Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena

Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Masjid As-Sodiqin Taman Kobena, Cheras Kuala Lumpur

*KEMPEN INFAQ JUMAAT* بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُDaripada A...
14/08/2026

*KEMPEN INFAQ JUMAAT*

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya : "Tidak akan berkurang harta dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."

(Riwayat Muslim)

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun :

Masjid As-Sodiqin
1102-47-5491
Bank Rakyat

Rujukan :
Aktiviti pengimarahan / Kebajikan / Pembangunan

🕌 *PENTADBIRAN MAS* 🕌

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐆𝐇𝐑𝐈𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇13 Ogos 2026 - Alhamdulillah Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Cheras telah berjaya mengan...
14/08/2026

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐆𝐇𝐑𝐈𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇

13 Ogos 2026 - Alhamdulillah Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Cheras telah berjaya menganjurkan Kuliah Maghrib Khas Awal selepas solat Maghrib.

Ceramah bertajuk "Istiqamah: Amalam Kecil Ganjaran Besar" telah disampaikan oleh SF Ustaz Ahmad Rizam Ghazali (Pendakwah / Penceramah Bebas).

Pengisian ceramah memberi penekanan bahawa amalan-amalan kecil sekiranya dilaksanakan secara istiqamah dapat memperolehi ganjaran besar disisi Allah S.W.T. Jemaah turut diingatkan agar memperbaiki amalan kehidupan seharian disamping muhasabah semula diri dan meletakkan Allah dalam semua perkara.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran daripada anak kariah dan penduduk sekitar.

Pihak Masjid As-Sodiqin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SF Ustaz Ahmad Rizam Ghazali, semua ahli jawatankuasa, petugas serta para jemaah yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dilakukan diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kepada pengimarahan masjid serta peningkatan kefahaman agama dalam kalangan masyarakat.

"𝑴𝒆𝒏𝒈𝒊𝒎𝒂𝒓𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 , 𝑴𝒆𝒎𝒃𝒊𝒏𝒂 𝑼𝒎𝒎𝒂𝒉"

Follow | Like | Share
Facebook : facebook.com/masjidassodiqin
Instagram: instagram.com/masjidassodiqin
Tiktok: tiktok.com/masjidassodiqin

🕌 PENTADBIRAN MASJID AS-SODIQIN 🕌

13/08/2026

Ceramah maghrib khas bersama Ust Ahmad Rizam Bin Ghazali

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐙𝐀𝐇 (𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈 & 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋9 Ogos 2026, Ahad - Alhamdulillah telah berlangsung Kursus Intensif...
10/08/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐙𝐀𝐇 (𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈 & 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋

9 Ogos 2026, Ahad - Alhamdulillah telah berlangsung Kursus Intensif Pengurusan Jenazah (Teori & Praktikal) anjuran Biro Khairat Kematian Masjid As-Sodiqin, dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Taklimat kursus telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Muhd Mukhlis Rahim , Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Turut hadir bersama iaitu Ustazah Amalina Badron selaku fasilitator untuk wanita.

Kursus ini memberi pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan pengurusan jenazah, merangkumi aspek memandikan, mengkafankan dan mensolatkan jenazah.

Program ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam melaksanakan tuntutan fardu kifayah, di samping memupuk kesedaran bahawa pengurusan jenazah merupakan tanggungjawab bersama dalam sesebuah masyarakat.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan disebarluaskan kepada masyarakat setempat.

“𝑴𝒆𝒏𝒈𝒊𝒎𝒂𝒓𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 , 𝑴𝒆𝒎𝒃𝒊𝒏𝒂 𝑼𝒎𝒎𝒂𝒉"

🕌 PENTADBIRAN MASJID AS-SODIQIN 🕌

✨ 𝐉𝐀𝐔𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐀𝐒-𝐒𝐎𝐃𝐈𝐐𝐈𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨"Musafir yang indah bukan sekadar destinasi yang dituju, tetapi hati ...
02/08/2026

✨ 𝐉𝐀𝐔𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐀𝐒-𝐒𝐎𝐃𝐈𝐐𝐈𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨

"Musafir yang indah bukan sekadar destinasi yang dituju, tetapi hati yang dipertemukan kerana Allah SWT."

1 Ogos 2026, Sabtu - Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Jaulah Mahabbah Muslimat Masjid As-Sodiqin telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan anjuran Biro Muslimat Masjid As-Sodiqin.

Program ini bukan sekadar sebuah lawatan, bahkan menjadi medan menyemai kasih sayang, memperkukuhkan ukhuwah serta mengeratkan jalinan silaturahim dalam kalangan Muslimat. Setiap langkah perjalanan menjadi ruang untuk saling mengenali, berkongsi pengalaman, mencipta memori indah dan memperbaharui semangat kebersamaan.

Antara destinasi yang telah dikunjungi ialah:
📍 Zaidah Ibrahim Food
📍 Masjid Jamek Cina
📍 D'Herbs Terlajak Laris

Sepanjang perjalanan, jelas terpancar keceriaan dan kemesraan para peserta. Gelak tawa yang dikongsi, doa yang dipanjatkan, serta setiap detik kebersamaan menjadi bukti bahawa ukhuwah yang dibina atas dasar iman adalah nikmat yang tidak ternilai.

𝐅𝐢𝐫𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐖𝐓:
"𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐮𝐦𝐢, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐚𝐧." (𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥-'𝐀𝐧𝐤𝐚𝐛𝐮𝐭: 𝟐𝟎)

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dalam mengimarahkan masjid serta melahirkan Muslimat yang sentiasa aktif, berilmu dan saling menyokong dalam usaha mencari keredaan Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Biro Muslimat Masjid As-Sodiqin, para peserta serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

"𝑴𝒆𝒏𝒈𝒊𝒎𝒂𝒓𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 , 𝑴𝒆𝒎𝒃𝒊𝒏𝒂 𝑼𝒎𝒎𝒂𝒉"

🕌 BIRO MUSLIMAT MASJID AS-SODIQIN 🕌

┏🌷🔊🌷━━━━━━━━━┓CERAMAH MAGHRIB KHASMASJID AS SODIQIN 1448H/2026M┗━━━━━━━━━🌷🔊🌷┛بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِالسَّلاَم...
29/07/2026

┏🌷🔊🌷━━━━━━━━━┓
CERAMAH MAGHRIB KHAS
MASJID AS SODIQIN 1448H/2026M
┗━━━━━━━━━🌷🔊🌷┛

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

📆 Tarikh : 13 Ogos 2026 (Khamis)
🕗 Masa : Selepas Maghrib
🕌 Tempat : Masjid As Sodiqin, Taman Kobena Cheras, KL

📍Disampaikan oleh:
YBhg. AF Ustaz Ahmad Rizam Ghazali
(Pendakwah / Penceramah Bebas)

📝 Tajuk :
"Istiqamah : Amalan Kecil , Ganjaran Besar"

Muslimin & Muslimat dijemput hadir ‼️

Follow | Like | Share
Facebook : facebook.com/masjidassodiqin
Instagram: instagram.com/masjidassodiqin
Tiktok: tiktok.com/masjidassodiqin

𝑴𝒆𝒏𝒈𝒊𝒎𝒂𝒓𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 , 𝑴𝒆𝒎𝒃𝒊𝒏𝒂 𝑼𝒎𝒎𝒂𝒉

🕌 PENTADBIRAN MASJID AS-SODIQIN 🕌

Seluruh barisan Ahli Jawatankuasa dan Warga Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Cheras merakamkan setinggi-tinggi ucapan tah...
16/07/2026

Seluruh barisan Ahli Jawatankuasa dan Warga Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Cheras merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Mohd Nizam Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif , Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas penganugerahan Anugerah Kepimpinan Islam Yang Berimpak Tinggi di Asia 2026 sempena Asia Impact Leaders Awards 2026.

Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi bukti kepada komitmen, kepimpinan serta jasa bakti yang cemerlang dalam memperkasa syiar dan pembangunan Islam.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan taufik, hidayah dan keberkatan kepada YBhg. Datuk dalam meneruskan amanah demi agama, bangsa dan negara.

Sekalung tahniah dan syabas. Semoga terus dikurniakan kecemerlangan dan kejayaan yang berterusan.

Ingatan tulus ikhlas,

Seluruh Warga
Jawatankuasa Masjid As-Sodiqin
Taman Kobena Cheras, KL

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐀𝐒-𝐒𝐎𝐃𝐈𝐐𝐈𝐍, 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐁𝐄𝐍𝐀 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒, 𝐊𝐋3 Julai 2026 , Jumaat - Alhamdulilla...
05/07/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐀𝐒-𝐒𝐎𝐃𝐈𝐐𝐈𝐍, 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐁𝐄𝐍𝐀 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒, 𝐊𝐋

3 Julai 2026 , Jumaat - Alhamdulillah Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena, Cheras telah menerima kunjungan istimewa daripada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bagi menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah.

Kehadiran YAB Perdana Menteri telah disambut dengan penuh mesra oleh pihak pengurusan masjid, para jemaah serta masyarakat setempat. Kunjungan ini menjadi satu kenangan yang cukup bermakna buat seluruh warga Masjid As-Sodiqin dan anak kariah.

Pihak Masjid As-Sodiqin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas kesudian meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama menunaikan Solat Jumaat di masjid ini.

Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, serta menjadi satu kenangan indah dalam sejarah Masjid As-Sodiqin.

Terima kasih atas kunjungan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

"𝑴𝒆𝒏𝒈𝒊𝒎𝒂𝒓𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 , 𝑴𝒆𝒎𝒃𝒊𝒏𝒂 𝑼𝒎𝒎𝒂𝒉"





03/07/2026

Address

Masjid As-Sodiqin
Kuala Lumpur
56000

Telephone

+60392266357

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena:

Shortcuts

Share