04/06/2026
Assalamua'laikum wbh.
*Mohon Hebahan*
*TAMAN - TAMAN SYURGA KULIAH MAGHRIB (MERUJUK KITAB AWJAZ)*
*Tarikh: 6 hb Jun 2026 M* / 20 Zulhijjah 1447 H.
*Hari 😗 Sabtu.
*Masa 😗 Selepas Solat Fardhu Maghrib.
*Lokasi:* Surau Kg Tanjung Jati, Kuala Pilah.
*Pengkuliah:* Al Fadhil Ustaz Nasrul Hakim.
*Kitab : AWJAZ* (Perbahasan Tentang Aqidah, Feqah & Akhlak).
Majlis ditutup dengan bacaan *Surah Al Mulk* seusai Solat Fardhu Isyak.
Barokallaah fiikum.
*SEMUA DIJEMPUT HADIR*
Marilah kita *hadir ke Surau* duduk seketika di dalam *Majlis Ilmu* khususnya di bulan Zulhijjah yg dimuliakan oleh Allah & diangkat darjatnya melebihi bulan2 yg lain.
Setiap langkah menuju *Majlis Ilmu* akan dihitung sebagai amal, *setiap doa yg diaminkan* mudah2an menjadi asbab turunnya rahmat & keberkatan hidup. ' *Bersama2 menyubur Iman & menyemai taqwa'.*
Pihak *surau* akan menyediakan *minuman* & Tuan / Puan bolehlah membawa makanan *'potluck'* untuk tujuan bersedekah.
Tuan / Puan dijemput bersama2 *merebut pahala berpanjangan* dgn menghulur sedikit sumbangan, sedekah & infaq bagi *mengimarahkan aktiviti:*
1.Penyelenggaraan utiliti & kebersihan surau serta kawasan luar.
2.Kuliah Maghrib Feqah, Tauhid, Hadith, Tasawwuf, Tadabbur Al Quran & Akhlak 7 kali sebulan.
3.Kelas Iqra' & Tahsin Al Quran Muslimah 8 kali sebulan.
4.Kelas Iqra' Muslimin 8 kali sebulan.
5.Penyediaan minuman seusai Kelas Mengaji Al Quran, Kuliah Maghrib / Majlis.
6.Program Qaryah *eg.* Isra' Mikraj, Maulidur Rosul, gotong royong bersih kubur & tanah wakaf dengan kerjasama JPKK.
Aktiviti bulan Ramadhan *eg.* solat tarawih bersama Imam jemputan, penyediaan minuman, morey &
majlis berbuka puasa.
Sumbangan, sedekah & infaq ikhlas Tuan / Puan boleh disalurkan kepada *Bank Islam* *Nombor Akaun:*
*05030010108762* Pemegang Akaun Surau Kg Tanjung Jati.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yg berterusan & diberkati Allah SWT.