Masjid Teluk Menara

Masjid Teluk Menara Segala program, aktiviti dan majlis ilmu akan disebarkan di sini supaya mudah untuk mendapat info

10/07/2026

πŸŒ™ Program Kuca Bubur Asyura – Menyemai Ukhuwah, Meraih Berkat 🌾πŸ₯£

Bubur Asyura bukan sekadar juadah tradisi yang dinikmati bersama, malah ia menjadi simbol perpaduan, kerjasama dan kasih sayang dalam masyarakat. Setiap tangan yang menghulur tenaga, setiap sumbangan yang diberikan, dan setiap detik kebersamaan adalah lambang ukhuwah yang dipupuk demi mengimarahkan rumah Allah.

Semoga program ini menjadi medan untuk kita mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat gotong-royong serta menyemarakkan budaya saling membantu dalam komuniti.

Bersama menghidupkan tradisi yang penuh makna ini dengan hati yang ikhlas dan semangat kebersamaan.

β€œBersatu hati, berganding tenaga, berkongsi rezeki, meraih rahmat Ilahi.”

Semoga setiap usaha yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh dan diberkati oleh Allah SWT.

#π’–π’Œπ’‰π’–π’˜π’‚π’‰π’Šπ’”π’π’‚π’Žπ’Šπ’šπ’‚π’‰

πŸŒ™ Jom Meriahkan Program Kuca Bubur Asyura 1448H! πŸ₯£βœ¨Bubur Asyura bukan sekadar juadah tradisi, tetapi lambang ukhwah, got...
07/07/2026

πŸŒ™ Jom Meriahkan Program Kuca Bubur Asyura 1448H! πŸ₯£βœ¨

Bubur Asyura bukan sekadar juadah tradisi, tetapi lambang ukhwah, gotong-royong dan keberkatan yang menyatukan hati-hati umat Islam.

🀝 Ayuh seluruh warga Teluk Menara bersama-sama meluangkan masa, menyumbang tenaga dan menghidupkan sunnah bermasyarakat dalam Program Kuca Bubur Asyura.

πŸ“… Sabtu | 11 Julai 2026
πŸ•’ 7.30 pagi
πŸ“ Pekarangan Masjid Teluk Menara

Mari kita jadikan pagi Sabtu ini medan untuk beramal, berkenalan, mengeratkan silaturrahim dan bersama-sama meraih keberkatan daripada Allah SWT. Tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun wanita, kehadiran anda amat bermakna.

πŸ’ Ingin turut menyumbang?
Sebarang sumbangan kewangan amat dialu-alukan bagi menjayakan program ini. Sila hubungi nombor yang tertera pada poster.

β€œSebaik-baik manusia ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.”

✨ Jom hadir, jom bergotong-royong, jom rebut pahala bersama!

*"Layakkah aku menjadi tetamu Allah di Baitullah?"*Ramai yang berkata..."Saya belum bersedia.""Ilmu saya masih kurang.""...
02/07/2026

*"Layakkah aku menjadi tetamu Allah di Baitullah?"*

Ramai yang berkata...

"Saya belum bersedia."
"Ilmu saya masih kurang."
"Saya masih banyak dosa."
"Nantilah... tunggu tua nanti."

Hakikatnya, bukan kita yang memilih untuk menjadi tetamu Allah, tetapi Allah yang memilih siapa yang akan dijemput ke Baitullah.

Mungkin hari ini Allah belum memanggil kita untuk berangkat, tetapi Dia sedang memanggil kita untuk mempersiapkan hati.

Justeru, RizqSafar Travel & Tours menjemput muslimin & muslimat menghadiri Siri Jelajah Motivasi Penyucian Jiwa Umrah bersama Ustazah Rose Ibrahim.

Bukan sekadar membicarakan tentang umrah, tetapi bagaimana membersihkan hati, membetulkan niat, memperbaiki hubungan dengan Allah dan manusia, serta mempersiapkan diri agar layak menerima jemputan-Nya.

πŸ“ *3 Julai (Jumaat) – Masjid Kampung Teluk Menara (9.00–11 pagi)*

Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat. Mungkin dengan menghadiri majlis ilmu ini, Allah membuka pintu rezeki, mengampunkan dosa-dosa kita, dan menulis nama kita sebagai tetamu-Nya di Tanah Suci.

"Bukan semua yang ingin ke Baitullah akan sampai, tetapi mereka yang dipilih Allah pasti akan dijemput."

RizqSafar Travel & Tours
_*Langkah menuju Baitullah, bermula dengan penyucian jiwa.*_

Jualan Rahmah bulanan untuk dimanfaatkan oleh semua
08/06/2026

Jualan Rahmah bulanan untuk dimanfaatkan oleh semua

Pengumpulan pakaian terpakai untuk manfaat asnaf
08/06/2026

Pengumpulan pakaian terpakai untuk manfaat asnaf

πŸŒ™βœ¨ JEMPUTAN ISTIMEWA BUAT SEMUA PENCINTA AL-QURAN βœ¨πŸŒ™Assalamualaikum W.B.T.Ayuh luangkan sedikit masa bersama kalam Allah...
08/06/2026

πŸŒ™βœ¨ JEMPUTAN ISTIMEWA BUAT SEMUA PENCINTA AL-QURAN βœ¨πŸŒ™

Assalamualaikum W.B.T.
Ayuh luangkan sedikit masa bersama kalam Allah dalam satu majlis ilmu yang penuh keberkatan.

πŸ“– PROGRAM MENELUSURI IBRAH AL-QURANI SIRI 19
πŸ•Œ Masjid Kampung Teluk Menara, Manir
πŸ“… 11 Jun 2026 (Khamis)
πŸ•€ 9.30 Pagi – 11.30 Pagi

πŸŽ™ Menampilkan para masyaikh dan asatizah yang akan membimbing kita menelusuri tadabbur Surah Al-Qasas serta menghayati ibrah dan pengajaran yang terkandung di dalamnya.

🌟 Antara pengisian:
βœ… Majlis Tadarus & Tadabbur Al-Quran
βœ… Perkongsian ilmu dan penghayatan ayat suci Al-Quran
βœ… Bacaan doa dan majlis penutup
βœ… Jamuan makan tengah hari

Mari bersama-sama mengimarahkan rumah Allah, menambah ilmu, memperkukuh kefahaman dan mendekatkan diri kepada Al-Quran.

🀲 "Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."

πŸ“’ Jom hadir beramai-ramai dan kongsikan jemputan ini kepada keluarga serta sahabat handai.



Follow Like Share
https://www.facebook.com/share/p/1NG1oXP5H6/

πŸŒ™βœ¨ JEMPUTAN ISTIMEWA BUAT SEMUA PENCINTA AL-QURAN βœ¨πŸŒ™

Assalamualaikum W.B.T.
Ayuh luangkan sedikit masa bersama kalam Allah dalam satu majlis ilmu yang penuh keberkatan.

πŸ“– PROGRAM MENELUSURI IBRAH AL-QURANI SIRI 19
πŸ•Œ Masjid Kampung Teluk Menara, Manir
πŸ“… 11 Jun 2026 (Khamis)
πŸ•€ 9.30 Pagi – 11.30 Pagi

πŸŽ™ Menampilkan para masyaikh dan asatizah yang akan membimbing kita menelusuri tadabbur Surah Al-Qasas serta menghayati ibrah dan pengajaran yang terkandung di dalamnya.

🌟 Antara pengisian:
βœ… Majlis Tadarus & Tadabbur Al-Quran
βœ… Perkongsian ilmu dan penghayatan ayat suci Al-Quran
βœ… Bacaan doa dan majlis penutup
βœ… Jamuan makan tengah hari

Mari bersama-sama mengimarahkan rumah Allah, menambah ilmu, memperkukuh kefahaman dan mendekatkan diri kepada Al-Quran.

🀲 "Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."

πŸ“’ Jom hadir beramai-ramai dan kongsikan jemputan ini kepada keluarga serta sahabat handai.

🚨 RM60,000 DIPERLUKAN – KITA KEJAR BERSAMA!🚨Pembinaan Blok Tandas Baru Masjid Teluk Menara kini di peringkat akhir…  Nam...
21/05/2026

🚨 RM60,000 DIPERLUKAN – KITA KEJAR BERSAMA!🚨

Pembinaan Blok Tandas Baru Masjid Teluk Menara kini di peringkat akhir…
Namun projek ini belum dapat disiapkan sepenuhnya tanpa sokongan kita semua.

πŸ’” Bayangkan jemaah terpaksa menunggu, kurang selesa setiap kali ke masjid…
❀️ Anda boleh jadi sebab perubahan itu berlaku.

πŸ”₯ CABARAN UMMAH β€” KITA CAPAI HARI INI!
πŸ’₯ RM50 Γ— 1,200 orang
πŸ’₯ RM10 Γ— 6,000 orang

➑️ Tak perlu tunggu besar, yang kecil bila berpadu jadi sempurna

✨ Setiap sen yang kalian sumbang :
βœ”οΈ Membantu menyiapkan kemudahan asas rumah Allah
βœ”οΈ Menjadi saham akhirat berpanjangan
βœ”οΈ Mengalir pahalanya setiap kali digunakan

πŸ“² Bertindak SEKARANG
βœ… Scan QR
βœ… Transfer ke akaun masjid

πŸ“ž Info: 013-9833915

⚠️ Jangan tunggu orang lain mula dulu…
Mungkin sumbangan anda HARI INI adalah yang melengkapkan jumlah RM60,000 ini.

🀲 Ayuh, kita sama-sama bina keselesaan untuk umat β€” dan ganjaran untuk akhirat.

πŸ„ KORBAN PERDANA KAMPUNG TELUK MENARA 2026 πŸ„Assalamualaikum warga kampung & sahabat semua 🀝Kembali lagi tawaran penyerta...
04/05/2026

πŸ„ KORBAN PERDANA KAMPUNG TELUK MENARA 2026 πŸ„

Assalamualaikum warga kampung & sahabat semua 🀝

Kembali lagi tawaran penyertaan korban/aqiqah lembu dengan pakej lengkap – mudah & tak pening kepala!

πŸ‘‰ Kami urus SEMUA:
βœ”οΈ Sembelih ikut syarak
βœ”οΈ Lapah & asing siap-siap
βœ”οΈ Agih cukup 7 bahagian
βœ”οΈ Besen pun kami sediakan

πŸ“Œ Tuan/puan datang ambil je bahagian masing-masing – dah siap kemas!

πŸ’° Harga: RM❓/bahagian

πŸ“’ Tempat terhad! Cepat booking sebelum penuh
(Contoh: Lembu sado yang masih berbaki)🫣

✨ Nak buat ibadah, tapi tak sempat urus?
✨ Nak mudah, cepat & teratur?

πŸ‘‰ Inilah peluangnya!

Jom sama-sama kita meriahkan ibadah korban tahun ni ❀️

πŸ“ž PM / WhatsApp segera untuk lock tem
πŸ‘

πŸ„βœ¨ PROGRAM KORBAN & AQIQAH TELUK MENARA 2026 βœ¨πŸ„Tahun ini… jom kita hidupkan semangat ibadah bersama!Rebut peluang untuk ...
21/04/2026

πŸ„βœ¨ PROGRAM KORBAN & AQIQAH TELUK MENARA 2026 βœ¨πŸ„

Tahun ini… jom kita hidupkan semangat ibadah bersama!
Rebut peluang untuk sertai ibadah korban & aqiqah dengan urusan yang mudah, telus dan teratur πŸ‘

πŸ“… Hari Pelaksanaan:
Hari Raya Aidiladha (Hari 1 & 2)

πŸ’° Harga bermula serendah RM650 / bahagian
βœ”οΈ Pakej lengkap – termasuk urusan sembelihan, lapah & agihan
βœ”οΈ Disediakan bekas – senang & sistematik
βœ”οΈ Pelaksanaan patuh syariah & tersusun

πŸ“Œ Tarikh tutup penyertaan: 23 Mei 2026
⚠️ Tempat terhad – siapa cepat dia dapat!

πŸ“² Nak join? Terus hubungi:
πŸ“ž Pok Mbong – 014-842 1864
πŸ“ž Ir Zamzuri – 013-983 3915
πŸ“ž Comat – 016-907 5077
πŸ“ž Naim MC – 019-934 5795
πŸ“ž Along – 017-914 7300

🀲 Mari sama-sama kita berkongsi rezeki, menyantuni yang memerlukan dan menghidupkan sunnah.

β€œKorban bukan sekadar sembelihan… tapi tanda ketaatan & keikhlasan.”

Address

Kampung Teluk Menara
Kuala
21200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Teluk Menara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share