Masjid Al-Fateh Kuala Pegang

Masjid Al-Fateh Kuala Pegang Sebuah institusi keagamaan mengajak masyarakat untuk melakukan kebaikan.

Juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan dalam menyebarkan kebaikan serta menjaga kebajikan masyarakat.

13/08/2026

الصلاة والسلام عليك يا سيدي يا رسول الله. السلام عليك يا أيها النبي ورحمة الله وبركاته
Malam ni masuklah bulan Rabiulawal. Malam Jumaat. Mari azam gandakan selawat

Jom hadir Majlis Ilmu.Kuliah Mahgrib Perdana bersama Tuan Syeikh Rasydan.Tarikh : 15/08/2026Hari : SabtuJamuan disediaka...
11/08/2026

Jom hadir Majlis Ilmu.

Kuliah Mahgrib Perdana bersama Tuan Syeikh Rasydan.

Tarikh : 15/08/2026
Hari : Sabtu

Jamuan disediakan.

Buku akan digunakan pada Kuliah Maghrib tersebut.

10/08/2026

SEMINAR JOM SKOR UPKK 4.0

Jom sertai Seminar Jom Skor UPKK 4.0.
Tempat terhad. Jangan lepaskan peluang ini.

Masjid Al-Fateh : Nadi Pendidikan dan Pembangunan Ummah.

Selamat Datang Rombongan Muslimah Dari Pokok Sena ke Masjid Al-FatehAlhamdulillah, pihak Masjid Al-Fateh mengalu-alukan ...
08/08/2026

Selamat Datang Rombongan Muslimah Dari Pokok Sena ke Masjid Al-Fateh
Alhamdulillah, pihak Masjid Al-Fateh mengalu-alukan kehadiran rombongan Muslimah dari Pokok Sena yang sudi berkunjung ke Masjid Al-Fateh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian hadir. Semoga kunjungan ini menjadi satu medan untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan ukhuwah Islamiah serta bertukar pengalaman dan ilmu yang bermanfaat.

Semoga pertemuan ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT, serta hubungan yang terjalin akan terus erat dan berkekalan.

Selamat datang dan terima kasih atas kunjungan ke Masjid Al-Fateh.

Terima kasih atas kunjungan.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan berkekalan. 🤲🌷

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum di Masjid Al-Fateh.

Perkembangan terkini Dewan Ummah Al-Fateh…04/08/2026
04/08/2026

Perkembangan terkini Dewan Ummah Al-Fateh…
04/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua sahabat Gunung Baling yang telah bersama-sama menjayaka...
01/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua sahabat Gunung Baling yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada para pelajar POLIMAS atas semangat, kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan sokongan anda semua amat bermakna.

Semoga segala usaha kita diberkati dan dipermudahkan. Doakan semoga diberi kesempatan untuk menganjurkan lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi kepada semua. Semoga kita bertemu lagi dalam program yang akan datang! ❤️⛰️

27/07/2026

Jom ghabat Gunung Baling…

Sabtu ni…

+ Latihan Rasmi Mingguan ADMAA cawangan Masjid Al Fateh, Kuala Pegang, Baling, Kedah. Pada Khamis malam Jumaat, 23 Julai...
25/07/2026

+ Latihan Rasmi Mingguan ADMAA cawangan Masjid Al Fateh, Kuala Pegang, Baling, Kedah.

Pada Khamis malam Jumaat, 23 Julai 2026, ADMAA Cawangan Masjid al-Fateh Kuala Pegang telah mengadakan latihan mingguan melibatkan para ahli yang terdiri daripada lelaki dewasa, remaja, dan kanak-kanak.

Program dimulakan dengan:
• Bacaan Yasin malam Jumaat
• Solat Isya’ berjemaah
• Bacaan Surah al-Mulk & Surah al-Kahfi
• Latihan & pengisian tarbiah.
* SUBUH BERJEMAAH.

Semoga ADMAA mampu mendidik remaja dan kanak-kanak untuk mencintai masjid, membiasakan diri dengan solat berjemaah, dan menanam semangat ukhuwah serta perjuangan Islam dalam kehidupan seharian.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program mingguan ini.


25/07/2026

Kalau berlaku kematian kat khariah, mereka la sebahagian geng tak leh dok diam. Hujan panas mereka redah. Terima kasih semua yang membantu.

Doa permohonan terhadap segala bentuk kebaikanMakna dan Pengajaran Doa Nabi Musa a.s.Doa ini merupakan permohonan yang t...
23/07/2026

Doa permohonan terhadap segala bentuk kebaikan

Makna dan Pengajaran Doa Nabi Musa a.s.

Doa ini merupakan permohonan yang tulus kepada Allah SWT agar dikurniakan segala bentuk kebaikan, sama ada rezeki yang halal, pertolongan, ketenangan jiwa, kemudahan urusan, ilmu yang bermanfaat, keluarga yang soleh, mahupun nikmat lain yang membawa keberkatan di dunia dan akhirat.

- Mengapa Doa Ini Istimewa?

🤲 Doa Seorang Nabi dalam Saat Paling Sukar

Nabi Musa a.s. membaca doa ini ketika baginda melarikan diri daripada Firaun. Baginda berada dalam keadaan keletihan, kelaparan, keseorangan dan tidak mempunyai tempat bergantung melainkan Allah SWT.

🤲 Lambang Tawakal yang Sempurna

Doa ini menggambarkan pengakuan seorang hamba terhadap kelemahan dirinya serta kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT sebagai Pemilik segala kebaikan.

🤲 Memohon Segala Bentuk Kebaikan

Perkataan "khair" dalam doa ini merangkumi segala bentuk kebaikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT, termasuk rezeki yang halal, pertolongan, ketenangan hati, kemudahan urusan, pasangan yang baik, kesihatan, ilmu yang bermanfaat dan keberkatan hidup.

🤲 Amalan yang Sesuai Sepanjang Hayat

Doa ini amat sesuai diamalkan ketika menghadapi kesulitan, membuat keputusan penting, mencari rezeki yang halal, memohon ketenangan hati atau mengharapkan pertolongan Allah dalam setiap urusan.

Pengajaran Utama

"Apabila seorang hamba mengakui kelemahan dirinya dan memohon segala kebaikan hanya daripada Allah SWT, maka dia telah meletakkan pergantungannya kepada Tuhan Yang Maha Pemurah."

"Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir."
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada segala kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."
(Surah al-Qasas: 24)

"Allah tidak pernah menghampakan hamba-hambaNya yang bergantung sepenuhnya kepadaNya."

Masjid Al-Fateh : Nadi Pendidikan dan Pembangunan Ummah.

Address

Kuala Pegang
09100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Fateh Kuala Pegang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Fateh Kuala Pegang:

Shortcuts

Share

Category