28/04/2026
5 IDEA 'FRESH' TARIK ANAK MUDA IMARAH MASJID!
Macam mana nak tarik anak muda imarahkan masjid? Ini beberapa idea praktikal & fresh yang AJK masjid boleh mula buat. Bukan sekadar program biasa, tapi yang buat mereka rasa โini tempat aku : ๐
1) ๐ Sediakan 'Study Port' & WiFi Percuma
Buka satu ruang berhawa dingin untuk student buat assignment atau siapkan kerja. Ada plug point, ada WiFi laju. Automatik masjid jadi tempat lepak bermanfaat. Bila masuk waktu, terus boleh jemaah.
2) ๐ฎ Zon E-Sukan Dalam Bilik Khas
Sediakan bilik khas yang selesa dengan grafik permainan yang patuh syariah. Syarat utamanya: wajib berhenti bermain sebaik sahaja azan berkumandang dan semua pemain perlu turun solat jemaah bersama. Santai, tapi disiplin agama tetap on point!
3)๐กTopik Kuliah Yang 'Relatable'
Selang-selikan kuliah agama dengan topik realiti semasa. Panggil pakar borak santai pasal kesihatan mental, literasi kewangan (cara beli rumah/kumpul aset), atau career survival.
4) ๐ค Beri Kepercayaan Pegang Jawatan
Lantik anak muda jadi AJK. Biar mereka lead biro belia, urus media sosial (TikTok/IG) masjid, atau organize program. Jangan jadikan mereka sekadar "tukang angkat khemah" saja.
5) โ Wujudkan Kafe Santai
Buka coffee corner atau kafe hipster harga marhaen di perkarangan masjid. Boleh jadi port lepak lepas solat Isyak sambil sembang-sembang kosong yang positif dengan komuniti.