Masjid Taman Alam Jaya, Bandar Puncak Alam - RASMI

Masjid Taman Alam Jaya, Bandar Puncak Alam - RASMI Bersama mengimarahkan MASJID dan mengukuhkan perpaduan dan ikatan silaturahim. Bank Islam Malaysia Berhad
No akaun - 1216-8010-0440-76

Kepada pengumpul harta akhirat boleh banik-in ke akaun berikut;

Akaun bank Masjid Taman Alam Jaya.

SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN ASAS UNTUK ASNAFAssalamualaikum w.b.t.Pihak Pengurusan Masjid Taman Alam Jaya mengalu-alukan ...
19/08/2026

SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN ASAS UNTUK ASNAF

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak Pengurusan Masjid Taman Alam Jaya mengalu-alukan sumbangan daripada para jemaah dan masyarakat dalam bentuk barangan keperluan asas atau sumbangan kewangan untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf di kariah Taman Alam Jaya.

Antara barangan yang diperlukan:
🍚 Beras
πŸ›’οΈ Minyak masak
🍬 Gula
🌾 Tepung
πŸ§‚ Garam
πŸͺ Biskut

Sumbangan kecil daripada kita mampu memberikan manfaat yang besar kepada mereka yang memerlukan. Marilah bersama-sama kita berkongsi rezeki dan membantu meringankan beban saudara-saudara kita dalam kariah.

πŸ“Œ SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI:
πŸ’³ Akaun Bank Islam: 1216801004476
Masjid Taman Alam Jaya

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
πŸ“ž 018-2900937 (Ustaz Aiman)
πŸ“ž 013-6827262 (Ustaz Ilhan)
πŸ“ž 019-3226424 (Ustaz Aqil)

β€œBandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji.”
(Surah Al-Baqarah: 261)

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan saham akhirat buat para penyumbang. 🀲

JOM BERKONGSI REZEKI, RINGANKAN BEBAN ASNAF.

🚨 PENDAFTARAN SKUAD BERTINDAK BENCANA MASJID TAMAN ALAM JAYA 🚨Masjid Taman Alam Jaya kini membuka pendaftaran Skuad Bert...
19/08/2026

🚨 PENDAFTARAN SKUAD BERTINDAK BENCANA MASJID TAMAN ALAM JAYA 🚨

Masjid Taman Alam Jaya kini membuka pendaftaran Skuad Bertindak Bencana kepada semua yang ingin menjadi sukarelawan dan membantu komuniti ketika berlakunya situasi kecemasan serta bencana.

πŸ†˜ Fokus utama skuad:
πŸ”Ή Bantuan kecemasan
πŸ”Ή Tindakan pantas ketika banjir
πŸ”Ή Bantuan & evakuasi mangsa
πŸ”Ή Kebajikan komuniti terkesan

🀝 Terbuka kepada semua!
Jemaah β€’ Belia β€’ Penduduk setempat β€’ Sukarelawan

Ayuh bersama kita membentuk pasukan sukarelawan yang siap bersedia dan pantas bertindak demi keselamatan serta kebajikan komuniti.

πŸ“² Nak jadi sukarelawan?
Imbas QR pada poster atau daftar sekarang!

BERSAMA MEMBANTU, BERSAMA MENYELAMAT. πŸ’š

πŸ“’ PENDAFTARAN SKUAD SAHSIAH UMMAH MASJID TAMAN ALAM JAYA🀝 Jom bersama-sama menjadi sebahagian daripada Skuad Sahsiah Umm...
19/08/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN SKUAD SAHSIAH UMMAH MASJID TAMAN ALAM JAYA

🀝 Jom bersama-sama menjadi sebahagian daripada Skuad Sahsiah Ummah yang ditubuhkan bagi membentuk komuniti yang berakhlak, prihatin dan bertanggungjawab melalui aktiviti kebajikan, kemasyarakatan serta pengimarahan masjid.

🌟 FOKUS UTAMA KAMI:
🫢 Kebajikan Ummah
πŸ•Œ Pengimarahan Masjid
πŸ‘₯ Pembentukan Sahsiah
❀️ Pembinaan Komuniti

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ TERBUKA KEPADA SEMUA!
Jemaah β€’ Belia β€’ Penduduk Setempat β€’ Sukarelawan

πŸ’ͺ BERSAMA MEMBANTU, BERSAMA MENYELAMAT!
⚑ SIAP BERSEDIA, PANTAS BERTINDAK!

πŸ“² Nak jadi Skuad Sahsiah Ummah?
Imbas QR pada poster dan daftar sekarang!

πŸ“ž Sebarang pertanyaan: 013-682 7262
πŸ“§ [email protected]

🌿 Jom sertai kami dan bersama-sama membina komuniti yang lebih prihatin, bersatu dan sejahtera!

INFAQ PEMBANGUNAN MASJID TAMAN ALAM JAYAAssalamualaikum w.b.t.Pihak Pengurusan Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam sedan...
19/08/2026

INFAQ PEMBANGUNAN MASJID TAMAN ALAM JAYA

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak Pengurusan Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam sedang mengusahakan kutipan Infaq Pembangunan bagi menampung kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bumbung masjid.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kerosakan pada bahagian gutter dan sistem kalis air (waterproofing) yang memerlukan tindakan pembaikan bagi mengelakkan kerosakan menjadi lebih serius serta memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.

πŸ’° ANGGARAN KOS PEMBANGUNAN:
β€’ Gutter: RM81,440.00
β€’ Water Proofing: RM40,000.00
β€’ Jumlah Keseluruhan: RM121,440.00

Sehubungan itu, pihak masjid mengalu-alukan sumbangan dan infaq daripada para jemaah, ahli kariah serta masyarakat umum bagi membantu merealisasikan kerja-kerja pembaikan ini.

🏦 SALURKAN SUMBANGAN KE:

Bank Islam
Masjid Taman Alam Jaya
No. Akaun: 1216801004476

πŸ“² Sumbangan juga boleh dibuat melalui QR Code yang tertera pada poster.

Setiap ringgit yang diinfaqkan amat bermakna dalam memastikan masjid terus menjadi tempat ibadah yang selamat, selesa dan kondusif untuk seluruh jemaah.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.🀲

β€œJOM BERINFAQ, BERSAMA MEMBANGUNKAN RUMAH ALLAH.”

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
πŸ“ž 013-6827262

πŸ‡²πŸ‡Ύ *JIWA MERDEKA, CINTA RASUL*ο·Ί πŸ‡²πŸ‡Ύ*β€œMerdeka Jiwanya, Mulia Akhlaknya, Rasulullah Teladannya.β€πŸŒΉ Assalamualaikum warahmatu...
05/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ *JIWA MERDEKA, CINTA RASUL*ο·Ί πŸ‡²πŸ‡Ύ*

β€œMerdeka Jiwanya, Mulia Akhlaknya, Rasulullah Teladannya.”

🌹 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam dengan sukacitanya menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir memeriahkan Program Jiwa Merdeka, Cinta Rasul yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa)
πŸ“ Tempat: Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam

✨ Pengisian Program:
πŸ•Œ Kuliah Subuh Khas bersama Ustaz Nor Irwan bin Zulkafli al-Hafiz (M2-A)
πŸ•Œ Imam Qiamullail bersama Ustaz Syurahbil Zolzanan
πŸ•Œ Kuliah Maghrib Khas bersama YBhg. Al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin
🎢 Persembahan Qasidah Angham Anisah

Marilah kita menghayati semangat kemerdekaan dengan memperkukuhkan cinta kepada Rasulullah SAW melalui majlis ilmu, zikir dan selawat.

β€œJiwa yang merdeka lahir daripada hati yang mencintai Allah dan Rasul-Nya.”

πŸ“’ Jom hadir beramai-ramai dan ajak keluarga serta sahabat untuk sama-sama mengimarahkan masjid.

🌟 PENDAFTARAN KINI DIBUKA! πŸŒŸπŸ“’ KEM REMAJA CEMERLANG 2026 πŸ‘¦πŸ‘§ Khas untuk remaja berumur 8 hingga 17 tahunπŸ“ Masjid Taman Ala...
01/08/2026

🌟 PENDAFTARAN KINI DIBUKA! 🌟

πŸ“’ KEM REMAJA CEMERLANG 2026 πŸ‘¦πŸ‘§

Khas untuk remaja berumur 8 hingga 17 tahun

πŸ“ Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam

πŸ“… 31 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ•— 8.00 pagi – 9.30 malam
πŸ’° Yuran hanya RM50 seorang βœ… Makanan disediakan βœ… Sijil penyertaan disediakan

πŸ‘₯ Terhad kepada 100 peserta sahaja!

🎯 Antara pengisian menarik:
βœ”οΈ Ceramah Motivasi Remaja
βœ”οΈ Leadership Challenge
βœ”οΈ Amazing Race Kepimpinan
βœ”οΈ Komunikasi & Kerja Berpasukan
βœ”οΈ Kepimpinan Berintegriti

✨ Tema: "Remaja Cemerlang, Pemimpin Masa Hadapan"

πŸ“² Daftar sekarang! πŸ‘‰ https://wa.link/q9cf5n⁠

πŸ“ž Sebarang pertanyaan: Encik Aizat πŸ“± 011-2711 3448

Tempat adalah TERHAD 100 Peserta sahaja. Daftar segera sebelum kuota penuh!

π™…π˜Όπ˜Ώπ™π˜Όπ™‡ π™†π™π™‡π™„π˜Όπ™ƒ π˜½π™π™‡π˜Όπ™‰ *OGOS 2026 / SAFAR-RABI’UL AWWAL 1448H*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, den...
01/08/2026

π™…π˜Όπ˜Ώπ™π˜Όπ™‡ π™†π™π™‡π™„π˜Όπ™ƒ π˜½π™π™‡π˜Όπ™‰ *OGOS 2026 / SAFAR-RABI’UL AWWAL 1448H*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam akan meneruskan pengisian rohani dan ilmu melalui 𝙠π™ͺπ™‘π™žπ™–π™ 𝙗π™ͺ𝙑𝙖𝙣𝙖𝙣 π™—π™–π™œπ™ž 𝙗π™ͺ𝙑𝙖𝙣 OGOS 2026 bersamaan SAFAR - RABI’UL AWWAL 1448H

Bulan Safar dan Rabiulawal merupakan bulan yang penuh hikmah dalam kalendar Islam. Bulan Safar mengingatkan umat Islam agar menjauhi kepercayaan khurafat seperti menganggap bulan ini membawa sial, sebaliknya memperbanyakkan amal soleh seperti solat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah dan berdoa. Seterusnya, bulan Rabiulawal merupakan bulan yang amat istimewa kerana padanya lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta mencontohi akhlak dan sunnahnya agar kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam kehidupan seharian.

Seluruh jemaah muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi menyuburkan majlis ilmu, mengimarahkan rumah Allah dan mencari keberkatan dalam bulan yang mulia ini.

Sebarang Infak & sedekah:
Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam
12168010044076
(Bank Islam)

-Rabi’ulAwwal


Al-Adzkar Imam Nawawi :Jom sama2 kita timba ilmu 🀲Link Live ada di komen dibawah.
25/07/2026

Al-Adzkar Imam Nawawi :

Jom sama2 kita timba ilmu 🀲

Link Live ada di komen dibawah.

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMA PEKA B40Anjuran: Klinik UsraaJom manfaatkan Saringan Kesihatan Percuma PEKA...
21/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMA PEKA B40

Anjuran: Klinik Usraa

Jom manfaatkan Saringan Kesihatan Percuma PEKA B40 bagi mereka yang layak.

Kelayakan:
βœ… Warganegara Malaysia
βœ… Berumur 40 tahun ke atas
βœ… Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau pasangan yang berdaftar (Ihsan MADANI⁠)

Perkhidmatan Saringan:
β€’ Pemeriksaan kesihatan asas
β€’ Saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi dan kolesterol
β€’ Nasihat serta konsultasi kesihatan oleh pegawai perubatan (Ihsan MADANI⁠)

πŸ“… Tarikh: 25 julai 2026 (sabtu)
⏰ Masa: 10:00 am - 2:00 pm
πŸ“ Tempat : Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam

Apa yang perlu dibawa?
β€’ MyKad
β€’ Telefon bimbit (jika diperlukan)
β€’ Dokumen berkaitan kesihatan (jika ada)

Pendaftaran adalah PERCUMA.

Jangan lepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan awal demi kesihatan anda dan keluarga.

Alhamdulillah, Program Perisai Ummah Rabbani yang telah berlangsung pada 18 Julai 2026 (Sabtu) telah selesai dilaksanaka...
21/07/2026

Alhamdulillah, Program Perisai Ummah Rabbani yang telah berlangsung pada 18 Julai 2026 (Sabtu) telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, penceramah, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Semoga segala ilmu, pengisian dan manfaat yang diperoleh menjadi panduan dalam membentuk ummah yang berilmu, berakhlak dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.

Semoga kita dipertemukan lagi dalam program-program akan datang, insya-Allah.

Terima kasih. Jazakumullahu khairan kathira.

Address

Jalan TAJ 1/11, Taman Alam Jaya
Kuala Selangor
42300

Telephone

+60192770283

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Taman Alam Jaya, Bandar Puncak Alam - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share