Masjid Tengku Tengah Zaharah - Masjid Terapung

Masjid Tengku Tengah Zaharah - Masjid Terapung Laman Rasmi Facebook Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu.
(385)

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan mas

jid terapung yang terulung di Malaysia. Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas. Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan. Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.

Kuliah Maghrib PerdanaπŸ‘€ : Ustaz Azhar IdrusπŸ—“  :  14/9/2026M (Isnin)πŸ•˜ : Selepas Solat MaghribπŸ•Œ : MASJID TENGKU TENGAH ZAH...
06/09/2026

Kuliah Maghrib Perdana

πŸ‘€ : Ustaz Azhar Idrus
πŸ—“ : 14/9/2026M (Isnin)
πŸ•˜ : Selepas Solat Maghrib
πŸ•Œ : MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH (Masjid Terapung)

04/09/2026

KULIAH SUBUH
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
πŸ‘€ : Ustaz Wan Badruddin
πŸ“— : Tafsir Al-Quran
πŸ—“ : Sabtu Minggu 1,3&5 selepas Solat Fardhu Subuh
πŸ•Œ : MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH
(Masjid Terapung)

04/09/2026

KULIAH MAGHRIB
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
πŸ‘€ : Ustaz Ibrahim Tahir
πŸ“— : Kitab Bimbingan Mukmin 1
πŸ—“ : Jumaat Minggu 1 & 3 selepas Solat Maghrib (Jumaat)
πŸ•Œ : MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH
(Masjid Terapung)

02/09/2026

KULIAH MAGHRIB
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir
πŸ‘€ : Ustaz Fadzli Al-Kijali
πŸ“— : 'Kitab Minhajul Abidin"
πŸ—“ : Setiap Rabu MINGGU 1,2&4
πŸ•˜ : Selepas Solat Maghrib
πŸ•Œ : MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH (Masjid Terapung)

πŸ‡²πŸ‡Ύ 69 tahun merdeka bukan sekadar angka, tetapi perjalanan panjang yang dibina dengan pengorbanan, doa dan kesatuan.Di s...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ 69 tahun merdeka bukan sekadar angka, tetapi perjalanan panjang yang dibina dengan pengorbanan, doa dan kesatuan.

Di sebalik kibaran Jalur Gemilang, ada air mata pejuang yang pernah berkorban demi sebuah tanah air. Hari ini kita menikmati keamanan, kebebasan dan kemakmuran kerana jasa mereka yang terdahulu.

Namun sebagai seorang Muslim, kemerdekaan juga mengajar kita satu perkara β€” jangan hanya merdeka daripada penjajahan, tetapi merdekakanlah hati daripada sifat yang menjauhkan kita daripada Allah.

Merdekakan hati daripada kebencian.
Merdekakan jiwa daripada kesombongan.
Merdekakan diri daripada maksiat dan kelalaian.
Dan isilah kemerdekaan dengan syukur, amanah, persaudaraan dan ketaatan kepada Allah SWT.

🀲 Semoga Malaysia terus dipelihara Allah, dilimpahkan keamanan dan keberkatan, serta rakyatnya hidup dalam perpaduan dan kasih sayang.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69.
31 Ogos 2026 | 17 Rabiulawal 1448H

28/08/2026


28/08/2026

KULIAH MAGHRIB
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir
πŸ‘€ : Ustaz Wan Badruddin
πŸ—“ : Setiap Jumaat Minggu 2 & 4
πŸ•˜ : Selepas Solat Maghrib
πŸ•Œ : MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH (Masjid Terapung)

Address

Jalan Batu Buruk
Kuala
20400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Tengku Tengah Zaharah - Masjid Terapung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category