Masjid Al Hasaniah, Kuala Sg Baru

Masjid Al Hasaniah, Kuala Sg Baru Pada awal kurun kesembilan belas, kariah Kuala Sungai Baru adalah di bawah pimpinan Penghulu Salehudin. Imam yang bertanggungjawab adalah Allahyarham Tuan Hj.

Pada masa itu, Kuala Sungai Baru yang terletak berhampiran pantai dan sawah hanya wujud sebuah masjid kayu yang sederhana besar saiznya. Mahmud bin Nahu. Kampung Kuala, Kampung Hilir, Kampung Permatang,Kampung Ladang, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Telok Gong,Kampung Air Molek dan Kampung Bukit Chempedak menggunakan masjid tersebut untuk beribadad. Ini disebabkan hanya itulah satu-satunya m

asjid yang ada ketika itu. Abu Bakar bin Abu. Bilangan penduduk yang semakin bertambah tidak dapat menampung keluasan masjid yang terhad. Menyedari keadaan ini, usaha-usaha untuk membina sebuah masjid baru untuk menggantikan masjid yang sedia ada. Masjid baru dibina daripada batu bata, berlantai semin, atap kenting dan 4 batang tiang kayu dibawa khas dari Tanjung Tuan. Kutipan derma dari penduduk kampong dan luar, derma yang dikumpulkan ketika itu tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan mendirikan masjid. Akibat kekurangan wang ketika itu, upah kerja tidak dapat dijelaskan dan masjid baru tidak dapat digunakan kerana dikunci. Penduduk kampong ketika itu terpaksa menggunakan masjid lama (kayu). Sehinggalah salah seorang Ahli Jawatankasa masjid ketika itu Encik Nakman bin Lah menggadaikan tanah beliau kepada cheti untuk menyelesaikan bayaran upah pekerja. Ketika itu barulah masjid baru dibuka untuk sembahyang Jumaat. Masjid lama (kayu) telah digunakan sebagai tempat “kuarantin” untuk pesakit cacar air yang melanda penduduk Kuala Sungai Baru ketika itu. Imam yang mengetuai jemaah ketika itu adalah Allahyarham Tuan Hj. Hassan bin Hj. Abu Bakar. Derma orang perseorangan telah dapat membina Varanda (soyok) sebelah kiri berhampiran tanah wakaf (kubur). Selepas itu masjid yang sedia ada diperbesarkan untuk menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah. Bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri diperolehi semasa Allahyarham Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Jais menjadi ADUN Kuala Linggi ketika itu. Maka terhasillah bangunan masjid tambahan di sebelah kanan yang telah dirasmikan oleh Gabenor Melaka ketika itu iaitu Tuan Yang Terutama Tun Hj.Syed Shahabudin bin Syed Hasan pada 28.12.1983 bersamaan 23 Rabiul Awal 1404. Imam ketika itu adalah Al-Fadzil Tuan Hj. Mokhtar bin Hj Jani. Tapak masjid tambahan ini pada awalnya adalah merupakan tempat jemaah berwudhuk (kolah). Tempat wudhuk ini menyamai tempat wudhuk di Massjid Tengkera, Melaka. Pada tahun 1998, pihak Ahli Jawatankuasa masjid telah menghantar permohonan untuk pembesar dan mengubahsuai bangunan masjid. Setelah kelulusan diperolehi daripada MAIM bertarikh 22hb Januari 1998, derma orang ramai berjaya diperolehi.Pengubahsuaian itu termasuklah pembinaan perpustakaan di masjid. Arkitek Tuan Hj. Ismail bin Hj. Othman telah dilantik dalam kerja-kerja pengubahsuai itu kerana beliau merupakan anak jati kampung Kuala Sungai Baru. Setelah masjid tersergam indah, pencarian nama masjid yang sesuai mula difikirkan. Akhirnya Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan menamakan masjid tersebut “Masjid Al-Hasaniah” bersempena dengan nama bekas mufti Kerajaan Negeri Melaka, Allahyarham Tuan Guru Hj. Seterusnya pembinaan projek “Menara masjid Al-Hasaniah” telah disiapkan pada 2003 dengan jumlah perbelanjaan RM 30,000. Syarikat Asnor Enterprise telah membina menara ini dengan mematuhi pelan struktur yang telah ditetapkan.

08/09/2026

Kuliah maghrib bersama Tn Hj Dr Muhammad Najib Md Norani....imam 2 Masjid Al Hasaniah.

27/08/2026

Ceramah Maulidur Rasul Peringkat DUN Kuala Linggi...Penceramah jemputan Dr.Sulaiman Bin Ismail.

26/08/2026

Kuliyah Maghrib bersama Ust Dr Abd Rahim

21/08/2026

Kuliah subuh bersama Ust Abdullah Rashid

18/08/2026

Kuliyah maghrib bersama Tn Hj Dr Muhammad Najib Md Norani.

14/08/2026

Kuliyah Maghrib bersama ust Hanapi

13/07/2026

🕌 Sejarah Masjid Al-Hasaniah, Kuala Sungai Baru

Bermula sekitar awal abad ke-19, hanya sebuah masjid kayu sederhana menjadi tempat ibadah penduduk dari beberapa kampung di sekitar Kuala Sungai Baru.

Apabila bilangan penduduk semakin bertambah, masyarakat berganding bahu membina sebuah masjid baharu pada tahun 1922 hasil sumbangan orang ramai. Namun, pembinaannya berdepan pelbagai cabaran apabila dana tidak mencukupi sehingga kerja-kerja pembinaan terhenti. Demi memastikan rumah Allah dapat digunakan, seorang ahli jawatankuasa masjid, Encik Nakman bin Lah, sanggup menggadaikan tanah miliknya untuk menjelaskan upah para pekerja.

Sejak itu, Masjid Al-Hasaniah terus melalui pelbagai fasa pembesaran dan penambahbaikan. Antaranya pembinaan bangunan tambahan yang dirasmikan pada 28 Disember 1983, diikuti kerja-kerja pengubahsuaian pada 1998, termasuk pembinaan perpustakaan. Menara masjid p**a siap dibina pada tahun 2003.

Nama "Masjid Al-Hasaniah" dipilih bagi menghargai jasa bekas Mufti Negeri Melaka, Allahyarham Tuan Guru Haji Hassan bin Haji Abu Bakar, yang pernah berkhidmat sebagai imam di masjid ini.

Hingga hari ini, Masjid Al-Hasaniah kekal menjadi pusat ibadah dan penyatuan masyarakat. Malah, setiap kali Aidilfitri dan Aidiladha, jumlah jemaah yang hadir begitu ramai sehingga khemah sementara terpaksa didirikan di luar kawasan masjid.

✨ Dari sebuah masjid kayu yang sederhana, lahirlah sebuah masjid yang terus menjadi lambang perpaduan, pengorbanan dan semangat gotong-royong masyarakat Kuala Sungai Baru.

04/07/2026

Kali ini, Kembara Masjid Madani membawa kita ke Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru, Melaka — lokasi strategik yang berkembang pesat dengan institusi pendidikan, kawasan industri dan pembangunan baharu.

Di sinilah berdirinya Masjid Al-Hasaniah, masjid berusia lebih 102 tahun yang menjadi nadi komuniti kepada hampir 900 buah rumah kariah.

Seiring arus pembangunan semasa, Masjid Al-Hasaniah kini merancang transformasi besar menjadi sebuah kompleks yang lebih menyeluruh — merangkumi penaiktarafan kemudahan asas, pembangunan kantin, dapur digital, kedai runcit serta inisiatif ekonomi kariah bagi memperkasa masyarakat setempat.

Bagi merealisasikan hasrat ini, dana sebanyak RM900,000 diperlukan untuk membangunkan fasiliti dan memperkukuhkan peranan masjid sebagai pusat pembangunan ummah.

Justeru, marilah kita bersama-sama berinfak dan berwakaf demi menjayakan Kompleks Masjid Al-Hasaniah.

💳 Sumbangan boleh disalurkan ke:
Bank Rakyat
Masjid Al-Hasaniah Kuala Sungai Baru Melaka
1102 0497 39

“Bersama Kembara Masjid Madani, kita menghidupkan masjid dan membina ummah.”

Address

KM. 44. 8, KUALA SG. BARU, MELAKA
Kuala Sungai Baru
78200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Hasaniah, Kuala Sg Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share