17/10/2019
Assalamualaikum wbt,
Innalillah waina ilayhi rojiun. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu".
Ahli kariah merangkap Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Pantai Tok Jembal, Hj Mohd Zabidi Wan Muda telah pergi kerahmatullah selepas rebah diwaktu mesyuarat AJK masjid malam semalam.
Seluruh ahli kariah masjid Jamek Pantai Tok Jembal berasa amat dukacita atas pemergian mengejut beliau dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada rohnya dan menempatkannya bersama-sama orang-orang yang salih.
Al Fatihah.
Solat Jenazah dijangka akan diadakan di Masjid Jamek Pantai Tok Jembal selepas zohor ini. Dijemput para jemaah yang berkelapangan untuk turut serta.
17 Oktober 2019