05/09/2026
Alhamdulillah, selesai Majlis Sambutan Sempena Maulidur Rasul Surau Al-Wahdah 2026
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada malam ini.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Ustaz Aiman Syafiq atas perkongsian ceramah yang sangat bermanfaat bertajuk "Daripada Cinta Kepada Ittiba'". Semoga pengisian ini dapat membakar semangat kita untuk terus menghayati sirah, meneladani akhlak, dan menzahirkan cinta kepada Rasulullah SAW menerusi ikutan dalam kehidupan seharian.
Pihak AJK Surau Al-Wahdah ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh jemaah dan penduduk yang hadir memeriahkan majlis. Semoga majlis ini diberkahi Allah SWT. π€²β¨