Surau Al-Kasturi Official 2024

Surau Al-Kasturi Official 2024 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al-Kasturi Official 2024, Mosque, Surau Al-Kasturi, 5-1-8 Rumah Pangsa Kasturi, Jalan Tasik Permaisuri 3, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

30/05/2026

🚨🚨MAKLUMAN PROGRAM MAJLIS IBADAH KORBAN 2026 ANJURAN SURAU AL-KASTURI BERSAMA PENDUDUK (VIDEO) 27/05/2026 RABU

🚨🚨MAKLUMAN PROGRAM MAJLIS IBADAH KORBAN 2026 ANJURAN SURAU AL-KASTURI BERSAMA PENDUDUKAlhamdulillah sukacita dimaklumkan...
28/05/2026

🚨🚨MAKLUMAN PROGRAM MAJLIS IBADAH KORBAN 2026 ANJURAN SURAU AL-KASTURI BERSAMA PENDUDUK

Alhamdulillah sukacita dimaklumkan bahawa Program Majlis Ibadah Korban telah selesai dengan seekor lembu parlimen dan seekor lembu pencarum pada seperti butiran berikut:

Tarikh: 27/05/2026(Rabu)
Masa: 9.30am - 6.30pm
Agihan terakhir daging korban: 6.30pm
Tempat: Tapak court padang permainan JMB dan laluan jalan utama tempat letak kereta JMB

Ketua Petugas Sembelihan: Ustaz Mohd Rizal Bin Abdul Rahim

Aturcara Program:

1.Pendaftaran kehadiran
2.Makluman sembelihan lembu korban.
3.Tugasan unit korban.
4.Memasak.
5.Pendaftaran penerimaan dan pengagihan daging korban kepada penduduk dan golongan kurang berkemampuan,asnaf,peserta/pencarum serta petugas.
6.Solat Zohor dan Asar berjemaah ikut giliran.

Pihak surau telah hadir selepas Zohor ke Masjid Al-Najihin bagi menerima baki daging agihan korban yang telah berkurangan melalui kouta kupon masjid kepada surau yang telah disampaikan oleh Timb.Pengerusi Masjid En Zulkifli,Setiausaha Masjid Ustaz Faiz dan AJK Masjid En.Shahriman untuk diserahkan kepada baki asnaf yang dikenalpasti sekiranya yang belum terima dan kepada pihak surau.

Untuk makluman terdapat penduduk asnaf Pangsapuri Kasturi yang telah dihubungi pihak Masjid sendiri untuk diberikan kupon awal bagi penerimaan daging untuk tuntutan/ambilan oleh mereka yang terlibat pada hari pengagihan daging korban di masjid.

Pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk dan anak-anak yang hadir ke majlis ini bagi mengembleng tenaga bermula dari gotong-royong surau,gali lubang sembelihan korban,solat raya & sehinggalah tamat majlis.

Terima kasih kepada para penyumbang potluck makanan & infaq serta kepada Pengerusi & jawatankuasa JMB di dalam penggunaan padang & tempat letak kereta oleh pihak surau dan penduduk pada majlis semalam.

Semoga Tn/pn diberkati & dipandang oleh Allah Swt atas kebaikan.

Tradisi ini diteruskan untuk menyempurnakan ibadah korban kita selain mengeratkan silaturrahim dikalangan jemaah & penduduk disamping berkongsi Ilmu.Moga bertemu lagi kita pada tahun hadapan.

Pihak surau mohon maaf jika terdapat kekurangan yang ada.

Terima kasih

🚨🚨MAKLUMAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA 2026 DI SURAU AL-KASTURI 🕌Tajuk Khutbah: Pengorbanan Menuntut Kei...
28/05/2026

🚨🚨MAKLUMAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA 2026 DI SURAU AL-KASTURI 🕌

Tajuk Khutbah: Pengorbanan Menuntut Keikhlasan

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah dimaklumkan bahawa Solat Sunat Hari Raya Aidiladha telah dilaksanakan seperti butiran berikut bersama penduduk dimulai dengan bertakbir raya:

1.Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Tarikh: 27/05/2026(Rabu)
Masa: 7.30am-8.10am(Takbir Raya)
Solat Raya:8.15am
Tempat: Surau Al-Kasturi

Pegawai Surau bertugas:

1.Khatib Khutbah:Ustaz Zulkarnain Bin Nasir
2.Imam Solat Raya:Ustaz Mohd Rizal Bin Abdul Rahim
--------------------------------------------------------------------
Surah Al-Maidah (27)

Demikian juga firman Allah S.W.T:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan.
--------------------------------------------------------------------
Rujukan

1.Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Ruj: Surat Pengarah Jabatan Agama Islam WP
Ruj JAWI: JAWI.K.100-3/6 Jld2(68)
Tarikh:10 Jun 2024M
3 Zulhijah 1445H

Terima kasih

🚨🚨 UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026 OLEH PENGERUSI DAN JAWATANKUASA SURAU AL-KASTURIAssalamualaikum wbt,Jawatanku...
26/05/2026

🚨🚨 UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026 OLEH PENGERUSI DAN JAWATANKUASA SURAU AL-KASTURI

Assalamualaikum wbt,

Jawatankuasa Surau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 kepada penduduk Pangsapuri Kasturi.Ikhlas dari Pengerusi dan AJK Surau Al-Kasturi🕌.

Semoga setiap ibadah dan pengorbanan kita ini mendapat redha dan diterima Allah Swt.Amin🤲.

Terima kasih

🚨🚨MAKLUMAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA 2026 DI SURAU AL-KASTURI 🕌Assalamualaikum wbt,Alhamdulillah dimaklumkan bahaw...
26/05/2026

🚨🚨MAKLUMAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA 2026 DI SURAU AL-KASTURI 🕌

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah dimaklumkan bahawa Solat Sunat Hari Raya Aidiladha akan dilaksanakan seperti butiran berikut bersama penduduk:

1.Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Tarikh: 27/06/2025(Rabu)
Masa: 7.30am-8.10am(Takbir Raya)
Solat Raya:8.15am
Tempat: Surau Al-Kasturi

Pegawai Surau bertugas:

1.Khatib Khutbah:Ustaz Zulkarnain Bin Nasir
2.Imam Solat Raya:Ustaz Mohd Rizal Bin Abdul Rahim

Marilah sama-sama kita imarahkan surau dengan hadir Solat Sunat Hari Raya Aidiladha insyaallah.

Terima kasih

🚨🚨MAKLUMAN GOTONG-ROYONG BERSIH SURAU KEMAS STOR SURAU DAN ANGKAT PERALATAN KORBAN SEMPENA MAJLIS IBADAH KORBAN 2026 BER...
26/05/2026

🚨🚨MAKLUMAN GOTONG-ROYONG BERSIH SURAU KEMAS STOR SURAU DAN ANGKAT PERALATAN KORBAN SEMPENA MAJLIS IBADAH KORBAN 2026 BERSERTA MAKLUMAN KOREK LUBANG KORBAN OLEH PIHAK DBKL & PEMASANGAN SEWA KHEMAH KORBAN

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah Pengerusi dan Jawatankuasa Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang hadir gotong-royong seperti butiran di bawah insyaallah bagi tujuan program Ibadah Korban dan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yg akan berlangsung.Semoga diberkati Allah Swt dan dipermudahkn urusan kita semua insyaallah.Gotong-royong selesai jam 10.00pm.

Hari: Selasa 26/05/2026
Masa: Selepas Isyak 9.15pm

Sebelum pada itu alhamdulillah selesai urusan korek lubang korban oleh pihak DBKL pada sabtu 23/05/26 yang turut dihadiri oleh penduduk dan pemasangan sewa khemah korban telah dilakukan pada pagi selasa 26/05/2026.

Terima Kasih

🚨🚨 JEMPUTAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN MAJLIS IBADAH KORBAN 2026 ANJURAN SURAU AL-KASTURI 🕌.___________________...
23/05/2026

🚨🚨 JEMPUTAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN MAJLIS IBADAH KORBAN 2026 ANJURAN SURAU AL-KASTURI 🕌.
_______________________________________

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan penduduk Pangsapuri Kasturi insyaallah dijemput untuk hadir ke majlis ini seperti berikut:

1.Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Tarikh: 27/05/2026(Rabu)
Masa: 7.30am-8.15am(Takbir Raya)
Solat Raya:8.15am
Tempat: Surau Al-Kasturi

Khatib Khutbah:Ustaz Zulkarnain Bin Nasir
Imam Solat Raya:Ustaz Mohd Rizal Bin Abdul Rahim
(Masa dan ketetapan lain akan dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan)

2.Majlis Ibadah Korban
(Insyaallah 2 ekor lembu)

(Digalakkan mengunakan baju Petugas yang dibekalkan surau tahun lepas untuk aktiviti korban)

Tarikh: 27/05/2026(Rabu)
Masa: 9.20am-2pm/selesai
Tempat: Insyaallah Padang Permainan JMB Pangsapuri Kasturi,laluan utama kereta JMB dan tempat letak kereta sekitar yg berkaitan.

Aturcara Ibadah Korban
1.Sarapan Pagi Potluck
2.Pendaftaran kehadiran
3.Bacaan doa/ ucapan pengerusi surau sebelum majlis berlangsung.
4.Sembelih lembu korban.
5.Memotong daging.
6.Melapah daging.
7.Menimbang daging.
8.Memasak.
9.Pendaftaran pengagihan daging korban kepada penduduk.

•Penduduk boleh datang awal berjemaah,bertakbir dan seterusnya menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha.

• Penduduk digalakkan membawa potluck untuk sarapan 🥪🍗 ke lokasi korban sebelum memulakan Majlis Korban.

• Pihak surau memohon penduduk turun beramai-ramai menyertai majlis korban ini dan membawa pisau masing-masing bagi memudahkan urusan memotong dan melapah.
(Mohon tuan/puan dapat menjaga pisau yang dibawa dan menjaga keselamatan anak-anak ketika lembu dikorbankan dan juga sepanjang majlis berlangsung)

• Penduduk yang ingin memberi infaq kewangan untuk majlis Korban juga dialu-alukan untuk menghubungi nombor seperti berikut atau boleh menghubungi mana-mana AJK bagi tujuan tersebut.
(Infaq yang diterima akan digunakan oleh pihak surau membeli perkakas dan barangan berkaitan korban)

1.Ust Mohd Rizal: 0163556348
2.En Raja: 0135079053
3.En Nasir: 0123889031

•Buat masa ini insyaallah pihak surau akan mengutamakan pemberian daging korban kepada golongan asnaf,miskin dan kurang berkemampuan mengikut senarai surau sediaada yang terkini
-Justeru bagi membantu pihak surau menilai dan mengenalpasti Tuan/Puan tergolong didalam senarai golongan tersebut tetapi tiada pada senarai sebelum ini maka tuan/puan dijemput hadir ke surau atau bertemu jawatankuasa sebelum berlangsungnya hari raya ini bagi memaklumkan status tuan/puan untuk pihak surau memasukkan nama dan membuat penambahan agihan daging korban kepada golongan tersebut.
-Seterusnya daging korban akan diberikan kepada penduduk seperti biasa.

•Mohon jawatankuasa dan semua penduduk dapat menjaga kebersihan sepanjang majlis berlangsung.

Semoga kehadiran Tuan/Puan pada kali ini dapat menyerikan lagi suasana dan menambah ukhwah antara penduduk di Pangsapuri Kasturi ini.🤲🤲
--------------------------------------------------------------

1.Mendapatkan Redha Allah S.W.T Dengan Menumpahkan Darah Yang Lain

Pada hakikatnya, terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa ibadah korban ada dinyatakan di dalam al-Qur'an dan terdapatnya tuntutan melakukan korban yang dibalas dengan pahala sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Di antaranya adalah firman Allah S.W.T:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa.

Surah Al-Maidah (27)

Demikian juga firman Allah S.W.T:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan.

Surah al-Kauthar (2)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

Riwayat al-Tirmizi (1493)

Ruj:Laman web Pejabat M***i WP
•Ibadah Korban: Menjawab Dakwaan Siti Kassim
•15 Sept 2017
•Oleh Muhammad Fahmi Rusli
--------------------------------------------------------------

Rujukan

1.Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Ruj: Surat Pengarah Jabatan Agama Islam WP
Ruj JAWI: JAWI.K.100-3/6 Jld2(68)
Tarikh:10 Jun 2024M
3 Zulhijah 1445H

2.Pelaksanaan Ibadah Korban
Ruj: Surat Pengarah Jabatan Agama Islam WP
Ruj JAWI: JAWI.K.100-15/1 Jld.24(30)
Tarikh: 10 Jun 2024M
3 Zulhijah 1445H

Terima kasih.

🚨🚨 MAKLUMAN JEMPUTAN MESYUARAT MAJLIS IBADAH KORBAN 2026 ANJURAN SURAU AL-KASTURI BERSAMA PENDUDUKAssalamualaikum wbt,Su...
21/05/2026

🚨🚨 MAKLUMAN JEMPUTAN MESYUARAT MAJLIS IBADAH KORBAN 2026 ANJURAN SURAU AL-KASTURI BERSAMA PENDUDUK

Assalamualaikum wbt,

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat ibadah korban bersama peserta/pencarum dan penduduk Pangsapuri Kasturi telah selesai pada 21/05/2026 jam 11.10pm seperti butiran berikut:

Tarikh: 21/05/2026(Khamis)
Masa: 9.15pm - selesai
Tempat: Ruang Solat Utama Surau Al-Kasturi

Antara perkara yang dibincangkan ialah:

1.Penerangan perkara sembelihan lembu korban iaitu lembu parlimen dan lembu pencarum.
2.Tugasan unit korban.
3.Memasak.
4.Pendaftaran dan pengagihan daging korban kepada penduduk.
5.Lain2

Alhamdulillah semoga ibadah korban dapat diperkemaskan lagi pada tahun ini insyaallah.Pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta dan penduduk yang hadir didalam mendengar penerangan perkara sembelihan lembu korban dan lain-lain item yang berkaitan daripada Pengerusi Surau Al-Kasturi.

Terima kasih.

🚨🚨 MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN PENERIMAAN SIJIL KORBAN 2026 SURAU AL-KASTURI OLEH YB DA...
18/05/2026

🚨🚨 MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN PENERIMAAN SIJIL KORBAN 2026 SURAU AL-KASTURI OLEH YB DATO' SERI DR.WAN AZIZAH DR.WAN ISMAIL

Assalamualaikum wbt,

Pengerusi Surau serta Jawatankuasa Surau Al-Kasturi merakamkan ribuan terima kasih kepada En.Mohd Nor Bin Mohd Hairi sebagai Biro Jawatankuasa Kematian Lelaki & Tugas-Tugas Khas Surau Al-Kasturi yang mewakili Pengerusi Surau Ustaz Mohd Rizal Bin Abdul Rahim yang tidak dapat hadir ke Jemputan Penyerahan Sijil Lembu Korban Parlimen untuk surau di Masjid Saidina Othman Ibn Affan bagi Parlimen Bandar Tun Razak pada hari ini disebabkan terdapat tugasan yang tidak dapat dielakkan.

En.Mohd Nor Bin Mohd Hairi telah diiringi anak beliau En.Mohd Zaki Bin Mohd Nor dan AJK Wanita, Kematian & Pengimarahan Majlis Pn.Che Seniwati Bt Mohamad didalam penerimaan sijil di majlis tersebut.

Insyaallah semoga kita dapat meneruskan silaturrahim serta dipermudahkn urusan ibadah korban kita pada kali ini dengan menerima sumbangan lembu korban Parlimen ini.Amin insyaallah.

Terima kasih.

🚨🚨MAJLIS JALINAN MESRA LEBARAN BERSAMA PENDUDUK PANGSAPURI KASTURI ANJURAN SURAU AL-KASTURI 17/04/2026 JUMAATAlhamdulill...
18/04/2026

🚨🚨MAJLIS JALINAN MESRA LEBARAN BERSAMA PENDUDUK PANGSAPURI KASTURI ANJURAN SURAU AL-KASTURI 17/04/2026 JUMAAT

Alhamdulillah Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 17/04/2026(jumaat) anjuran Surau Al-Kasturi telah pun selesai lebih kurang jam 11.58pm.

Jawatankuasa surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk dan anak-anak yang hadir ke majlis ini bermula dari gotong-royong surau dan dewan,solat berjemaah dan sehinggalah tamat majlis.

Terima kasih juga kepada para penyumbang infaq makanan dan kewangan serta kepada Pengerusi dan jawatankuasa JMB di dalam penggunaan dewan oleh pihak surau pada majlis jamuan tersebut.

Semoga pihak Tuan/ Puan diberkati dan diberi pahala oleh Allah Swt atas kebaikan.

Tradisi ini diteruskan untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan jemaah & penduduk & semoga bertemu lagi kita pada tahun hadapan.

Pihak surau mohon maaf🙏 sekiranya terdapat kekurangan.

Terima kasih.

Address

Surau Al-Kasturi, 5-1-8 Rumah Pangsa Kasturi, Jalan Tasik Permaisuri 3, Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Telephone

+60182962977

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Kasturi Official 2024 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al-Kasturi Official 2024:

Shortcuts

Share