Masjid Kariah Gachong

Masjid Kariah Gachong Maklumat & aktiviti semasa AJK Masjid Kariah Kampung Gachong

SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H/2026M 🕌✨شكر الحمد للهSekitar Solat Sunat Aidiladha 1447H/2026M di Surau Al-Hasanah, Kg Ulu G...
27/05/2026

SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H/2026M 🕌✨

شكر الحمد لله

Sekitar Solat Sunat Aidiladha 1447H/2026M di Surau Al-Hasanah, Kg Ulu Gachong pada pagi 27 Mei 2026 (Rabu).

Program dimulakan dengan laungan takbir Aidiladha sebelum diteruskan dengan Solat Sunat Aidiladha secara berjemaah dan khutbah Aidiladha.

Antara petugas yang menjayakan solat sunat Aidiadha tahun ini:
🕌 Imam : Imam Mohd Padzil
📢 Bilal : Ust. Ahmad Huzaifah
🎙️ Khatib : En. Zamri

Terima kasih diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang hadir memeriahkan sambutan Aidiladha tahun ini.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai semangat pengorbanan dan ketaqwaan dalam kehidupan kita semua.
🤍
الله اكبر الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد

“Korban Jiwa, Suburkan Taqwa”

شكور الحمد للهSekitar Kuliah Ibadah Qurban: dari Ibadah ke Ukhuwah Ummah pada Sabtu, 23 Mei 2026 bertempat di Surau Al-H...
23/05/2026

شكور الحمد لله

Sekitar Kuliah Ibadah Qurban: dari Ibadah ke Ukhuwah Ummah pada Sabtu, 23 Mei 2026 bertempat di Surau Al-Hasanah. Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanapi Abd Hamid dari Unit Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAINS.

Program dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan sesi kuliah yang memberi penekanan terhadap penghayatan sebenar ibadah qurban, hikmah pengorbanan dalam Islam serta kepentingan memupuk ukhuwah dan kasih sayang dalam masyarakat.
Para jemaah yang hadir turut didedahkan tentang nilai keikhlasan dan pengorbanan yang menjadi teras utama ibadah qurban, selaras dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Penyampaian yang santai namun penuh pengisian berjaya menarik perhatian para hadirin untuk lebih memahami makna sebenar qurban dalam kehidupan seorang Muslim.

Program diteruskan dengan solat fardhu Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan ringan dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan sesama ahli kariah.

Surau al-Hasanah selaku penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jemaah yang hadir serta para penyumbang yang sentiasa menyokong aktiviti surau. Semoga program seperti ini dapat terus menyemarakkan budaya menuntut ilmu dan mengimarahkan institusi surau dalam kalangan masyarakat.

ان شاء الله, امين يا رب العالمين.

“Jom imarahkan surau, menuntut ilmu, meraih redha Ilahi.”














1 Syawal 1447H. Sekitar Solat Sunat Aidilfitri di Surau al-Hasanah Kg Ulu Gachong. Solat sunat dan tahlil arwah di pimpi...
21/03/2026

1 Syawal 1447H. Sekitar Solat Sunat Aidilfitri di Surau al-Hasanah Kg Ulu Gachong. Solat sunat dan tahlil arwah di pimpin oleh Imam Abdullah dan khutbah Aidilfitri disampaikan oleh En. Zamri

Takbir Aidilfitri pada malam 1 Syawal 1447H. Program kali ini melibatkan 20-30 jemaah yang terdiri daripada ahli jawanta...
21/03/2026

Takbir Aidilfitri pada malam 1 Syawal 1447H. Program kali ini melibatkan 20-30 jemaah yang terdiri daripada ahli jawantankuasa surau, ahli kariah dan anak-anak kelas mengaji Surau al-Hasanah yang telah berkunjung di 15 buah rumah ahli kariah sekitar Ulu Gachong. Pengisian adalah takbir Aidilfitri serta doa selamat di setiap rumah yang dikunjungi. Mudah-mudahan tradisi ini diteruskan setiap tahun ان شاء الله

Sekitar Kuliah Maghrib bersempena sambutan Ramadan di Surau al-Hasanah pada 14 Februari 2026 bersamaan 26 Sya'ban 1447 h...
15/02/2026

Sekitar Kuliah Maghrib bersempena sambutan Ramadan di Surau al-Hasanah pada 14 Februari 2026 bersamaan 26 Sya'ban 1447 hijrah. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanafi Abd Hamid dari Unit Pengurusan Masjid dan Surau JHEAINS. Moga bermanfaat kepada ahli kariah ان شاء الله

29/11/2025

Address

Kampung Gachong, Senaling
Kuala Pilah
72000

Telephone

+601123542719

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kariah Gachong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share