Masjid Tok Ku Tuan Besar - Rasmi

Masjid Tok Ku Tuan Besar - Rasmi Masjid Tokku Tuan Besar terletak kira-kira 0.5 (½) kilometer dari Pekan Cabang Tiga dan kira-kira 3 kilometer sahaja dari Bandar Kuala Terengganu.

Asalnya adalah sebuah surau yang diasaskan oleh Syed Muhammad bin Zainal Abidin Al Idrus atau dikenali ketika itu dengan panggilan ‘ Tok Ku Tuan Besar’. Dari semasa ke semasa bangunan ini diperbesarkan menjadi masjid, iaitu dibina dari bahan-bahan kayu dan batubata yang diambil dari Sungai Losong secara gotong royong oleh penduduk-penduduk tempatan, termasuk binaan sebuah menara dari bahan-bahan b

ata tanah liat bersimenkan putih telur yang akhirkan disimenkan sebagaimana bentuknya yang ada sekarang ini. Adalah dijangkakan, pengubahsuaian surau ini bermula selepas tahun 1800 masehi secara berperingkat-peringkat. Sehinggalah sekarang,ahli jemaah masjid ini selain daripada penduduk kampung Tok Ku ialah penduduk-penduduk kampung-kampung berdekatan iaitu kampung Tok Kaya, Maqam Lama, Kubang Buyung, Seberang Baruh, Padang Hiliran , Simpang Tok Ku serta kampung-kampung kecil lainya, termasuk Kampung Pak Bang, Kampung Che Long, Titian Hangus dan lain-lain. Kira-kira 800 jemaah tetap setiap minggu. Latar Belakang Pengasas Masjid Tokku:

Pengasasnya, Syed Muhammad bin Zainal Abidin Al Idrus atau terkenal dengan nama ‘ Tok Ku Tuan Besar’ lahir di Kampung Cabang Tiga (Kampung Tok Ku sekarang) pada tahun 1211 Hijrah iaitu sehari selepas kewafatan(kematian)bapanya. Ayahnda Tok Ku Tuan Besar, Syed Zainal Abidin adalah seorang keturunan Syed yang datang dari Tarem Hadramaut melalui Jawa (Indonesia sekarang) dan di katakan menantu kepada Syed Mohammad bin Ahmad Al Idrus (Tok Ku Maqam Lama) yang pusaranya sekarang berada di Kampung Maqam Lama. Kewafatan (kematian) Tokku Tuan Besar:

Tok Ku Tuan Besar wafat pada malam Isnin 17 Muharram 1295 Hijrah bersamaan 1878 Masehi ketika umurnya 84 tahun dan di maqamkan di belakang Masjid Tok Ku. Setelah meninggal dunia, masjid tersebut terus dihidupkan oleh beberapa orang anak cucunya dan diimami oleh anak cucunya, dan yang paling lama, iaitu antara tahun 1935 sehingga tahun 1993 itu 58 tahun ialah cucunya Allahyarham Tuan Hitam (Syed Saggaf) bin Tuan Sayyid (Syed Ahmad) yang meninggal dunia pada 24 Oktober 1993 (Al Fatihah). Dalam tempoh inilah (1935 – 1993) masjid tersebut diubahsuai bangunannya berperingkat-peringkat, yang pada mulanya kerajaan hanya memperuntukan RM 10,000.00 sahaja, tetapi dengan sumbangan orang ramai masjid tersebut terbina dengan megah dan indahnya seperti sekarang. Pada akhir tahun lima puluhan, Baginda Al Marhum Sultan Ismail Nasruddin Shah telah meletakkan batu asas bangunan baru yang diperuntukan RM 10,000.00 oleh kerajaan negeri, dengan usaha Pengerusi Jawatankuasa pembinaanya ketika itu, Allahyarham Dato’ Haji Engku Muhsein Abdul Kadir dengan usahasama beberapa orang jawatankuasa lainya, antaranya ialah Allahyarham cucu-cucu Tok Ku Tuan Besar, iaitu Tuan Hitam (Imam), Tuan Dalam, Engku Wook Abdul Kadir, Engku Embong Abdul Kadir serta lain-lainya termasuk penduduk Kampung Tok Ku seperti Allahyarham Haji Muhamad Abdullah (Mat Nafisah), Tuan Haji Yaakub (India Muslim), Tuan Haji Ibrahim (Al Yunani) dan lain-lain.

03/06/2026

Tahniah buat anak Terengganu, Hakim Danish.

Ketika pelumba lain meraikan kemenangan dengan semburan arak di podium, Hakim memilih untuk beredar lebih awal.

Tindakannya bukan untuk menghina sesiapa tetapi memilih untuk menjaga pegangan dan prinsip agama.

Dalam dunia perlumbaan yang penuh cabaran, bukan mudah untuk kekal dengan pendirian sendiri.

Sebab itu ramai yang memuji tindakan beliau.

Moga Hakim terus berjaya di pentas antarabangsa dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda.

Terengganu bangga denganmu.

Tahniah juga buat keluarganya.

🟠AHAD Depan••
03/06/2026

🟠AHAD Depan••

02/06/2026

INFAQ TABUNG MASJID TOKKU TUAN BESAR

31/05/2026

Tahniah Tabung Haji atas pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa! 🇲🇾🇸🇦

MAIWP merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kejayaan merangkul Labbaytum Diamond Award 2026, anugerah tertinggi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Pengiktirafan ini membuktikan keunggulan Malaysia dalam pengurusan haji serta menjadi inspirasi kepada institusi Islam negara untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada ummah.

Tahniah Tabung Haji

*💓MALAM Nii*••[SIRAH NABI SAW]*Kitab KANZUL 'ULA* (Nazam Tok Ku Tuan Besar)
31/05/2026

*💓MALAM Nii*••
[SIRAH NABI SAW]
*Kitab KANZUL 'ULA*
(Nazam Tok Ku Tuan Besar)

Alhamdulillah..pagi selesai proses sembelihan, melapah dan agihan 8 ekor lembu untuk ibadah korban Aidildha dan aqiqah.S...
28/05/2026

Alhamdulillah..pagi selesai proses sembelihan, melapah dan agihan 8 ekor lembu untuk ibadah korban Aidildha dan aqiqah.

Sembelihan disempurnakan oleh Pengerusi MTTB sendiri YM Ustaz Syed Abu Bakar bin Tuan Taufik sementara kerja melapah dan agihan dibantu secara gotong royong oleh penduduk setempat dan para peserta korban.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat🥰🥰



لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37)

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kalianlah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kalian supaya kalian mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kalian. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

26/05/2026

Adab-adab Berhari Raya

Antara adab-adab pada hari raya ialah:

1. Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.

2. Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

3. Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha p**a tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.

4. Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.

5. Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain.

6. Selepas matahari terbit, makruh bagi imam bersolat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya.

SUMBER :  Bayan Linnas Siri Ke-23 : Adab Berhari Raya dan Kesilapannya





Address

Kampung Tok Ku
Kuala Terengganu
21000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Tok Ku Tuan Besar - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category