05/10/2026
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABAS
Pusat Islam Sultan Mahmud dan Jawatankuasa Masjid UMT merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:
Encik Zulkifly bin Adnan
Imam Rawatib Masjid UMT
atas kejayaan muncul sebagai Johan Qari dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu Tahun 1448H/2026M.
Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 28 September 2026 bertempat di Masjid Al-Amin, Kampung Sungai Lerek, Setiu, Terengganu.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, khususnya dalam mengangkat syiar al-Quran serta memperlihatkan keunggulan seni bacaan al-Quran di peringkat daerah.
PISM dan Jawatankuasa Masjid UMT turut berbangga dengan pencapaian beliau yang turut menyumbang khidmat sebagai Imam Rawatib di Masjid UMT, dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti dan para jemaah untuk terus mendekati, mencintai serta menghayati al-Quran dalam kehidupan.
Tahniah dan syabas diucapkan.
Semoga terus istiqamah dalam menyumbang bakti melalui al-Quran serta dikurniakan kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Pusat Islam Sultan Mahmud
Universiti Malaysia Terengganu