PKPI MTM

PKPI MTM NGO That take care welfare to Malaysia Transformer Manufacturing staff especially islamic workers

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ir. Azmi Md Yusof atas pelantikan sebagai Presiden PKPI Kebangsaan.Seluruh...
15/07/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ir. Azmi Md Yusof atas pelantikan sebagai Presiden PKPI Kebangsaan.

Seluruh warga kerja MTM mendoakan agar YBhg. Datuk terus dikurniakan kejayaan, kecemerlangan dan keberkatan dalam menggalas amanah memimpin PKPI Kebangsaan.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan cemerlang melalui kepimpinan yang berteraskan ilmu, integriti dan ihsan, sekali gus membawa manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat.

PKPI MTM akan terus memberikan sokongan penuh kepada PKPI Kebangsaan dalam memperkasa agenda dan aspirasi organisasi demi kemajuan ummah dan kesejahteraan masyarakat.

25/06/2026
Tinggal beberapa hari sahaja lagi menuju 10 malam terakhir... ๐ŸŒ™Jom penuhkan slot Ramadan kita dengan pengisian yang berm...
11/03/2026

Tinggal beberapa hari sahaja lagi menuju 10 malam terakhir... ๐ŸŒ™

Jom penuhkan slot Ramadan kita dengan pengisian yang bermakna! MTM dan Masjid Al Ridhuan membawakan Majlis Ihya Ramadan khas untuk anda semua.

Kita bermula dari waktu berbuka sehinggalah ke waktu sahur. Satu malam yang penuh dengan ukhuwah dan ibadah.

๐Ÿ“Œ Simpan tarikh ini:
๐Ÿ“… Jumaat, 13 Mac 2026
๐Ÿ•Œ Masjid Al Ridhuan

Jumpa anda di sana! Sama-sama kita Bangkit Mencari Keberkatan Ramadan. โœจ

PKPI MTM | 9 Januari 2026PROGRAM BACK TO SCHOOL ๐ŸŽ’๐Ÿ“šAlhamdulillah, program agihan bantuan persekolahan melalui zakat wakal...
12/01/2026

PKPI MTM | 9 Januari 2026
PROGRAM BACK TO SCHOOL ๐ŸŽ’๐Ÿ“š

Alhamdulillah, program agihan bantuan persekolahan melalui zakat wakalah kepada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh telah berjaya dilaksanakan di Pusat Pakaian Hari Hari, Taman Permata. Program ini bertujuan membantu anak-anak asnaf membuat persiapan ke sekolah, di samping mengeratkan hubungan sesama masyarakat serta menceriakan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan baharu.

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Address

Jalan Ampang Utama 3/1
Kuala Lumpur
54200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPI MTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share