Homestay Mama With Private Pool - Kuala Terengganu

Homestay Mama With Private Pool - Kuala Terengganu Homestay mama

Rumah tiga bilik, 2 bilik air, dengan parking luas. Semua berekon/berkipas. Dapur len

PORT MOREH KUALA TERENGGANU 2026 🌙✨Nak cari port moreh lepas terawih?Semua lokasi & waktu dah saya kumpulkan dalam satu ...
24/02/2026

PORT MOREH KUALA TERENGGANU 2026 🌙✨

Nak cari port moreh lepas terawih?
Semua lokasi & waktu dah saya kumpulkan dalam satu poster ni 👇

Dari Kuala Ibai, Pantai Pandak, Pasar Payang sampai ke Stadium Gong Badak… pilih je mana paling dekat dengan anda 😋🍢

Jangan simpan sorang-sorang…

📌 SAVE untuk rujukan nanti
👥 TAG geng moreh anda
🔁 SHARE supaya ramai tak terlepas info penting ni

Terawih dulu tau 😊



Credit to: discoveryterengganu

22/08/2025

RXZ 7.0 di Kuala Terengganu 2025

1. Selamat datang dan bertandang ke Negeri Terengganu dari saya pada semua peserta RXZ 7.0 kali ini.

2. Saya doakan agar semua peserta selamat dan program berjalan dengan baik dan teratur.

3. Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama menunggang RXZ bagi meraikan semua peserta.

4. Apa nak buat, bila politik memanjang 24 jam sehari dengan syarat itu dan ini, akhirnya saya dan pimpinan Kerajaan Negeri yang sentiasa dengan anda semua telah ditiadakan.

5. Akhirnya tak pasal pasal RXZ menjadi mangsa politik cemburu orang Putrajaya/KL.

6. Ini lah contoh politik low class yang saya selalu sebut. Orang di Terengganu sebut "politik komang spanar".

7. Walau fizikal saya dan rakan Exco tidak dapat bersama semua, tetapi hati kami tetap bersama anda para RXZ bikers.

8. Tungganglah motor dengan hati hati dan cermat. Semoga selamat sampai dan pulang.

9. Jangan lupa jaga solat dan amalkan kebaikan sepanjang perjalanan.

05/04/2025
05/04/2025
12/02/2025

Polis Dungun terima 7 kes penipuan dalam masa 2 minggu babitkan kerugian lebih RM90,000

Dungun, 29 Januari – Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun telah menerima tujuh laporan polis berkaitan kes penipuan dalam talian antara 12 Januari hingga 25 Januari 2025, dengan jumlah kerugian melebihi RM90,000.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura binti Abdul Kadir, dalam satu kenyataan mengesahkan kes-kes tersebut melibatkan pelbagai modus operandi seperti penipuan jual beli kenderaan, ‘love scam’, pinjaman tidak wujud, ‘phone scam’, tawaran kerja palsu, jual beli kasut, dan tender tempahan pakaian tidak wujud.

Antara kes yang dilaporkan adalah:

Penipuan Jual Beli Kenderaan – Mangsa membayar RM15,000 untuk membeli Perodua Alza melalui iklan di laman media sosial Facebook tetapi tidak menerima kenderaan tersebut.

Love Scam – Seorang wanita ditipu RM15,000 oleh kenalan dalam talian yang mendakwa memerlukan wang jaminan selepas ditahan pihak berkuasa.

Pinjaman Tidak Wujud – Mangsa kehilangan RM3,330 selepas tertarik dengan tawaran pinjaman wang palsu di Facebook.

Phone Scam – Seorang penyelia wanita rugi RM37,850 selepas menerima panggilan daripada individu menyamar sebagai pegawai polis, mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram.

Tawaran Kerja Palsu – Mangsa kehilangan RM3,400 selepas menyertai kumpulan Telegram yang menawarkan pekerjaan dengan ganjaran tinggi tetapi perlu membayar “denda” untuk berhenti.

Penipuan Jual Beli Kasut – Seorang pekerja swasta rugi RM1,000 selepas membeli kasut Redwing 4470 secara dalam talian tetapi tidak menerimanya.

Tender Tempahan Pakaian Tidak Wujud – Seorang peniaga ditipu RM17,975 oleh individu menyamar sebagai pegawai bomba yang membuat tempahan palsu untuk pakaian ras

Kes-kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga sepuluh tahun, sebatan, dan denda jika disabit kesalahan.

Maizura turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan taktik penipuan dalam talian dan membuat semakan nombor telefon serta akaun bank suspek di laman semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Mereka yang menjadi mangsa penipuan siber boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 atau memuat turun aplikasi Whoscall untuk mengenal pasti nombor telefon scammer.

Orang ramai juga disarankan untuk mengikuti laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Terengganu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai modus operandi penipuan.

Foto: Polis Daerah Dungun

Selamat berehat, semoga ditempatkan di kalangan org beriman. Buat lagendary Pok Nong.
14/11/2024

Selamat berehat, semoga ditempatkan di kalangan org beriman. Buat lagendary Pok Nong.

Salam Takziah kepada seluruh Ahli keluarga,Admin dimaklumkan icon ICT Md Non bin Nawang telah kembali kerahmatullah pada jam 11.41 malam(Rabu 13/11/2024),Kedai ICT arwah telah membawa masjid,kampung dikenali diseluruh pelusuk..

Insyallah Admin akan update urusan solat jenazah jika ada maklumat terkini

Sama-Sama kita doakan semoga Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..

Address

Kuala Manir

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Mama With Private Pool - Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Homestay Mama With Private Pool - Kuala Terengganu:

Share