

JANGAN LEPASKAN! MALAM INI KITA MERIAHKAN BERSAMA!โœจ Majlis Perasmian Penutup Karnival Maulidur Rasul 1448H๐Ÿ“… 12 September...
12/09/2026

JANGAN LEPASKAN! MALAM INI KITA MERIAHKAN BERSAMA!

โœจ Majlis Perasmian Penutup Karnival Maulidur Rasul 1448H
๐Ÿ“… 12 September 2026 (Sabtu)
โฐ 9.00 malam
๐Ÿ“ Pentas Utama Karnival, Masjid Seberang Takir

๐ŸŽ Cabutan Bertuah GRAND turut menanti!
๐Ÿ† Gimic Pelancaran โ€ข Penyampaian Hadiah โ€ข Cabutan Bertuah

Jom hadir beramai-ramai! Meriahkan malam penutup karnival bersama-sama! ๐Ÿคโœจ

Jom hadir menyaksikan Persembahan dari Nasyid bersama Soutul Amal malam ini. Jom pakat hadir ramai2๐Ÿ™Œ๐Ÿปโœจ
12/09/2026

Jom hadir menyaksikan Persembahan dari Nasyid bersama Soutul Amal malam ini. Jom pakat hadir ramai2๐Ÿ™Œ๐Ÿปโœจ


Petang ni..pakat mari belake deh..Cabutan Bertuah pun Ada ptg ni๐Ÿ™Œ๐Ÿป
12/09/2026

Petang ni..pakat mari belake deh..Cabutan Bertuah pun Ada ptg ni๐Ÿ™Œ๐Ÿป



๐–๐š๐ฅ๐š๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ก๐ฎ๐ฃ๐š๐ง ๐ซ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ข-๐ซ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ข, ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ก๐š๐๐ข๐ซ!Suasana tetap meriah menyaksikan Forum Perdana โ€“ Karnival Maulidur ...
11/09/2026

๐–๐š๐ฅ๐š๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ก๐ฎ๐ฃ๐š๐ง ๐ซ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ข-๐ซ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ข, ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ก๐š๐๐ข๐ซ!

Suasana tetap meriah menyaksikan Forum Perdana โ€“ Karnival Maulidur bersama Ustaz Abdullah Khairi & Ustaz Syed Mohd Norhisyam, dipandu oleh Moderator Ustaz Mokhtar Seedrain.

๐Ÿ“ Pentas Utama Karnival Maulidur Rasul, Masjid Seberang Takir
๐Ÿ•˜ Bermula 9.00 malam | Jumaat, 11 September 2026

Terima kasih atas sokongan dan kehadiran semua! ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

๐’๐ž๐ค๐ข๐ญ๐š๐ซ ๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‘๐ข๐š & ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ข๐ง๐š๐ง ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐  ๐ญ๐š๐๐ข!Suasana cukup meriah dengan penyertaan dan sambutan yang ...
11/09/2026

๐’๐ž๐ค๐ข๐ญ๐š๐ซ ๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‘๐ข๐š & ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ข๐ง๐š๐ง ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐  ๐ญ๐š๐๐ข!

Suasana cukup meriah dengan penyertaan dan sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai peringkat umur โ€” daripada anak-anak kecil hingga dewasa! ๐Ÿ˜๐Ÿ™Œ

Gelak tawa, semangat kesukanan dan kemeriahan jelas terasa. โค๏ธ
Terima kasih kepada semua yang turut memeriahkan Karnival Maulidur Rasul 1448H Masjid Seberang Takir.

โœจ Bersukan, bermain, bersilaturahim!

Address

Masjid Seberang Takir
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Seberang Takir - FB Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share