08/03/2024
NASIHAT TTG RAMADAN
Hubabah Ummu As Siddiq Al Hamid
Madrasah Tahfiz Al Yamani Gunung Pasir | 17hb Feb (7 Syaaban)
Bahagian 3
♥️ Menjelang Ramadhan:
🪷 Ibu² bukanlah hanya semata menyusun jadual bacaan Al Quran. Bukan bacaan Al Quran sahaja ibadah, tetapi memasak, bermain dengan anak, dan pekerjaan dlm rumah, bergelak ketawa bersama suami, semua itu adalah ibadah bagi ibu, ada kedudukan dan ganjaran di sisi Allah.
🪷 Usah berkata "Aku tidak punya masa", "Aku sibuk", "Aku tidak sempat", padahal jadual pun tidak disusun.
🪷
1️⃣ Hargai semua perkara, setiap detik dalam bulan Ramadan
2️⃣ Istiqamah dengan al Quran, adab-adab harian. Dua rakaat sunnah di bulan Ramadan menyamai 70 pahala amalan wajib.
3️⃣ Dua rakaat dalam bulan Ramadan sangat tinggi nilainya. Maka, jangan tinggalkan solat Dhuha walau 2 rakaat. Tambah jika mampu.
Ia bukan hanya untuk org dewasa tp sudah boleh ajar kpd anak-anak yg dah mumaiyiz untuk mengamalkannya.
4️⃣ Kanak-kanak yang habiskan masa dgn al Quran, Dhuha dll ibadat, ibu bapa pun akan dapat pahala & ganjaran
Berhati-hati di bulan Ramadan, kita akan dapat gandaan pahala kebaikan & kita juga dpt dosa yg digandakan atas setiap maksiat yang dilakukan.
5️⃣ Jaga dan jangan tinggalkan solat Witir. Laksanakan witir walau 1 rakaat. Biasakan solat witir setiap hari dari sekarang, supaya kita sudah tetap melaksanakannya apabila menjelang Ramadhan.
Mafhum Baginda Nabi ﷺ, "Bukan dari golongan kami orang yang meninggalkan witir".
Sayyidah Aisyah telah bertanya kpd Rasulullah; apakah amal yang paling utama? Jawab Baginda: (Amalan yang paling utama) Ialah yang sentiasa konsisten walaupun sedikit.
6️⃣ Jangan tinggalkan solat berjemaah. Wlpn ketika ada urusan di luar. Solatlah di surau/masjid supaya dapat mencari orang yg boleh berjemaah dengan kita.
7️⃣ Jangan tinggalkan solat terawih.
8️⃣ Doa mustajab, cuma kena yakin yang Allah akan makbulkan doa kita.
أنا عند ظن عبدي بي
Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu
Setiap malam pada bulan Ramadan ada seruan yang menyeru; “Dekatlah kepada kebaikan & jauhilah keburukan!”
9️⃣ Jadual: Ia bukan hanya berkisar ttg Al Quran sahaja yang dianggap ibadah. Masak juga ibadah. Duduk dgn suami, bergurau, ketawa dgn suami juga ibadah. Ajar anak al Quran juga ibadah. Bacaan azkar juga ibadah.
Kelebihan bila kita ada jadual: Lebih berkat & beribadat dgn baik. Kena istiqamah mengikut jadual & selitkan waktu utk rehat. Rumah lebih teratur & kita dpt baca al Quran dgn lebih banyak.
🔟 Di bulan Ramadan, pahala digandakan. Begitu juga klu kita buat maksiat seperti mengumpat, namimah, batal pahala puasa. Dosa juga jadi berganda.
Tinggalkan sebarang pertelingkahan/pertengkaran/pergaduhan samada dengan suami atau isteri, ibubapa, saudara mara, jiran tetangga dan siapapun. Ia akan menyebabkan amal tidak diterima. Menahan diri dari bertelingkah itu termasuk dalam jihad nafsu, antara jihad yang besar.
❤️📌 Hormatilah bulan puasa
1️⃣1️⃣ Tak senyum kepada saudaranya, muka masam akan mendapat dosa. Wajah masam bukan dari sifat Rasulullah. Tetaplah tersenyum dengan suami walau suami buat hal dengan kita
إدخال السرور iaitu memasukkan kegembiraan ke dlam hati org lain