Masjid Batu Hampar

Masjid Batu Hampar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Batu Hampar, Mosque, Jalan Kuala Telemong, Kuala Terengganu.

31/03/2026
MAKLUMAN KEPADA PARA JEMAAHKerja-kerja mengecat tabir pemisah ruang solat sedang dilaksanakan, dan seperti dalam gambar,...
31/03/2026

MAKLUMAN KEPADA PARA JEMAAH

Kerja-kerja mengecat tabir pemisah ruang solat sedang dilaksanakan, dan seperti dalam gambar, tabir kini telah siap lapisan cat asas (undercoat) sebagai persediaan untuk kemasan akhir.

Kerja-kerja ini *bermula pada 30 Mac 2026 (Isnin) dan dijangka siap sepenuhnya pada 2 April 2026 (Khamis)*.

Sehubungan itu, pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan, ketidakselesaan serta bau cat yang mungkin dirasai sepanjang tempoh kerja-kerja ini dijalankan.

Segala usaha ini adalah bagi memastikan ruang solat yang lebih kemas, bersih dan selesa untuk para jemaah, insyaAllah.

Sekian, terima kasih atas kefahaman semua.

Pengurusan Masjid Batu Hampar

ESOK KEPUTUSAN SPM AKAN DIUMUMKANKepada semua calon SPM,malam ini mungkin ada yang berdebar,ada yang resah,dan ada juga ...
30/03/2026

ESOK KEPUTUSAN SPM AKAN DIUMUMKAN

Kepada semua calon SPM,
malam ini mungkin ada yang berdebar,
ada yang resah,
dan ada juga yang tidak sabar menunggu esok hari.

Apa pun keputusannya nanti,
ingat satu perkara penting.
SPM hanyalah satu persinggahan dalam perjalanan hidup, bukan penamat.

Jika keputusan anda cemerlang,
syabas dan tahniah!

Teruskan kecemerlangan di peringkat seterusnya.
Gunakan kejayaan ini sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh,
dengan rendah hati dan penuh syukur.

Jika keputusan tidak seperti yang diharapkan,
jangan putus asa.
Terus berusaha dan bangkit semula.

Kerana hakikatnya,
kejayaan itu bukan satu destinasi, tetapi satu perjalanan.

Ramai tokoh hebat pernah jatuh,
pernah gagal,
tetapi mereka tidak berhenti.

Percayalah, masa depan anda masih luas.
Yang penting bukan di mana kita bermula,
tetapi bagaimana kita terus melangkah.

Kepada semua calon SPM,
kami doakan anda diberikan ketenangan hati,
kekuatan menerima keputusan,
dan keberanian untuk terus mengejar impian.

Selamat maju jaya.

Apa pun keputusan esok,
anda tetap berharga dan punya masa depan yang cerah.

Ikhlas daripada
Pengurusan Masjir Batu Hampar

PUASA DAH TAMAT, ISTIQAMAH BARU BERMULASemalam genap 6 Syawal.Bagi sebahagian daripada kita, semalam mungkin terasa sepe...
29/03/2026

PUASA DAH TAMAT, ISTIQAMAH BARU BERMULA

Semalam genap 6 Syawal.
Bagi sebahagian daripada kita,
semalam mungkin terasa seperti โ€œhari raya kecilโ€. Raya bagi mereka yang berjaya menunaikan puasa 6 hari berterusan selepas 1 Syawal.

Bukan semua mampu.
Bukan semua kuat.
Tetapi mereka yang berjaya, insyaAllah termasuk dalam golongan yang benar-benar mahu mengekalkan semangat Ramadan.

Hakikatnya,
raya bukan hanya pada 1 Syawal.
Raya juga bagi mereka yang berjaya istiqamah selepas Ramadan.

Kerana cabaran sebenar bukan beribadah ketika Ramadan,
tetapi terus beribadah selepas Ramadan.

Puasa 6 Syawal bukan sekadar soal pahala,
tetapi tanda cinta dan kesungguhan kita untuk terus dekat dengan Allah.

Walaupun mungkin ada yang belum sempat atau belum mampu,
jangan putus asa.

Selagi masih dalam bulan Syawal,
peluang itu masih terbuka.
Tidak perlu sempurna.
Tidak perlu banding dengan orang lain.
Cukup kita usaha, mengikut kemampuan.

Ramadan telah melatih kita.
Syawal p**a menguji sejauh mana kita mampu mengekalkan istiqamah.

Dan...
bagi mereka yang telah berjaya berpuasa 6 hari,
tahniah dan syabas.
Moga Allah menerima amal ibadah dan mengurniakan ganjaran yang besar, insyaAllah.

Bagi yang belum,
masih ada masa.
Jangan lepaskan peluang sunnah yang sangat besar nilainya ini.

Puasa dah tamat, tetapi istiqamah baru bermula.

29/03/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Œ๐Ž๐ƒ๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐„๐๐€๐ƒ๐” ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐‘๐€๐๐„๐‘๐Š๐€๐‡๐–๐ˆ๐๐€๐ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ (๐Œ๐๐Š๐๐ˆ) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

Tarikh terkini: โฉ 17 & 18 April 2026
Hari: ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ & ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ
Masa: ๐Ÿ•.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ“.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 

Bayaran Yuran: ๐‘๐Œ๐Ÿ–๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐’”๐’†๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ
Dokumen diperlukan: ๐‘บ๐’‚๐’๐’Š๐’๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’… ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’๐’‰๐’๐’

โš ๏ธ ๐‚๐€๐“๐€๐“๐€๐:

1๏ธโƒฃ Bermula 01 Julai 2025, pendaftaran adalah ๐™จ๐™š๐™˜๐™–๐™ง๐™– ๐™–๐™ฉ๐™–๐™จ ๐™ฉ๐™–๐™ก๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™…๐˜ผ melalui laman web https://www.sppim.gov.my/v2/online/pra-kahwin atau layari pautan bit.ly/daftarMBKPIterengganu atau scan Kod QR yang tertera pada poster.

Klik ruangan 'Permohonan Baru'' di laman berkenaan bagi permulaan pendaftaran kursus.

โฉ Pastikan bayaran pendaftaran RM80.00 diselesaikan ๐’๐„๐†๐„๐‘๐€ di kaunter Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu sebelum hari kursus berlangsung (๐™—๐™–๐™ฌ๐™– ๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ข๐™– ๐™จ๐™–๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™–๐™™ ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– & ๐™จ๐™ก๐™ž๐™ฅ ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™›๐™ฉ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ž๐™˜๐™š๐™ฉ๐™–๐™ ):

๐Š๐š๐ฎ๐ง๐ญ๐ž๐ซ ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ -๐”๐ง๐๐š๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š
๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐€๐ ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ
๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข, ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฆ๐š๐ง
๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐, ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ”๐Ÿ•๐Ÿ” ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ

2๏ธโƒฃ Menggunakan modul terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil diiktiraf di seluruh negara.

Bermula Januari 2026, tempoh sah laku sijil MBKPI Negeri Terengganu adalah 10 TAHUN SAHAJA manakala sah laku sijil sebelum Januari 2026 TIDAK TERTAKLUK kepada pindaan (KEKAL SEUMUR HIDUP).

๐‘†๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘Ž๐‘›, โ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘ก๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐ŸŽ๐Ÿ—-๐Ÿ”๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Ÿ“๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ / ๐ŸŽ๐Ÿ—-๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ“.

๐‘‡๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘–โ„Ž.

๐Ÿ“ก๐Ÿ“ก *Kuliah Ilmu Secara Langsung Dari Masjid Batu Hamparโ€ผ๏ธ*https://www.facebook.com/share/v/18Qs1bKpU6/๐Ÿ•Œ *KULIAH MAGHRIB ...
27/03/2026

๐Ÿ“ก๐Ÿ“ก *Kuliah Ilmu Secara Langsung Dari Masjid Batu Hamparโ€ผ๏ธ*

https://www.facebook.com/share/v/18Qs1bKpU6/

๐Ÿ•Œ *KULIAH MAGHRIB DWI MINGGUAN* ๐Ÿ•Œ

SUMBANGAN INFAQ UNTUK AKTIVITI-AKTIVITI ILMU, PENGURUSAN & PEMBANGUNAN MASJID BATU HAMPAR

CIMB BANK : *8006 5834 61*

*JOM INFAQ, INSYAALLAH BERKAT.

๐Ÿ•Œ *KULIAH MAGHRIB DWI MINGGUAN* ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ‘ณโ€โ™€๏ธ *Y.Bhg. Ustaz Abdul Rahman Mutie Salleh
โœ…๏ธ *27/3/2026, Jumaat*

SUMBANGAN INFAQ UNTUK AKTIVITI-AKTIVITI ILMU, PENGURUSAN & PEMBANGUNAN MASJID BATU HAMPAR

CIMB BANK : *8006 5834 61*

*JOM INFAQ, INSYAALLAH BERKAT.*

27/03/2026
Khutbah Jumaat | 7 Syawal 1447Tanda-Tanda Ibadah Puasa Diterima AllahRamadhan telah berlalu, namun persoalan besar bagi ...
27/03/2026

Khutbah Jumaat | 7 Syawal 1447

Tanda-Tanda Ibadah Puasa Diterima Allah

Ramadhan telah berlalu, namun persoalan besar bagi setiap kita ialah:
Adakah puasa kita benar-benar diterima oleh Allah?

Para ulama menyebut, antara tanda-tanda puasa diterima, bukan sekadar selesai berpuasa, tetapi terus berlaku perubahan selepas Ramadhan.

1. Taqwa Meningkat

Puasa bertujuan melahirkan insan yang bertaqwa.
Jika selepas Ramadhan kita lebih berhati-hati dalam menjaga halal haram, lebih takut melakukan dosa, dan lebih menjaga hubungan dengan Allah โ€” itu tanda kebaikan.

Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan diri daripada maksiat.

2. Perubahan Akhlak Ke Arah Lebih Baik

Ramadhan mendidik sabar, lemah lembut dan menjaga lidah.

Jika sebelum ini mudah marah, s**a mengumpat, atau kasar dalam percakapan, tetapi selepas Ramadhan menjadi lebih tenang dan beradab, itu tanda puasa memberi kesan.

Akhlak yang baik adalah bukti ibadah diterima.

3. Hati Lebih Dekat Dengan Ibadah & Ketaatan

Salah satu tanda paling jelas ialah:
Hati rasa rindu kepada ibadah.
Rindu ke masjid
Rasa tenang bila membaca Al-Quran
Rasa bersalah bila meninggalkan solat atau amal kebaikan

Jika hati masih s**a kepada ibadah walaupun Ramadhan telah pergi, itu petanda iman masih hidup.

4. Istiqomah Dalam Ketaatan & Kebaikan

Ramadhan bukan penamat, tetapi latihan.
Tanda puasa diterima ialah apabila amalan baik diteruskan, walaupun sedikit.

Rasulullah SAW bersabda:
โ€œAmalan yang paling dicintai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit.โ€

Istiqomah itu bukti keikhlasan.

Penutup Ringkas
Ramadhan telah pergi, tetapi kesan Ramadhan sepatutnya kekal.

Jika kita menjadi lebih baik selepas Ramadhan,
itulah antara tanda puasa kita diterima Allah.

Semoga Allah menerima amalan kita semua.
Amin Ya Rabbal โ€˜Alamin. ๐Ÿคฒ

Hampir memasuki seminggu Syawal, ramai yang telah mula p**ang ke ibu kota tempat mencari rezeki.Belum terlambat rasanya ...
26/03/2026

Hampir memasuki seminggu Syawal, ramai yang telah mula p**ang ke ibu kota tempat mencari rezeki.

Belum terlambat rasanya untuk kami ucapkan Salam Aidilfitri kepada para jemaah, komuniti sekitar, para musafir dan anak-anak rantau yang singgah di Masjid Batu Hampar sepanjang seminggu ini.

Kami sangat bersyukur dan gembira melihat masjid dan surau menjadi tempat persinggahan para musafir, tempat melepaskan lelah dalam perjalanan merantau dan menziarahi saudara-mara.

Alhamdulillah, solat sunat Aidilfitri di Masjid Batu Hampar minggu lalu berlangsung dengan meriah dan penuh dengan kehadiran jemaah.

Suasana ukhuwah dan kebersamaan itu amat kami hargai.

Pihak masjid dari masa ke masa sentiasa berusaha menambah baik kemudahan untuk para pengunjung.

Semua ini dilakukan bagi memastikan setiap tetamu rumah Allah mendapat keselesaan dan layanan yang terbaik, insyaAllah.Terima kasih atas kunjungan dan sokongan semua.

Selamat kembali ke destinasi masing-masing, semoga perjalanan dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Pesanan Khidmat Masyarakat
25/03/2026

Pesanan Khidmat Masyarakat

KETUHAR BERSKALA BESAR SEDANG MELANDA UTARA MALAYSIA

Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran Gelombang Haba

๐Ÿšจ TAHAP AMARAN 2 (Kritikal: 37ยฐC hingga 40ยฐC):
๐Ÿ“ Kedah: Pokok Sena, Pendang, Baling.

โš ๏ธ TAHAP AMARAN 1 (Berjaga-jaga: 35ยฐC hingga 37ยฐC):
๐Ÿ“ Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, S*k, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu)
๐Ÿ“ Pulau Pinang (Utara & Timur Laut)
๐Ÿ“ Perak (Hulu Perak, Selama, Kuala Kangsar, Kinta)
๐Ÿ“ Pahang (Jerantut, Raub) & Perlis.

Dengan suhu luar mencecah 40ยฐC, BERHENTI layan kereta anda seperti bilik menunggu

Apabila kereta diletakkan di bawah matahari terik tanpa penyaman udara, Dalam masa 10 MINIT SAHAJA, suhu dalam kereta boleh melonjak naik 10ยฐC lebih tinggi dari suhu luar.

Bayangkan kalau suhu luar dah 40ยฐC, suhu dalam kereta boleh cecah 50ยฐC hingga 60ยฐC!

๐Ÿ›‘ AMARAN KEPADA IBU BAPA

JANGAN SESEKALI tinggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan, walaupun "sekejap je nak beli barang"

Sistem regulasi suhu badan kanak-kanak tidak matang seperti orang dewasa. Badan mereka memanas 3 hingga 5 kali ganda LEBIH CEPAT. Dalam kereta yang membahang, organ dalaman mereka boleh gagal berfungsi (Strok Haba) dan membawa maut dalam masa yang sangat singkat.

Biasakan amalan "Look Before You Lock" (Toleh Belakang Sebelum Kunci). Letak beg tangan atau kasut kerja anda di tempat duduk belakang supaya anda terpaksa menoleh sebelum keluar kereta.

Tolong SHARE amaran kecemasan ini kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan, terutamanya yang menetap di kawasan amaran merah di atas

Address

Jalan Kuala Telemong
Kuala Terengganu
21210 KUALA TERENGANU

Telephone

0192495849

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Batu Hampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Batu Hampar:

Share

Category