25/08/2026
ุงููุณููุงู
ู ุนูููููููู
ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงููููู ููุจูุฑููุงุชููู
โ
ุงูููููููู
ูู ุตููููู ุนูููู ุณูููุฏููุง ู
ูุญูู
ููุฏููุ ููุนูููู ุขูููู ุณูููุฏููุง ู
ูุญูู
ููุฏูู
๐น TERIMA KASIH, JEMAAH SURAU JUMAAT AL-HIKMAH ๐น
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh jemaah Surau Jumaat Al-Hikmah yang bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ๏ทบ 1448H peringkat surau.
Bermula daripada Pertandingan Pencarian Bakat bagi kategori Hafazan, Azan, Bercerita dan Marhaban, sehinggalah kemuncak Majlis Sambutan Maulidur Rasul ๏ทบ pada hari ini, begitu banyak tenaga, masa dan pengorbanan telah dicurahkan oleh semua pihak.
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua penyumbang dan para penginfaq yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Setiap sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah kami hargai. Semoga setiap ringgit, tenaga dan pengorbanan yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung, bermula dari awal persiapan, sepanjang program berlangsung, sehinggalah selesai keseluruhan majlis.
Sesungguhnya, penglibatan pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang, usia dan perbezaan, telah menyatukan kita atas satu rasa yang sama โ rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.
Kita bersama-sama berganding bahu, menyumbang tenaga dan masa demi menghidupkan rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ.
Semoga segala usaha, pengorbanan, sumbangan dan kebaikan yang telah tuan-tuan dan puan-puan lakukan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya.
Mudah-mudahan dengan rasa kasih dan cinta kita kepada Rasulullah ๏ทบ, Allah SWT mengurniakan kepada kita syafaat Baginda pada hari yang tiada seorang pun mampu membantu kita melainkan dengan izin Allah SWT.
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏูุ ููุนูููู ุขูู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู
Terima kasih semua.
Jazakumullahu khairan kathiran. โค๏ธ
Ikhlas daripada,
AJK Pentadbiran dan Pengurusan Surau Jumaat Al-Hikmah
Sesi 2026โ2029