16/05/2022
SELAMAT HARI GURU👩🏫
السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Kami daripada seluruh barisan pimpinan Majlis Pimpinan Negeri Rakan Siswa YADIM Negeri Terengganu ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di negeri Terengganu dan seluruh Malaysia. Terima kasih kerana menjadi pembimbing, pemberi ilmu, dan model yang menjadikan kami seorang insan yang berguna, baik dan berteladan.
Sasterawan Negara, Osman Awang dalam sajaknya yang bertajuk “Guru Oh Guru” menyebut:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya bermula oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Ikhlas daripada Barisan Majlis Pimpinan Negeri Terengganu. 🖤🤍