Persekutuan Wakaf Malaysia

Persekutuan Wakaf Malaysia Persekutuan Waqaf Malaysia (PWM) merupakan badan sukarela yang dipelopori oleh CIFP Consultants Sdn Bhd pada bulan 1hb September, 2013.

Persekutuan Waqaf Malaysia (PWM) merupakan badan sukarela yang dipelopori oleh CIFP Consultants Sdn Bhd pada bulan 1hb September, 2013 dan disokong oleh individu dan juga organisasi yang mahu menjadikan waqaf sebagai alat ekonomi yang akan memperkasakan ummat Islam di dunia dan dalam masa yang sama akan memberikan pulangan di Akhirat. Penubuhan PWM ini adalah untuk memenuhi beberapa matlamat utam

a seperti berikut:
• Mempelopori dan menghidupkan semula budaya waqaf di kalangan ummat Islam di Malaysia.
• Membantu mana-mana pihak yang berkemampuan dan berkemahuan untuk menjadikan waqaf sebagai kaedah yang memberikan pulangan kepada mereka di dunia dan akhirat.
• Menjadi tempat rujukkan dan sumber kepada pihak-pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut perkara berkaitan dengan wakaf di Malaysia dan luar negara.
• Menjalankan penyelidikan, kerja-kerja perundingan dan khidmat nasihat kepada pihak-pihak yang memerlukan dari dalam dan luar negara. Adalah menjadi harapan pihak PWM agar matlamat utama penubuhan akan tercapai demi memertabatkan semula zaman keagungan Islam terutamanya dari segi pengembelingan sumber kekayaan yang ada di bumi yang sememangnya dijadikan Allah S.W.T untuk dinikmati oleh orang-orang Islam. Sehubungan dengan itu, pihak PWM akan berkerjasama dengan mana-mana badan sukarela lain, pihak berkuasa terutamanya Majlis Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia (MAIN) di mana waqaf adalah di bawah bidang kuasa mereka. Sokongan dari MAIN ini merupakan faktor utama di dalam kemajuan dan perkembangan waqaf di Malaysia.

Address

Kuala Lumpur
53000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Wakaf Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share