06/10/2026
πΉ UCAPAN TERIMA KASIH | MESYUARAT GENG KHIDMAT & EXCO MSTC πΉ
Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat kita pada malam ini.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Geng Khidmat & Exco MSTC yang sudi hadir, memberi perhatian, berkongsi pandangan dan menerima amanah yang telah diberikan.
Ingatlah, setiap tugas yang kita lakukan β mengejutkan sahabat untuk Tahajjud dan Subuh, menggerakkan mereka ke STB, menjaga kebersihan, membantu disiplin dan memastikan perjalanan madrasah berjalan dengan baik β semuanya adalah khidmat yang insya-Allah mempunyai nilai di sisi Allah SWT.
Jawatan bukan untuk berbangga, tetapi amanah untuk dilaksanakan. Kita mungkin penat hari ini, tetapi mudah-mudahan setiap penat itu menjadi pahala dan kenangan yang indah apabila meninggalkan MSTC suatu hari nanti.
π€² Ψ§ΩΩΩΩΩΩΩ
ΩΩ ΨͺΩΩΩΨ¨ΩΩΩΩ Ω
ΩΩΩΩΨ§ Ψ₯ΩΩΩΩΩΩ Ψ£ΩΩΩΨͺΩ Ψ§ΩΨ³ΩΩΩ
ΩΩΨΉΩ Ψ§ΩΩΨΉΩΩΩΩΩ
Ω
βYa Allah, terimalah daripada kami segala amalan ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.β
Semoga Allah menjaga persahabatan kita, menyatukan hati kita, memberikan kekuatan dan keikhlasan dalam melaksanakan setiap amanah serta menjadikan kita semua asbab kepada kebaikan orang lain.
Terima kasih semua. Saya hargai khidmat kalian. πΉ
Kita jaga MSTC bersama-sama.
Kita bina adik-adik kita bersama-sama.
Dan kita cari reda Allah bersama-sama. π€²π»β€οΈ