Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai

Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai Kumpulan Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai

28 Ogos 202615RabiulAwal1448HSEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIHBUAT YBrs. USTAZ MOHD FAIZULSetinggi-tinggi penghargaan ...
28/08/2026

28 Ogos 2026
15RabiulAwal1448H

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

BUAT YBrs. USTAZ MOHD FAIZUL

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat YBrs. Ustaz Mohd Faizul atas segala sokongan, perhatian, tunjuk ajar dan kerjasama yang sangat baik kepada Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai selama ini.

Kehadiran, bimbingan dan sokongan ustaz banyak memberi makna dalam setiap gerak kerja dakwah yang kami laksanakan. Segala jasa, kebaikan serta sumbangan ustaz amat kami hargai dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Semoga di tempat dan amanah yang baharu, ustaz terus dikurniakan kekuatan, kesihatan, kelapangan serta keberkatan dalam setiap urusan. Semoga setiap langkah dalam meneruskan perjuangan dakwah dipermudahkan dan sentiasa mendapat rahmat serta pertolongan Allah SWT.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti, Ustaz.
Semoga terus cemerlang.

Ikhlas daripada,
Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai.

25 Ogos | 12 Rabiulawal 1448HSempena Maulidur Rasul 1448H, saya selaku Pengerusi Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai in...
24/08/2026

25 Ogos | 12 Rabiulawal 1448H

Sempena Maulidur Rasul 1448H, saya selaku Pengerusi Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga cinta kita kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, amalan dan persaudaraan sesama kita.
Semoga kita semua mendapat keberkatan serta syafaat Baginda di akhirat kelak.

Ikhlas daripada:
Zuraini Binti Zurab
Pengerusi Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺDengan penuh rasa cinta dan kerinduan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺMuafakat Musli...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺ

Dengan penuh rasa cinta dan kerinduan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ
Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Semoga sambutan ini menyuburkan rasa cinta kita kepada Rasulullah ﷺ, menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan serta menjadi inspirasi untuk kita meneladani akhlak mulia Baginda.

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan, ketenangan, iman yang teguh dan mendapat syafaat Rasulullah ﷺ di akhirat kelak.

Ikhlas daripada:
🌺Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai



🌹 JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M 🌹Assalamualaikum wbt.Dengan penuh rasa kasih dan cinta kepada Rasu...
20/08/2026

🌹 JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M 🌹

Assalamualaikum wbt.

Dengan penuh rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ , marilah kita bersama-sama hadir mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini.

Semoga langkah kita menjadi tanda cinta kepada Baginda dan mendapat syafaat serta rahmat daripada Allah SWT.

📅 16 September 2026 (Rabu)
🚩Cuti Hari Malysia
⏰ 7.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Dewan CIMB, Masjid Ar-Rahah, Bangsar South

🌷 Kehadiran tuan/puan amat dinanti dan sangat dihargai.
Ayuh hadir bersama, hidupkan cinta kepada Rasulullah SAW. ﷺ

Lensa 📷Majlis SelawatAlhamdulillah, majlis selawat menjadi wadah untuk kita bersama-sama menghidupkan rasa cinta kepada ...
15/08/2026

Lensa 📷
Majlis Selawat

Alhamdulillah, majlis selawat menjadi wadah untuk kita bersama-sama menghidupkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ serta mengingati perjuangan Baginda.
Semoga setiap selawat yang dilafazkan menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan ketenangan dalam kehidupan kita.

LENSA 📷MAJLIS SELAWAT ISTIMEWA BERSAMA USTAZ KAMAL! SAIDIndahnya majlis apabila hati dan lidah bersama-sama berselawat, ...
15/08/2026

LENSA 📷
MAJLIS SELAWAT ISTIMEWA BERSAMA USTAZ KAMAL! SAID

Indahnya majlis apabila hati dan lidah bersama-sama berselawat, memuji serta mengagungkan junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.💚🤍

15/08/2026

Semoga pertemuan yang penuh keberkatan ini mengeratkan ukhuwah sesama kita dan menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.
Mudah-mudahan majlis selawat ini diterima Allah SWT dan menjadi bekalan pahala serta syafaat buat kita semua. 🤲🏻

15 OGOS 2026 | SABTU | 9 PAGIMAJLIS SELAWAT ZADUL KHAYRAT ALHAMDULILLAH 'ALA  KULLI HAL… Telah selesai Majlis Selawat Is...
15/08/2026

15 OGOS 2026 | SABTU | 9 PAGI
MAJLIS SELAWAT ZADUL KHAYRAT

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL…

Telah selesai Majlis Selawat Istimewa bersama Ustaz Kamal Said. Sebuah majlis yang menghimpunkan hati-hati kita dalam suasana penuh ukhuwah, selawat dan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Mungkin kita tidak pernah melihat wajah Baginda, tidak pernah mendengar suara Baginda, namun kita datang hari ini membawa satu rasa yang sama , rindu dan cinta kepada Rasulullah ﷺ. 💚🤍
Semoga selawat yang kita lantunkan menjadi tanda kecintaan kita kepada insan yang begitu mencintai umatnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang begitu baik daripada Pentadbiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Ustaz Ansari Ketua Imam MSABA, PERWIBA, Barisan AJK MSABA serta Ketua-Ketua Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai yang telah bersama-sama menghulurkan tenaga, masa, sokongan dan komitmen dalam menjayakan majlis ini.

Buat semua yang terlibat, mungkin ada penat yang tidak terlihat, ada pengorbanan yang tidak disebut dan ada usaha yang tidak diketahui manusia. Namun yakinlah, Allah melihat semuanya. Semoga setiap langkah, keringat dan pengorbanan menjadi amal yang diterima dan diberkati-Nya.
Aamiin Allahumma Aamiin 🤲

Marilah kita terus berselawat, terus berdakwah dan terus menyebarkan kebaikan, kerana perjalanan mencintai Rasulullah ﷺ tidak berakhir apabila majlis selesai. Sebaliknya, biarlah ia diteruskan dalam kehidupan, melalui akhlak, sunnah dan cara kita melayani sesama insan.

Terima kasih atas kebersamaan hari ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat, langkah dakwah terus dipermudahkan dan hati kita sentiasa disatukan dalam mencari reda Allah SWT. 💚🤍

Insya-Allah, kita bertemu lagi di program seterusnya...
Jazakumullahu khairan kathira.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.





15/08/2026
15/08/2026

((🔴🔴 LIVE🔴🔴 ))

15 OGOS 2026 | Sabtu
PERSEMBAHAN QASUDAH Safinatun Najah
Masjid Saidins Abu Bakar As Siddiq Bangsar . KL

Address

Madrasah Tarbiah Islamiah
Kuala Lumpur
51200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share