Surau Al Fallah Menara LPP

Surau Al Fallah Menara LPP Surau Al Fallah

Aras 4, No.20 Menara LPP
Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur

Salam Maal Hijrah 1448H
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

16/06/2026
26/05/2026

Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab.

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Selasa, 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijah 1447 Hijrah.

Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin




26/05/2026

Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha

Jenis-Jenis Takbir Raya

Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.

Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijah sehingga waktu Asar 13 Zulhijah.

Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.

Sumber: Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

Ayuh ramai2 kita perbanyakkan amalan di bulan mulia ni.. Ramadhan Kareem
27/02/2026

Ayuh ramai2 kita perbanyakkan amalan di bulan mulia ni.. Ramadhan Kareem

17/02/2026

π—žπ—˜π—–π—œπ—Ÿ 𝗣𝗔𝗗𝗔 π—žπ—œπ—§π—”, π—•π—˜π—¦π—”π—₯ 𝗣𝗔𝗗𝗔 π— π—˜π—₯π—˜π—žπ—”...

β€œAyah… boleh tak adik pakai baju raya baru tahun ni?”

Soalan itu ringkas.
Tetapi bagi seorang ayah daripada keluarga asnaf, ia terasa berat.

Dompetnya hanya cukup untuk beras dan sedikit lauk berbuka.
Dia bukan tidak mahu membahagiakan anaknya,
dia cuma tidak mampu.

Di saat kita memilih warna baju raya,
ada anak yang cuma berharap untuk merasa seperti kanak-kanak lain pada pagi Syawal.

Di sinilah maknanya zakat fitrah.
Bukan sekadar beberapa ringgit,
tetapi penyempurna puasa dan penyelamat maruah sebuah keluarga.

Zakat yang kita tunaikan mungkin kecil nilainya,
namun ia boleh menjadi senyuman seorang anak,
dan kelegaan seorang ayah.

Tunaikan zakat fitrah.
Sempurnakan Ramadan kita.
Hidupkan Syawal mereka. πŸŒ™






17/02/2026

Cerapan Hilal Ramadan 1447H akan dilaksanakan malam ini 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447H dalam menentukan awal puasa Ramadan 1447H. Ianya dilaksanakan pada 29 lokasi tempat cerapan rasmi yang telah diperkenan Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri yang diketuai oleh Ashabus Samahah M***i Negeri diberi amanah mengadakan cerapan tersebut.

Keputusan berkenaan tarikh permulaan ibadah puasa umat Islam bagi tahun 1447H akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah untuk menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan kepada Rukyah dan Hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah.







14/02/2026
Iom kita meriahkan
12/02/2026

Iom kita meriahkan

Address

Menara LPP
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Fallah Menara LPP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share