03/05/2026
Hampir selesai, hanya tinggal sedikit sahaja lagi.
Kini, projek renovasi Surau Telari sudah mencapai 95% siap. Segala usaha, tenaga dan sumbangan tuan/puan sebelum ini telah membawa kita sejauh ini. Hanya berbaki satu langkah terakhir pemasangan pintu tandas untuk melengkapkan kemudahan buat para jemaah.
Namun, pada saat akhir ini, kami masih kekurangan dana bagi menampung kos pembelian dan upah pemasangan pintu tandas.
Bayangkan…
Seorang ibu yang datang membawa anak kecil untuk solat,
Seorang warga emas yang perlukan keselesaan,
Seorang jemaah yang ingin beribadah dengan tenang
semuanya memerlukan kemudahan yang sempurna.
Jangan biarkan usaha yang hampir selesai ini terhenti di penghujungnya.
Kami dengan rendah hati memohon,hulurkan sedikit sumbangan agar kita dapat sama-sama menyiapkan rumah Allah ini dengan sempurna.
Sumbangan boleh disalurkan melalui QR code yang disediakan.
Semoga setiap ringgit yg diberi menjadi amal jariah yg berpanjangan, mengalir pahalanya selagi mana kemudahan ini digunakan.