Surau Tok Ku Paloh

Surau Tok Ku Paloh Surau peninggalan ahlul bait, ulama dan wali Allah yang masyhur di Terengganu iaitu Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad Al Aydrus (Tokku Paloh).

Terletak di Kampung Paloh. Surau ini aktif dengan majlis ilmu dan zikir ratibul haddad yang dipimpin cicitnya.

✨ JEMPUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌹 Ayuh kita hidupkan malam dengan selawat, qasidah dan kecintaan kepada Junjungan Be...
21/08/2026

✨ JEMPUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL ﷺ ✨

🌹 Ayuh kita hidupkan malam dengan selawat, qasidah dan kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.

📅 Sabtu, 29 Ogos 2026
📍 Surau Tokku Paloh
🕰️ 7.00 malam hingga selesai

Marilah kita bersama-sama hadir mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini. Semoga dengan berkumpul dalam majlis cinta Rasulullah ﷺ, hati menjadi tenang, jiwa disinari rahmat dan kehidupan dipenuhi keberkatan.

Muslimin dan muslimat, tua dan muda, semua dijemput hadir.
🌹 Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam majlis penuh mahabbah ini. 🌹

“Hidupkan malam dengan selawat, suburkan hati dengan cinta Rasulullah ﷺ.”

Alhamdulillāh, dengan limpah rahmat dan izin Allah SWT, majlis tahlil arwah yang dikirim oleh jemaah Surau Tokku Paloh t...
06/08/2026

Alhamdulillāh, dengan limpah rahmat dan izin Allah SWT, majlis tahlil arwah yang dikirim oleh jemaah Surau Tokku Paloh telah selesai disempurnakan. Semoga Allah menerima bacaan tahlil, doa serta amal kebajikan yang dihadiahkan, melimpahkan rahmat dan keampunan kepada seluruh arwah yang diniatkan, serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua yang hadir dan berkhidmat. Mudah-mudahan ukhuwah ini terus dipelihara dan setiap langkah yang diatur di jalan-Nya menjadi asbab memperoleh reda, basirah, dan rahmat Allah SWT. Āmīn Yā Rabbal 'Ālamīn.

Di bawah redup surau kayu yang telah dimamah usia, bergema kalimah zikir memecah sunyi malam. Hati yang gelisah menjadi ...
06/08/2026

Di bawah redup surau kayu yang telah dimamah usia, bergema kalimah zikir memecah sunyi malam. Hati yang gelisah menjadi teduh, seolah-olah setiap hembusan nafas dibimbing menuju hadrat Allah. Di tempat yang sederhana inilah, ketenangan bukan lahir daripada indahnya binaan, tetapi daripada cahaya rahmat yang menyinari hati-hati yang mengingati-Nya. Betapa beruntungnya jiwa yang dipanggil duduk dalam majlis zikir, kerana di situlah hati mengenal damai, ruh merasai kasih Ilahi, dan basirah dibukakan dengan izin Allah.

Di saat malam diselimuti keheningan, sebuah surau kayu menjadi saksi berkumpulnya hati-hati yang merindui Allah; di situ...
19/07/2026

Di saat malam diselimuti keheningan, sebuah surau kayu menjadi saksi berkumpulnya hati-hati yang merindui Allah; di situlah majlis zikir menghidupkan jiwa yang lalai, melapangkan dada yang sempit, menyinari basirah dengan cahaya hidayah, dan semoga setiap langkah menuju majlis itu dihitung sebagai langkah menuju reda serta hampir kepada Hadhrat Allah سبحانه وتعالى.

-surau Tokku Paloh-
-syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad al aydrus(Shohibul surau)

✨Semua dijemput hadir✨Hidupkan hati dengan zikrullah🤍
15/06/2026

✨Semua dijemput hadir✨

Hidupkan hati dengan zikrullah🤍

✨ *Jom Hadir Majlis Ilmu*✨Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat sekalian dijemput menghadiri ...
03/06/2026

✨ *Jom Hadir Majlis Ilmu*✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat sekalian dijemput menghadiri Pengajian Kitab bersama TG Ustaz Syed Khairul Al Aydrus.

📖 Kitab Sairus Salikin (Jilid 3)
🗓 Setiap Hari Sabtu
🕰 Selepas Maghrib
📍 Surau Tokku Paloh

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR Muslim)

Marilah bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu, menambah kefahaman agama serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semua dijemput hadir dan sebarkan kepada keluarga serta sahabat handai. 🤲🏻🌹

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana ibadah korban hari pertama di Surau Tok...
27/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana ibadah korban hari pertama di Surau Tokku Paloh telah selesai dilaksanakan dengan lancar, penuh keberkatan dan semangat ukhuwah. Semoga segala pengorbanan, amal kebajikan serta kerjasama semua pihak diterima Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Betapa agung kasih seorang guru…dia mengorbankan masa, tenaga dan lena malam demi menyuluh jalan murid menuju cahaya ilm...
09/05/2026

Betapa agung kasih seorang guru…
dia mengorbankan masa, tenaga dan lena malam demi menyuluh jalan murid menuju cahaya ilmu.
Dalam diamnya ada doa, dalam tegasnya ada kasih, dan dalam penatnya tersimpan harapan agar anak didiknya mengenal Allah serta berjalan di jalan yang diredhai-Nya.

Sesungguhnya guru yang ikhlas mendidik kerana Allah, ibarat pelita di malam gelita — membakar dirinya untuk menerangi hati insan lain. Semoga setiap detik pengorbanannya menjadi saksi di hadapan Allah dan dihimpunkan bersama para pewaris nabi yang mulia.🤲

"Alhamdulillah… pada malam Sabtu, 21 Zulkaedah 1447H yang penuh barakah ini, Allah سبحانه وتعالى mengizinkan kami mengkh...
09/05/2026

"Alhamdulillah… pada malam Sabtu, 21 Zulkaedah 1447H yang penuh barakah ini, Allah سبحانه وتعالى mengizinkan kami mengkhatamkan pengajian kitab tasawuf hidayatul Salikin karangan Syeikh Abdul Shomad Al-Falembani di sebuah surau kayu lama yang tenang dan dipenuhi alunan zikir. Diiringi hujan renyai yang seolah-olah membawa rahmat dari langit, hati-hati yang hadir tunduk penuh syukur, memohon agar ilmu yang dipelajari menjadi cahaya menuju keredaan Allah serta mendapat naungan kasih Baginda Rasulullah ﷺ di dunia dan akhirat.”

Address

Kampung Paloh
Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Tok Ku Paloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share