25/10/2020
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN AMANAH
25 Oktober 2020
Menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang menolak pengisytiharan darurat.
Kami meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara terhormat.
Ahli-ahli parlimen dari pelbagai parti akan mencari jalan terbaik untuk membentuk kerajaan dan menyelamatkan Malaysia serta rakyat.
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara