Masjid Jamek Yam Tuan Raden Kuala Pilah

Masjid Jamek Yam Tuan Raden Kuala Pilah Assalamualaikum w.b.t

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Media Sosial Facebook Masjid Jamek Yamtuan Rad

KUALA PILAH, 30 Mei– Program Ibadah Korban Masjid Jamek Yamtuan Raden 1447H/2026M telah berlangsung dengan jayanya bermu...
31/05/2026

KUALA PILAH, 30 Mei– Program Ibadah Korban Masjid Jamek Yamtuan Raden 1447H/2026M telah berlangsung dengan jayanya bermula seawal jam 7.00 pagi dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini bagi tujuan agihan kepada golongan yang memerlukan. Simbolik penyembelihan seekor lembu telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Yamtuan Raden, manakala enam ekor lagi disempurnakan di pusat penyembelihan yang ditetapkan.

Program turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Pegawai MAINS Kuala Pilah, Ustaz Syed Mazlan bin Syed Azizan yang mengupas hikmah dan pengajaran di sebalik ibadah korban serta kepentingan semangat pengorbanan dalam kehidupan umat Islam.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim yang menambah lagi keceriaan dan kemeriahan program melalui kehadiran beliau bersama masyarakat setempat serta para petugas yang menjayakan program berkenaan.

Dalam masa yang sama, daging korban diagihkan kepada seramai 63 orang asnaf yang telah dikenal pasti sebagai penerima. Sehingga jam 10.26 pagi, seramai 43 orang asnaf telah hadir untuk menerima agihan yang disediakan. Majlis diakhiri dengan gimik penyerahan daging korban kepada para asnaf, petugas serta orang awam sebagai simbolik perkongsian rezeki dan pengukuhan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam sempena Aidiladha, malah memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pihak masjid, agensi kerajaan dan masyarakat setempat melalui semangat kerjasama, kesukarelawanan dan amalan kebajikan yang berterusan.

JOM HADIR & TIMBA ILMU!Ibadah korban bukan sekadar penyembelihan, tetapi satu ibadah besar yang menuntut kefahaman yang ...
06/05/2026

JOM HADIR & TIMBA ILMU!

Ibadah korban bukan sekadar penyembelihan, tetapi satu ibadah besar yang menuntut kefahaman yang tepat menurut syarak. Masih ramai yang keliru tentang pelaksanaannya — jadi inilah peluang untuk kita perbetulkan dan perkemaskan amalan.

Program Daurah Fiqh Korban 2026 / 1447H diadakan khas bagi memberi pendedahan, kefahaman dan pengukuhan ilmu kepada semua yang terlibat dalam pengurusan ibadah korban.

📅 Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Dato’ Mohd Yusof, Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah

👥 Terbuka kepada:
✔️ Guru Takmir
✔️ Guru KAFA
✔️ Jawatankuasa Masjid & Surau
✔️ Petugas pelaksanaan ibadah korban

⚠️ Tempat terhad kepada 50 orang sahaja!

📌 Ayuh ambil peluang ini untuk menambah ilmu, memperbetulkan amalan dan menyempurnakan ibadah korban kita.

👉 Daftar sekarang melalui QR Code yang disediakan!

"Memantapkan kefahaman, menyempurnakan ibadah korban."

KHATIB & TAZKIRAH JUMAAT ISTIMEWA 📢✨Ayuh warga Kuala Pilah dan sekitarnya! Kita hadirkan diri untuk mendengar perkongsia...
05/05/2026

KHATIB & TAZKIRAH JUMAAT ISTIMEWA 📢✨

Ayuh warga Kuala Pilah dan sekitarnya! Kita hadirkan diri untuk mendengar perkongsian mengenai "KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJJAH" 🕋🌟

Disampaikan KHAS Oleh:

👳🏻‍♂️ YBhg Dato' Seri Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
🗓️ 8 Mei 2026 (Jumaat)
🕛 12.30 Tengah Hari
🕌 Masjid Jamek Yamtuan Raden

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga."🤲✨

IN SHA ALLAH🤲✨


&tothepoint

Assalamualaikum dan salam hormat,Masjid Jamek Yam Tuan Raden dengan sukacitanya membuka penyertaan bagi Program Korban A...
08/04/2026

Assalamualaikum dan salam hormat,

Masjid Jamek Yam Tuan Raden dengan sukacitanya membuka penyertaan bagi Program Korban Aidiladha 1447H/2026M

Butiran adalah seperti berikut:
🐂 Kadar penyertaan: RM850 bagi satu bahagian
✅ Kaedah bayaran: Secara dalam talian (imbasan kod QR)
📍 Lokasi: Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah
‼️ Penyertaan adalah terhad kepada 5 ekor lembu sahaja

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk mengambil peluang menyertai ibadah korban ini. Pendaftaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 15 Mei 2026 bagi memastikan kelancaran urusan pelaksanaan. Borang penyertaan boleh didapati di pejabat masjid.

Kerjasama dan sokongan semua amatlah dihargai.

JAWATAN KOSONGMasjid Jamek Yam Tuan Raden Kuala Pilah membuka peluang kepada individu yang berminat, berintegriti dan be...
03/04/2026

JAWATAN KOSONG

Masjid Jamek Yam Tuan Raden Kuala Pilah membuka peluang kepada individu yang berminat, berintegriti dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

PEMBANTU AM WANITA ( PAW )

🕌 Lokasi : Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah

Berminat ?
Imbas QR Code yang tertera untuk permohonan. Sila hubungi pihak pengurusan masjid untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

Tarikh tutup permohonan : 17 April 2026

Jom berkhidmat di rumah Allah, rebut peluang menambah ganjaran pahala sambil bekerja!


20/03/2026

*_HEBAHAN AWAL_*‼️‼️

*GEMA TAKBIR MEMANGGIL!!!* 🌙✨

✨✨Mari sempurnakan kemenangan di hari raya Aidilfitri dengan *_SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI_*

✨✨Sertai kami dalam *Solat Hari Raya Aidilfitri* di:

🕌*Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah.*
🗓️ *21 Mac 2026 (Sabtu)*
🕰️ *8:30 pagi*

Pimpinan Oleh:
* *Imam Afiq*👳🏻
- *Bilal Faiz* 👳🏻

Jumpa Muslimin & Muslimat di sana!🤲🤲

*إن شاء الله*🤲
*تقبل الله منا ومنكم 🤲*

Program Iktikaf Masjid: Munajat Seorang Daie & Smart Solat Berlangsung di Masjid Jamek Yam Tuan RadenKUALA PILAH, 11 Mac...
12/03/2026

Program Iktikaf Masjid: Munajat Seorang Daie & Smart Solat Berlangsung di Masjid Jamek Yam Tuan Raden

KUALA PILAH, 11 Mac — Program Iktikaf Masjid: Munajat Seorang Daie dan Smart Solat telah berjaya dianjurkan selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mac 2026 hasil anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan kerjasama Masjid Jamek Yam Tuan Raden.

Program berbentuk pengisian rohani dan pembinaan sahsiah itu disertai oleh para pelajar Tingkatan 4 daripada beberapa sekolah menengah terpilih iaitu SMK Tuanku Muhammad, SMA Sains Kuala Pilah, SMK Za’ba dan SMS Tuanku Jaafar, serta pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah seramai 45 orang.

Sepanjang program tersebut, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti kerohanian termasuk sesi munajat, pengisian ilmu, latihan Smart Solat serta ibadah iktikaf yang bertujuan memperkukuh penghayatan terhadap ibadah solat dan membina jati diri sebagai generasi muda Islam.

Menariknya, pada malam pertama program iaitu 9 Mac, para peserta berpeluang menyertai sesi iktikaf bersama YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun , Menteri Besar Negeri Sembilan, yang turut hadir memeriahkan program tersebut. Kehadiran beliau memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menanamkan nilai kepimpinan berteraskan agama.

Perasmian penutupan program ini telah dijalankan dan dirasmikan oleh Encik Rosafiz bin Sudeen, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran PPD Kuala Pilah, serta dihadiri bersama Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Sahibul Fadilah Tuan Hardi bin Mohamad Sadali.

Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai kekuatan rohani serta kefahaman yang lebih mendalam terhadap kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Masjid Jamek Yam Tuan RadenKUALA PILAH, 5 Mac 2026 – Masjid Jamek Yam Tuan Raden telah me...
06/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Masjid Jamek Yam Tuan Raden

KUALA PILAH, 5 Mac 2026 – Masjid Jamek Yam Tuan Raden telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana sempena Ramadan 1447H / 2026M dengan penuh kemeriahan dan penghayatan pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta khatam sebelum diteruskan dengan bacaan doa khatam yang dipimpin oleh imam masjid. Suasana majlis berlangsung dengan penuh khusyuk dan tertib, menggambarkan kecintaan umat Islam terhadap kitab suci Al-Quran.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pilah. Kehadiran beliau bersama wakil daripada Pejabat ADUN, Muslimat Kariah Kampung Tanah Melintang, Kariah Seri Pilah, Rumah Ngaji serta para jemaah Masjid Jamek Yamtuan Raden telah menambahkan lagi kemeriahan dan semangat ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi penghayatan Al-Quran dalam kalangan masyarakat serta menggalakkan umat Islam untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT khususnya sepanjang bulan Ramadan. Selain itu, majlis ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat.

Pihak penganjur berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat yang cintakan Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Program “Sebutir Nasi Dikongsi Bersama” Memeriahkan Aktiviti Gotong-Royong Memasak  Bubur Lambuk di Masjid Jamek Yam Tua...
26/02/2026

Program “Sebutir Nasi Dikongsi Bersama” Memeriahkan Aktiviti Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk di Masjid Jamek Yam Tuan Raden

KUALA PILAH, 26 Februari 2026 – Suasana harmoni dan penuh semangat kerjasama jelas terpancar dalam Program “Sebutir Nasi Dikongsi Bersama” yang diadakan di Masjid Jamek Yam Tuan Raden hari ini. Program berbentuk gotong-royong memasak bubur lambuk itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah masjid serta komuniti setempat.

Seawal jam 10.00 pagi, para sukarelawan yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid, golongan belia dan penduduk sekitar telah berganding bahu menyediakan bahan-bahan masakan. Aktiviti memasak bubur lambuk secara bergotong-royong ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kebersamaan, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif program “Sebutir Nasi Dikongsi Bersama” membawa mesej bahawa setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, mampu memberi makna besar kepada penerima. Bubur lambuk yang dimasak kemudiannya diagihkan kepada jemaah masjid dan penduduk sekitar sebagai tanda keprihatinan serta berkongsi rezeki.

Program ini juga mencerminkan peranan masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan pemangkin aktiviti kemasyarakatan. Diharapkan usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk budaya tolong-menolong dan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat.

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT DAERAH KUALA PILAHKUALA PILAH, 14 Februari 2026 – Majlis Sambutan Israk Mikraj Pe...
14/02/2026

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH

KUALA PILAH, 14 Februari 2026 – Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Daerah Kuala Pilah yang diadakan di Masjid Jamek Yam Tuan Raden telah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Seramai 242 orang peserta telah mendaftar dalam program ini, di samping kehadiran komuniti sekitar Kuala Pilah yang turut memeriahkan program tersebut.

Program yang diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Kuala Pilah ini telah dihadiri oleh YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat Merangkap ADUN Pilah, YBrs Tuan Akmal bin Basar, Timbalan Pegawai Daerah Kuala Pilah, YBrs Sahibus Fadhilah Tuan Hardi bin Mohamad Sadali, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah Merangkap pengerusi Masjid Jamek Yam Tuan Raden serta penceramah jemputan, Ybhg Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM.

Program ini menampilkan pelbagai pengisian bermanfaat untuk semua peringkat umur. Antara tarikan utama ialah aktiviti Fun Walk sejauh 5 kilometer yang berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh semangat dan ukhuwah.

Selain itu, beberapa pertandingan turut dianjurkan bagi mencungkil bakat serta menyemarakkan penghayatan Islam dalam kalangan generasi muda. Antaranya ialah pertandingan azan, pertandingan daie cilik dan pertandingan mewarna yang mendapat penyertaan memberangsangkan daripada kanak-kanak dan remaja.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran daripada agensi-agensi berkaitan, termasuk perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma serta gerai-gerai jualan yang memberi peluang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan.

Kemuncak program ialah ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli. Dalam ceramah tersebut, beliau menekankan kepentingan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai simbol pengukuhan iman, disiplin solat serta perpaduan ummah.

Majlis diakhiri dengan sesi cabutan bertuah yang menambahkan lagi keterujaan para hadirin. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya mencapai objektif dalam menyemarakkan penghayatan peristiwa agung Israk dan Mikraj serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat Daerah Kuala Pilah.

Address

MASJID JAMEK YAM TUAN RADEN KUALA PILAH
Kuala Pilah
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Yam Tuan Raden Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Yam Tuan Raden Kuala Pilah:

Share