28/05/2023
Alhamdulillah.
Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia.
Kami turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Gerakan Belia 4B Malaysia atas Pengiktirafan ini dan juga kpd Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas komitmen beliau menyampaikan anugerah ini.
Anugerah Kawasan Ahli Terbanyak daripada semua kawasan di seluruh negara adalah tanda bahawa kepimpinan Gerakan Belia 4B Kawasan dan Cawangan-Cawangan di Kuala Nerus sentiasa 'BERGERAK' untuk melakukan yang lebih baik.
Pengiktirafan ini wajar diraikan dengan penuh rasa bangga dan bersemangat oleh seluruh ahli dalam Kawasan Kuala Nerus.
Dengan permulaan ini, Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus akan terus memperkukuhkan cawangan sedia ada serta menambah cawangan dan ahli baru dari semasa ke semasa.