Masjid Taman Alam Jaya, Bandar Puncak Alam - RASMI

Masjid Taman Alam Jaya, Bandar Puncak Alam - RASMI Bersama mengimarahkan MASJID dan mengukuhkan perpaduan dan ikatan silaturahim. Bank Islam Malaysia Berhad
No akaun - 1216-8010-0440-76

Kepada pengumpul harta akhirat boleh banik-in ke akaun berikut;

Akaun bank Masjid Taman Alam Jaya.

Alhamdulillah, Kursus Sembelihan anjuran Masjid Taman Alam Jaya telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.Pihak masjid m...
25/05/2026

Alhamdulillah, Kursus Sembelihan anjuran Masjid Taman Alam Jaya telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan,tenaga pengajar serta urus setia yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh memberi manfaat dan dapat diamalkan dengan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

β€œBerkhidmat Untuk Ummah”




Alhamdulillah, Program Simulasi Haji Cilik Tadika swasta Daerah Kuala Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Semoga ...
15/05/2026

Alhamdulillah, Program Simulasi Haji Cilik Tadika swasta Daerah Kuala Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Semoga pengalaman ini memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang rukun Islam kelima serta menanam rasa cinta kepada ibadah haji.”

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Lembaga Tadbir Masjid Taman Alam Jaya Bil. 2/2026 telah selesai diadakan dengan jayany...
07/05/2026

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Lembaga Tadbir Masjid Taman Alam Jaya Bil. 2/2026 telah selesai diadakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli lembaga tadbir yang hadir serta memberikan pandangan, cadangan dan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung. Semoga segala keputusan dan perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan Masjid Taman Alam Jaya serta manfaat kepada seluruh kariah.

π™…π˜Όπ˜Ώπ™π˜Όπ™‡ π™†π™π™‡π™„π˜Όπ™ƒ π˜½π™π™‡π˜Όπ™‰ *MEI 2026 / ZULQA’DAH-ZULHIJJAH 1447H*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, deng...
06/05/2026

π™…π˜Όπ˜Ώπ™π˜Όπ™‡ π™†π™π™‡π™„π˜Όπ™ƒ π˜½π™π™‡π˜Όπ™‰ *MEI 2026 / ZULQA’DAH-ZULHIJJAH 1447H*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam akan meneruskan pengisian rohani dan ilmu melalui 𝙠π™ͺπ™‘π™žπ™–π™ 𝙗π™ͺ𝙑𝙖𝙣𝙖𝙣 π™—π™–π™œπ™ž 𝙗π™ͺ𝙑𝙖𝙣 MEI 2026 bersamaan ZULQA’DAH-ZULHIJJAH 1447H

Bulan Zulqa’dah ialah bulan haram (yang dimuliakan), di mana pahala amalan digandakan, dosa lebih berat, menjadi persiapan haji, dan pernah dipilih oleh Nabi Muhammad SAW untuk menunaikan umrah.

Seluruh jemaah muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi menyuburkan majlis ilmu, mengimarahkan rumah Allah dan mencari keberkatan dalam bulan yang mulia ini.

Sebarang Infak & sedekah:
Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam
12168010044076
(Bank Islam)

’dah-Zulhijjah


πŸ“’ HEBAHAN KELAS AL-QURAN MTAJPA πŸ“’Assalamualaikum WBT,Sukacita dimaklumkan bahawa Kelas Al-Quran MTAJ kini dibuka untuk p...
06/05/2026

πŸ“’ HEBAHAN KELAS AL-QURAN MTAJPA πŸ“’

Assalamualaikum WBT,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelas Al-Quran MTAJ kini dibuka untuk penyertaan! Jom bersama kami memperbaiki bacaan Al-Quran serta mendalami ilmu tajwid dalam suasana pembelajaran yang santai dan dibimbing secara berterusan.

✨ Butiran Kelas:
β€’ Yuran: RM50 sebulan
β€’ Hari: Isnin & Rabu atau Selasa & Jumaat
β€’ Masa: 8.00 – 10.00 malam
β€’ Kekerapan: 2 sesi seminggu

πŸ“– Peringkat Pengajian:
β€’ Talaqi Al-Quran Asas (Iqra’)
β€’ Talaqi Al-Quran Menengah (bacaan lancar & baik)

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Kategori:
β€’ Dewasa (18 tahun ke atas)
β€’ Kanak-kanak (7 – 15 tahun)

πŸ“… Tarikh Mula: Mei 2026

Jangan lepaskan peluang untuk memperbaiki bacaan Al-Quran anda dan anak-anak. Tempat adalah terhad!

πŸ“ž Sebarang pertanyaan / pendaftaran, sila hubungi:
013-6827262

Ayuh sertai kami, dekatkan diri dengan Al-Quran! 🀲✨

πŸŽ“βœ¨ *TAHNIAH CALON SPM 2025*βœ¨πŸŽ“*APA JUA KEPUTUSAN ANDA, ANDA TETAP HEBAT*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Sekalu...
05/04/2026

πŸŽ“βœ¨ *TAHNIAH CALON SPM 2025*βœ¨πŸŽ“
*APA JUA KEPUTUSAN ANDA, ANDA TETAP HEBAT*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025 atas pencapaian yang telah diraih.

Keputusan hari ini bukan penentu segalanya, tetapi ia adalah satu langkah dalam perjalanan menuju masa depan yang lebih gemilang.

*Jangan ukur masa depan dengan keputusan hari ini, tetapi ukurlah dengan semangat untuk terus bangkit, berusaha dan berjaya.*

Teruskan melangkah dengan yakin, tingkatkan usaha dan jangan pernah berputus asa.

Kejayaan sebenar adalah bagi mereka yang tidak berhenti mencuba.
🌟 Anda hebat, dan masa depan anda masih luas terbentang!

πŸŒ™βœ¨ JOM HIDUPKAN MALAM DENGAN IBADAH βœ¨πŸŒ™QIAMULLAIL BULANAN & TAHSIN FATIHAHAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Musl...
05/04/2026

πŸŒ™βœ¨ JOM HIDUPKAN MALAM DENGAN IBADAH βœ¨πŸŒ™
QIAMULLAIL BULANAN & TAHSIN FATIHAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke program:

πŸ—“ 18 April 2026 (Sabtu)
πŸ•” 5.00 pagi: Qiamullail
πŸ•Œ 6.07 pagi: Solat Subuh Berjemaah
πŸ“– 6.30 pagi: Kuliah Tahsin Fatihah
🍽 7.30 pagi: Jamuan
πŸ‘€ Bersama: Ustaz Azizi Yaacob

Ayuh rebut peluang menambah amal, memperbaiki bacaan Al-Fatihah dan meraih keberkatan bersama.
Semua dijemput hadir!

πŸŒ™πŸ•‹ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ„π‘π€πˆπŠπ€π π‰π„πŒπ€π€π‡ π‡π€π‰πˆ πŸ•‹πŸŒ™Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Maj...
05/04/2026

πŸŒ™πŸ•‹ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ„π‘π€πˆπŠπ€π π‰π„πŒπ€π€π‡ π‡π€π‰πˆ πŸ•‹πŸŒ™

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Meraikan Jemaah Haji yang akan diadakan seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 16 April 2026 (Khamis)
πŸ•°οΈ Masa: Selepas solat Maghrib
πŸ“ Tempat: Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam

πŸ“– Pengisian program:
β€’ Bacaan Surah Yasin
β€’ Bacaan Doa Selamat
β€’ Penyampaian Cenderahati

πŸ“Œ Makluman:
Tuan/puan yang telah menerima panggilan menunaikan ibadah haji adalah dipohon untuk hadir ke pejabat masjid bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan dokumen.

🀲 Marilah kita bersama-sama meraikan bakal tetamu Allah serta mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadah mereka.

Sekian, terima kasih.

πŸŒ™πŸ„ π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π πŸ„πŸŒ™Assalamualaikum WBT,Pihak Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam mempelawa muslimin dan musli...
05/04/2026

πŸŒ™πŸ„ π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π πŸ„πŸŒ™

Assalamualaikum WBT,

Pihak Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam mempelawa muslimin dan muslimat untuk menyertai Sukarelawan Ibadah Korban bagi membantu melancarkan perjalanan program korban tahun ini.

πŸ“… Tarikh tutup pendaftaran: 8 Mei 2026

πŸ“Œ Antara tugasan sukarelawan:
βœ”οΈ Pengurusan penyembelihan
βœ”οΈ Melapah & memotong daging
βœ”οΈ Pembungkusan & agihan

πŸ‘• Baju korban disediakan (sertakan saiz baju semasa pendaftaran)

πŸ“ Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat masjid

🀝 Ayuh bersama berkhidmat dan meraih ganjaran pahala dalam ibadah korban ini.

Sekian, terima kasih.

πŸŒ™πŸŒŸ π’π€πŒππ”π“π€π π‘π€π˜π€ πŠπ€π’πˆπ‡ πŠπ€π‘πˆπ€π‡ πŸŒŸπŸŒ™Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,Dengan penuh kesyukuran, pihak Masjid Taman Alam J...
05/04/2026

πŸŒ™πŸŒŸ π’π€πŒππ”π“π€π π‘π€π˜π€ πŠπ€π’πˆπ‡ πŠπ€π‘πˆπ€π‡ πŸŒŸπŸŒ™

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Dengan penuh kesyukuran, pihak Masjid Taman Alam Jaya menjemput tuan/puan sekeluarga untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 17 April 2026 (Jumaat)
πŸ•— Masa: 8.00 malam
πŸ“ Tempat: Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam

🎀 Istimewa: Penampilan khas YBhg. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz

Pelbagai pengisian menarik menanti termasuk kuliah, majlis penghargaan dan jamuan raya untuk semua.

🍽️ Jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan ukhuwah sesama kariah.

Sekian, terima kasih.
β€œBersama Mengimarahkan Masjid” 🀲✨

Address

Jalan TAJ 1/11, Taman Alam Jaya
Kuala
42300

Telephone

+60192770283

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Taman Alam Jaya, Bandar Puncak Alam - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share