Masjid Qaryah Kampung Juasseh Tengah

Masjid Qaryah Kampung Juasseh Tengah Hebahan aktiviti/program dan info terkini berkenaan Masjid Qaryah Kampung Juasseh Tengah, Kuala Pilah

MAJLIS KHATAM QURAN SEMPENA TADARUS RAMADAN
20/03/2025

MAJLIS KHATAM QURAN SEMPENA TADARUS RAMADAN

MAJLIS KHATAM AL QURAN. | Check out NINJA CHIP LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from NINJA CHIP.

22/02/2025

Sape macam ni?

22/02/2025

Semoga bermanfaat

PEMBIKINAN ONE STOP CENTRE - MASJID KARIAH JUASSEH TENGAH 2025
08/02/2025

PEMBIKINAN ONE STOP CENTRE - MASJID KARIAH JUASSEH TENGAH 2025

Check out NINJA CHIP’s video.

27/01/2025

UNDANGAN

MAJLIS ISRAK MIKRAJ SURAU ANNUR JUASSEH KAPITAN

Dijemput tuan/puan menghadiri majlis tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29/1/2025
Hari : Rabu malam Khamis
Masa : Maghrib hingga selesai
Tempat : Surau Annurr Juasseh Kapitan
Penceramah : Ustaz Muhd Ateh

Semoga kehadiran tuan/puan membawa seribu rahmat buat majlis kami.

Terìma kasih.

Pada petang tadi selepas solat Jumaat telah berlangsung Mesyuarat AJK Masjid Qaryah Kampung Juasseh Tengah Sesi 2025 Kal...
17/01/2025

Pada petang tadi selepas solat Jumaat telah berlangsung Mesyuarat AJK Masjid Qaryah Kampung Juasseh Tengah Sesi 2025 Kali Pertama.

Mesyuarat telah dihadiri YB Dato' Puan Sri Hajjah Bibi Sharliza selaku Penasihat, serta Pengerusi JPKK Juasseh Tengah dan JPKK Juasseh Kapitan yang secara automatik diserapkan sebagai AJK Masjid Qaryah Juasseh Tengah.

YB Dato' menyeru kerjasama erat di kalangan barisan AJK baharu dan lama, di bawah teraju Encik Bahari yang baru sahaja menyandang tugas sebagai Pengerusi / Nazir Masjid Sesi 2025.

Pejabat ADUN akan memberikan sokongan dan bantuan dari sudut pentadbiran serta pembiayaan program2 yang bakal dijalankan.

YB Dato' berharap tahun 2025 ini bakal menyaksikan pengelolaan pelbagai program secara usaha-sama di antara institusi keagamaan, pentadbiran2 kampung, serta pihak2 NGO. Program anjuran masjid, bukan hanya mengambil tempat di masjid dan begitu juga sebaliknya.

Nilai utama yang harus disemaikan adalah ukhuwah dan perpaduan dalam masyarakat kampung, serta memanggil pulang waris2 kita di kota sama2 meraikan perayaan2/sambutan2 penting di kampung halaman sebagaimana tradisi lama kita dahulu.

Antara lainnya, program yang dirancangkan dalam masa terdekat ini ialah Sambutan Isra' Mikraj dan Gotong Royong Kubur & Ihya' Ramadhan.

YB Dato' turut berbesar hati menyampaikan sedikit ole2 buat cicipan jemaah yang bersantai di masjid ketika sela waktu maghrib isyak.

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum wbt. Kem Ibadah Raudhah 2024📍 Lokasi : Surau Al Ihsan, (Tanah wakaf) Juasseh Ten...
09/12/2024

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Kem Ibadah Raudhah 2024

📍 Lokasi : Surau Al Ihsan, (Tanah wakaf) Juasseh Tengah
Tarikh : Isnin 23/12/24
Masa : 9.30 pg – 4.00 ptg

Terbuka untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas

📖 Tentatif Program:
9.30 am : Pendaftaran, minum pagi & Solat Dhuha

10.00 am – 1.00 tengahari: Kem Ibadah

1.00 – 2.00 PM : Solat Zohor berjemaah & makan tengahari

2.00 – 4.00 PM : Kem Ibadah, Solat Asar & minum petang

💰Mahar Program:
RM 15.00 seorang
🎁Hadiah penyertaan & e-sijil disediakan

Mahar Kem :
🔸 Tunai atau transfer ke Raudhah Bonda Global
Maybank : 5622 6355 6676
📲 Update resit pembayaran ke : 019-983 5378

Kami doakan Allah memberkati usaha kita dalam menuntut ilmu 😊

09/12/2024

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Adalah dimaklumkan malam ini majlis ilmu ( Tauhid ) akan diadakan pada ketetapan berikut.

Pada : 10/12/2024
Hari : Selasa
Masa : Selepas Maghrib
Pembimbing : Ustaz Syed Maarof

Semua muslimin dan muslimah dijemput hadir

Address

Kampung JuassehTengah
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Qaryah Kampung Juasseh Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share