06/11/2025
Alhamdulillah, Masjid siap sepenuhnya 🕌✨
Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin, rahmat dan keberkatan-Nya, kerja-kerja membaik pulih masjid kita akhirnya selesai dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat — para penyumbang yang ikhlas menghulurkan bantuan kewangan, tenaga, dan masa; juga seluruh warga kampung, tidak kira tua atau muda, yang bersama-sama berganding bahu dalam semangat gotong-royong demi melihat rumah Allah ini kembali indah dan selesa digunakan.
Sesungguhnya, setiap sumbangan & usaha yang dicurahkan tidak akan sia-sia di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Semoga segala tenaga, masa, dan harta yang disumbangkan menjadi sedekah jariah yang terus mengalir pahalanya selama masjid ini dimanfaatkan oleh umat Islam.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan projek ini. Moga masjid ini terus makmur dengan solat, majlis ilmu, dan ukhuwah sesama kita.