Masjid At Taufiqiah

Directions

Masjid At Taufiqiah Masjid At Taufiqiah, Kg Sentosa, Bandar Sri Coalfields

10/09/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Masjid At-Taufiqiah akan menganjurkan:

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Secara PERCUMA

Tarikh & Masa:
TEORI: Sabtu, 12 Sept 2026
Masa: 8:30 pagi – 1:00 tengah hari

PRAKTIKAL: Ahad, 13 Sept 2026
Masa: 8:30 pagi – 1:00 tengah hari

Tempat:
Masjid At-Taufiqiah

Pendaftaran (wajib):
Klik link ini untuk mendaftar:
https://forms.gle/4X1amvjVyTFBaAV4A

(Bagi tujuan penyediaan sijil)

Sebarang pertanyaan, hubungi:
En. Izan: 019-6992599

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSukacitanya dimaklumkan bahawa Masjid At-Taufiqiah akan menganjurkan:KURSUS PENGURUSAN JE...
04/09/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Masjid At-Taufiqiah akan menganjurkan:

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Secara PERCUMA

Tarikh & Masa:
TEORI: Sabtu, 12 Sept 2026
Masa: 8:30 pagi – 1:00 tengah hari

PRAKTIKAL: Ahad, 13 Sept 2026
Masa: 8:30 pagi – 1:00 tengah hari

Tempat:
Masjid At-Taufiqiah

Pendaftaran (wajib):
Klik link ini untuk mendaftar:
https://forms.gle/4X1amvjVyTFBaAV4A

Sebarang pertanyaan, hubungi:
En. Izan: 019-6992599

25/08/2026
24/08/2026

Masjid At-Taufiqiah Berselawat - Sesi Pagi

PROGRAM MASJID AT-TAUFIQIAH BERSELAWAT | SESI MALAMAlhamdulillah, sesi malam Program Masjid At-Taufiqiah Berselawat berl...
23/08/2026

PROGRAM MASJID AT-TAUFIQIAH BERSELAWAT | SESI MALAM

Alhamdulillah, sesi malam Program Masjid At-Taufiqiah Berselawat berlangsung dengan penuh meriah dan suasana yang cukup bermakna bersama kariah dan penduduk sekitar.

Terima kasih atas kehadiran YAD Tan Sri Dato’ Setia Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengerusi MAIS yang sudi hadir dan bersama-sama meraikan program serta merasmikan pelancaran SMAT (Sukarelawan Masjid At-Taufiqiah).

Turut berlangsung penyampaian Anugerah Pengiktirafan kepada Pasukan Korban Masjid At-Taufiqiah sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan usaha yang telah diberikan.

Terima kasih juga kepada Tuan Guru Sheikh Abdel Razak Al-Masri atas kesudian menyampaikan kuliah dan perkongsian yang bermanfaat buat kita semua.

Tidak dilupakan pasukan Qasidah Ahbabuttihami yang turut memeriahkan program dengan alunan qasidah dan selawat.

Alhamdulillah, rezeki untuk jamuan turut banyak disumbangkan oleh hamba-hamba Allah. Terima kasih atas infaq untuk makanan dan minuman, air balang, apam balik dan aiskrim. Satay p**a disumbangkan oleh Yang Mulia Tengku Putra Aliff Shah, cendol daripada Armira serta kuih-muih dan dessert daripada Team PIJ oleh Puan Rita.

Makan talam turut disajikan sebagai salah satu usaha menghidupkan sunnah dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Terima kasih juga buat anak-anak dari madrasah yang banyak membantu sepanjang program berlangsung. Jasa dan tenaga kalian amat kami hargai.

Sekiranya ada yang kurang sepanjang program, kami mohon 1000 kemaafan. Segala kelemahan adalah daripada pihak kami dan akan kami jadikan ruang untuk penambahbaikan.

Semoga segala usaha, sumbangan dan kebersamaan ini menjadi asbab untuk kita terus menghidupkan cinta kepada Rasulullah SAW dan semoga tercapai hasrat kita untuk terus menyambut dan mengimarahkan hari besar Nabi Muhammad SAW.

Jazakumullahu khairan kathiran.

Semoga setiap kebaikan dan sumbangan yang diberikan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT serta diberkati-Nya.

PROGRAM MASJID AT-TAUFIQIAH BERSELAWAT | SESI PETANGAlhamdulillah, Program Masjid At-Taufiqiah Berselawat dimeriahkan de...
23/08/2026

PROGRAM MASJID AT-TAUFIQIAH BERSELAWAT | SESI PETANG

Alhamdulillah, Program Masjid At-Taufiqiah Berselawat dimeriahkan dengan perarakan bersama kariah dan penduduk sekitar.

Terima kasih kepada barisan MT, AJK dan semua AJK pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan perarakan ini. Terima kasih juga kepada pasukan Polis dari Bestari Jaya dan pasukan RELA Daerah Kuala Selangor atas bantuan dan kerjasama sepanjang perarakan berlangsung.

Sebanyak 6 pasukan telah menyertai perarakan, diketuai kontinjen Masjid At-Taufiqiah dan PM tepi serta 5 pasukan yang bertanding:

1. Kontinjen Rentak Al-Falah
2. Kontinjen Ritma Perdana
3. Kontinjen Srikandi Muslimah Masjid At-Taufiqiah
4. Kontinjen Madrasah Tahfiz Darul Zikri
5. Kontinjen Sautus Sakinah (Muslimah Masjid FELDA)

Tahniah kepada para pemenang perarakan:
Johan – Kontinjen Rentak Al-Falahh
Naib Johan – Kontinjen Sautus Sakinah
Tempat Ketiga – Kontinjen Srikandi Muslimah Masjid At-Taufiqiah

Tahniah dan terima kasih kepada semua pasukan yang turut serta, yang lebih penting adalah semangat untuk bersama-sama memeriahkan perarakan dan berselawat ke atas junjungan kita, Rasulullah SAW.

Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kariah dan komuniti sekitar Masjid At-Taufiqiah.

RECAP PROGRAM MASJID AT-TAUFIQIAH BERSELAWAT | SESI PAGIAlhamdulillah, program berlangsung dengan meriah dan penuh kecer...
23/08/2026

RECAP PROGRAM MASJID AT-TAUFIQIAH BERSELAWAT | SESI PAGI

Alhamdulillah, program berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan bersama anak-anak, ibu bapa serta komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Yang Mulia Tengku Putra Aliff Shah bin Tengku Setia Tengku Dato’ Sulaiman Shah Alhaj atas kesudian hadir dan merasmikan program.

1. Bilal Cilik Kategori 1 & 2

Tahniah buat semua peserta dan para pemenang!

Pertandingan dinilai oleh Ustaz Mohd Shakir bin M. Salih, Muazzin Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, bersama juri daripada Bilal-Bilal Masjid At-Taufiqiah, diketuai oleh Imam Farhan dan barisan juri, Ustaz Amiin dan Ustaz Syauqi.

Juara Bilal Cilik turut diberi peluang melaungkan azan Maghrib dan Isyak.

2. Pertandingan Mewarna (5–7 tahun)

Dikendalikan oleh barisan Biro Muslimah Masjid At-Taufiqiah, aktiviti ini memberi ruang kepada anak-anak untuk berkreativiti dalam suasana yang ceria.

3. Explorace Jejak Rasul

Sesi interaktif mengenali sirah Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Terima kasih buat Team Nazim, ISMA Puncak Alam dan volunteer Muslimah atas komitmen dan kerjasama bersama dalam menjayakan aktiviti ini.

4. KOSPEN Fasa 1 Puncak Alam
Terima kasih kerana turut hadir dan membuka Kaunter Kesihatan untuk manfaat komuniti.

Terima kasih juga buat semua ibu ayah dan anak-anak yang hadir memeriahkan program. Kehadiran dan sokongan anda semua menjadikan suasana lebih bermakna!

Semoga usaha ini terus menyemai rasa cinta anak-anak kepada masjid dan agama.

Address

Batu 23
Kuala
45600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid At Taufiqiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share