Surau Al-Mujahideen, Residensi Desa Satumas

Surau Al-Mujahideen, Residensi Desa Satumas Tempat untuk beribadah khusus penduduk Residensi Desa Satumas Kuala Lumpur dan menjalankan aktiviti.

25/08/2026

๐ŸŒ™โœจ *SALAM MAULIDUR RASUL*โœจ๐ŸŒ™

Surau Al-Mujahideen, Residensi Desa Satumas ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh warga Residensi Desa Satumas dan seluruh umat Islam. ๐Ÿค๐Ÿ•Œ

๐Ÿ’š โ€œCintai Rasulullah ๏ทบ, hidupkan sunnahnya, teladani akhlaknya.โ€ ๐Ÿ’š

Semoga kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ sentiasa subur di hati, dan semoga kita dikurniakan kekuatan untuk mengikuti sunnah serta mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. ๐ŸŒน

๐Ÿคฒ *ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ*

โœจ Selawat di bibir, cinta di hati, sunnah Rasulullah ๏ทบ menjadi pedoman diri. โœจ

Semoga kita semua mendapat rahmat, keberkatan dan syafaat Baginda ๏ทบ di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal โ€˜Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿ’š

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul ๏ทบ
Ikhlas daripada:
๐Ÿ•Œ Surau Al-Mujahideen
๐Ÿก Residensi Desa Satumas

๏ทบ

15/08/2026

๐ŸŒ™โœจ **SALAM RABIUL AWAL 1448H** โœจ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersempena hadirnya **bulan Rabiul Awal**, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat serta menghayati kembali sirah, akhlak dan perjuangan junjungan besar kita, **Nabi Muhammad SAW**. ๐Ÿค

Rabiul Awal bukan sekadar mengingatkan kita tentang kelahiran Rasulullah SAW, tetapi juga tentang perjalanan dakwah, pengorbanan dan hijrah Baginda yang membawa cahaya serta rahmat kepada seluruh umat.

Semoga bulan yang mulia ini menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, mengeratkan ukhuwah sesama jiran dan menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

**ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ**

๐ŸŒ™ *Selawat, Cinta Rasul, Ukhuwah* ๐ŸŒ™

Ikhlas daripada,
**Surau Al-Mujahideen**
Residensi Desa Satumas ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Program Bacaan Yassin dah Tahlil hajat daripada jemaah Residensi Desa Satumas. Pihak keluarga dan Surau Al-Mujahideen me...
13/08/2026

Program Bacaan Yassin dah Tahlil hajat daripada jemaah Residensi Desa Satumas. Pihak keluarga dan Surau Al-Mujahideen mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir. Semoga doa-doa dan zikir-zikir yang kita niatkan untuk para arwah dapat bernilai ibadah buat kita dan para arwah.

Semoga sillaturrahmi kita terua terjaga dengan aktiviti-aktiviti begini.




11/08/2026

๐ŸŒ™โœจ JEMPUTAN BACaan YASSIN & TAHLIL โœจ๐ŸŒ™

Assalamualaikum w.b.t. ๐Ÿค

Insya-Allah, kita akan mengadakan Bacaan Yassin & Tahlil khusus buat arwah nenek kepada salah seorang jemaah kita. Sama-sama kita hadir, menghadiahkan bacaan, doa dan pahala buat arwah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ“–

๐Ÿ“… Khamis, 13 Ogos 2026 | Malam Jumaat
๐Ÿ•Œ Surau Al-Mujahideen, Residensi Desa Satumas
๐Ÿ•ฐ๏ธ Selepas Solat Maghrib
๐Ÿคฒ๐Ÿป Digalakkan hadir awal untuk Solat Maghrib berjemaah

๐Ÿฝ๏ธ Juadah disediakan
๐Ÿฅ˜ Potluck sangat dialu-alukan โ€” bawa sedikit juadah, kita kongsi rezeki dan eratkan ukhuwah bersama. โค๏ธ

๐ŸŒฟ โ€œSetiap bacaan yang dihadiahkan, setiap doa yang dipanjatkan, mudah-mudahan menjadi cahaya dan rahmat buat arwah.โ€

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Jom hadir bersama keluarga!
Moga dengan kehadiran kita, majlis ini dipenuhi keberkatan, kasih sayang dan silaturahim. ๐Ÿคโœจ

Jumpa malam Jumaat nanti, insya-Allah! ๐ŸŒ™๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alhamdulillah..Terima kasih kepada semua penyumbang dan pemberi sedekah ke dalam tabung Surau Al-Mujahideen, Residensi D...
02/08/2026

Alhamdulillah..Terima kasih kepada semua penyumbang dan pemberi sedekah ke dalam tabung Surau Al-Mujahideen, Residensi Desa Satumas.

Mulai semalam surau telah selesai memasang peranti PA sistem yang baru untuk kemudahan semua dan keselesaan ketika beribadah di dalam surau.

Jom hadir ramai-ramai solat berjemaah, mengimarahkan surau dan seterusnya terus menyumbang di dalam tabung-tabung surau.

In shaa Allah, segala infak Tuan/Puan akan kami laburkan semula di jalan Allah untuk aktiviti dakwah dan pengimarahan surau.





Mengimbau semula detik bersejarah Surau Al-Mujahideen,Residensi Desa Satumas untuk AGM pertama kali yang di pengerusikan...
01/08/2026

Mengimbau semula detik bersejarah Surau Al-Mujahideen,Residensi Desa Satumas untuk AGM pertama kali yang di pengerusikan oleh Ust. Syarifuddin wakil daripada Masjid.

Sekarang, barisan AJK pertama akan melabuhkan tirainya di penghujung tahun ini. In sha Allah, semoga AJK baru yang akan dilantik nanti lebih hebat daripada AJK yang sekarang.
Semoga usaha dakwah dan kegiatan di surau terus dijalankan dengan sungguh-sungguh di atas amanah yang diberi.


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Surau Al-Mujahideen merakamkan setinggi terima kasih kepada Ust. Alif di atas se...
01/08/2026

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Surau Al-Mujahideen merakamkan setinggi terima kasih kepada Ust. Alif di atas segala jasa yang dicurahkan kepada Surau dan kegiatan dakwah di Residensi Desa Satumas.

Semoga Ust. Alif terus bersinar usaha dakwahnya biar ditempat baru.



26/07/2026

Tahniah Saudara Faiz bersama family telah menawan puncak Bukit Gasing dalam Program Hiking Bukit Gasing anjuran Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur..

Mukmin yang sihat dan kuat adalah mukmin yang hebat.

26/07/2026

Tahniah bapak-bapak dan ibu-ibu jemaah dan AJK Surau Al-Mujahideen, Residensi Desa Satumas kerana telah berjaya membawa family ke program Rehlah di Bukit Gasing anjuran Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur..

Bermingguan dengan family dengan acara yang sihat di tuntut dalam Islam.

Mukmin yang sihat dan kuat adalah mukmin yang hebat.





Sedang berlangsung Program Bicara Subuh bertajuk "Antara dua Hijrah" oleh Al-Fadhil Ust. Zaim Zamri.Kisah Hijrah Nabi Mu...
24/07/2026

Sedang berlangsung Program Bicara Subuh bertajuk "Antara dua Hijrah" oleh Al-Fadhil Ust. Zaim Zamri.

Kisah Hijrah Nabi Musa A.S dan Bani Israel dari Mesir ke Baitul Maqdis sedang di telaah bersama-sama dengan Para Jemaah. Sangat menarik. Jom hadir sama-sama.

Rujukan:
-Surah Al-Syu 'ara' 26:61-62
-Surah Al-Baqarah 2:61
-Surah Toha 20:88

Address

Residensi Desa Satumas
Kuala Lumpur
58100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Mujahideen, Residensi Desa Satumas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category