06/09/2025
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,*
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, program Sambutan Maulidurrasul 1447H/2025M di Surau Amanullah telah dapat dilaksanakan dengan begitu meriah dan penuh keberkatan.
Bagi pihak Jawatan Kuasa Surau Amanullah, merakamkan jutaan terima kasih kepada:
1. PIC program en Syamsudin dan jawatan kuasa program sambutan maulidurrasul.
2. Para penyumbang dan penaja makanan yg sedap² dan penuh ikhlas dan yang telah bermurah hati juga menyumbang dari segi kewangan, tenaga, dan masa.
3. Semua JK Surau Amanullah, JKPersatuan, sukarelawan jemaah yang bertungkus-lumus menjayakan majlis dari peringkat persiapan sehinggalah ke akhir program.
4. Semua Penduduk Taman Saujana Aman ibu bapa dan anak² dan para hadirin yang hadir memeriahkan sambutan kali ini.
5. Semua anak² peserta pertandingan tilawah, nasyid, dan laungan azan yang telah menunjukkan keberanian bakat dan semangat yang tinggi.
Semoga segala usaha dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Akhir kata, kami pihak pengurusan JK Surau Amanullah memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program ini. Mudah-mudahan majlis seperti ini akan terus kita laksanakan pada masa-masa akan datang untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuh ukhuwah sesama kita.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.