Surau At-Taqwa Brickfields

Surau At-Taqwa Brickfields Ayuh sertai dan memberi sumbangan untuk aktiviti kami.

Surau At-Taqwa Brickfields: Pusat ibadah dan komuniti Islam yang menyediakan kemudahan solat, pengajian agama, program kebajikan serta aktiviti sukan & rekreasi untuk mengukuhkan ukhuwah dan keimanan.

Bacaan yasin dan doa selamat yang diadakan malam tadi di Surau At-Taqwa untuk anak kepada penghuni no rumah 02-10Nama : ...
03/04/2026

Bacaan yasin dan doa selamat yang diadakan malam tadi di Surau At-Taqwa untuk anak kepada penghuni no rumah 02-10

Nama : Muhammad Dilfi Uhayl Bin Mohd Sofa Raazie
Umur : 6 tahun

Kini dia berada di Hospital Tunku Azizah , PHDU (Pediatric High Defensive Unit)

​"اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا"

​"Ya Allah, Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembuhkanlah ia. Hanya Engkau-lah yang dapat menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit sedikitpun."

Alhamdulillah 🤲Di penghujung Ramadan yang penuh keberkatan, program bersama antara Persatuan Penduduk dan Surau At-Taqwa...
18/03/2026

Alhamdulillah 🤲
Di penghujung Ramadan yang penuh keberkatan, program bersama antara Persatuan Penduduk dan Surau At-Taqwa berjaya dilaksanakan. Infaq air jagung aiskrim buat penghuni KKKA mungkin kecil nilainya, namun besar maknanya buat kami.
Semoga setiap infaq ini menjadi sedekah yang berpanjangan dan mengeratkan silaturahim dalam komuniti ❤️

Assalamualaikum WBT.MAKLUMAN HEBAHAN PROGRAM QIAMULLAIL RAMADAN ANJURAN SURAU AT TAQWA KKKA BRICKFIELDS*Qiamullail*Tarik...
14/03/2026

Assalamualaikum WBT.

MAKLUMAN HEBAHAN PROGRAM QIAMULLAIL RAMADAN ANJURAN SURAU AT TAQWA KKKA BRICKFIELDS

*Qiamullail*
Tarikh: 15/3/2026 (Ahad) mlm 25 Ramadan
Masa: 4.00 pagi
Tempat: Surau At Taqwa KKKA Brickfields
Pimpinan: Al-Fadhil Ustaz Luthfi Aziz Hamzah
Catatan: Sahur disediakan.

Semua muslimin Dan Muslimat Warga KKKA Brickfields dijemput hadir..

Jom turun ramai-ramai..

✨ Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa Surau At-Taqwa KKKA Brickfields 2026 ✨Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu...
13/03/2026

✨ Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa Surau At-Taqwa KKKA Brickfields 2026 ✨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Surau At-Taqwa KKKA Brickfields dengan sukacitanya menjemput seluruh Muslimin & Muslimat ke Majlis Khatam Al -Quran dan berbuka puasa bagi meraikan keberkatan Ramadan.

🖼️ Tarikh: 14 Mac 2026 (Sabtu)

Masa : 5.30 petang ( Khatam Al-Quran) Dipimpin oleh Ustaz Haji Mohd Nizar bin Mohd Nadzir
-Penyampaian Saguhati pada Peserta Tadarus.
( PESERTA TADARUS MOHON UTK HADIR )

Iftar -7.00 mlm

📍 Lokasi: Surau At -Taqwa & Dewan KKKA Brickfields

Jemput hadir bersama keluarga untuk mengeratkan ukhuwah dan berkongsi nikmat Ramadan.

*Portluck di alu-alukan*

Bawa seluruh ahli keluarga & raikan kemeriahan bersama!

Al-quran 26


KULIAH SUBUH SEMPENA NUZUL QURANDisampaikan oleh :- Ustaz Bukhari bin HaliahTarikh : 07 Mac 2026 (Sabtu) / 17 Ramadan 14...
07/03/2026

KULIAH SUBUH SEMPENA NUZUL QURAN

Disampaikan oleh :
- Ustaz Bukhari bin Haliah

Tarikh : 07 Mac 2026 (Sabtu) / 17 Ramadan 1447H
Masa : Selepas Solat Subuh
Tempat : Surau At-Taqwa Brickfields

Assalamualaikum & Selamat Malam.*PROGRAM QIAMULAIL  RAMADAN ANJURAN SURAU AT TAQWA KKKA BRICKFIELDS**Qiamullail*Tarikh: ...
05/03/2026

Assalamualaikum & Selamat Malam.

*PROGRAM QIAMULAIL RAMADAN ANJURAN SURAU AT TAQWA KKKA BRICKFIELDS*

*Qiamullail*
Tarikh: 7/3/2026 (Sabtu)
Masa: 4.00 pagi
Tempat: Surau At Taqwa KKKA Brickfields
Pimpinan: Ustaz Luthfi Aziz Hamzah
Catatan: Sahur disediakan.

Semua muslimin Dan Muslimat Warga KKKA Brickfields dijemput hadir..

Jom turun ramai-ramai..

Sekitar gambar moreh malam ke-16 Ramadan. 🌙 Separuh perjalanan telah berlalu, moga setiap amalan kita terus istiqamah me...
05/03/2026

Sekitar gambar moreh malam ke-16 Ramadan. 🌙 Separuh perjalanan telah berlalu, moga setiap amalan kita terus istiqamah melakukan kebaikan dan mengejar keberkatan-Nya sehingga Ramadan melabuh tirai.

𝐀𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐈𝐊𝐔𝐌 𝐖𝐁𝐓📢 MAKLUMAN HEBAHAN PROGRAM SURAU AT TAQWA KKKA BRICKFIELDS 🕌 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠: KULIAH SUBUH SEMPENA NUZUL QURA...
05/03/2026

𝐀𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐈𝐊𝐔𝐌 𝐖𝐁𝐓

📢 MAKLUMAN HEBAHAN PROGRAM SURAU AT TAQWA KKKA BRICKFIELDS

🕌 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠: KULIAH SUBUH SEMPENA NUZUL QURAN

🗓 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛: 07 MAC 2026 (SABTU)
🕙 𝗠𝗔𝗦𝗔: SELEPAS SOLAT SUBUH
🕌 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧: DEWAN SOLAT UTAMA SURAU AT-TAQWA

👳 DISAMPAIKAN OLEH:
USTAZ BUKHARI BIN HALIAH

SEMUA JEMAAH SURAU AT TAQWA & PENDUDUK KKKA BRICKFIELDS DIJEMPUT HADIR

🗳 SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN
💳 SURAU AT TAQWA (KKKA BRICKFIELDS) ☑ 11-02321342 (𝗕𝗔𝗡𝗞 RAKYAT)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

𝑴𝑶𝑯𝑶𝑵 𝑺𝑬𝑩𝑨𝑹 𝑳𝑼𝑨𝑺𝑲𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑭𝑶 𝑰𝑵𝑰.

SEKIAN TERIMA KASIH



#2026

Assalamualaikum wbt.Majlis Iftar Ramadan 2026 yang dianjurkan oleh Surau At-Taqwa, KKKA Brickfields dengan kerjasama kom...
01/03/2026

Assalamualaikum wbt.

Majlis Iftar Ramadan 2026 yang dianjurkan oleh Surau At-Taqwa, KKKA Brickfields dengan kerjasama komuniti penduduk.

Alhamdulillah program seperti Majlis Iftar Ramadan ini sememangnya amat bermakna dalam memperkukuhkan ukhuwah dan silaturahim antara komuniti penduduk. Suasana berbuka puasa secara berjemaah di dewan pastinya memeriahkan lagi sambutan Ramadan pada tahun ini.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis Iftar Ramadan yang diadakan pada 1 Mac 2026(Ahad) bertempat di Dewan KKKA Brickfields.

Assalamualaikum Wbt.Sukacita dimaklumkan bahawa kaunter zakat kini telah dibuka bagi memudahkan urusan bayaran dan semak...
27/02/2026

Assalamualaikum Wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa kaunter zakat kini telah dibuka bagi memudahkan urusan bayaran dan semakan anda.

Sesiapa yang berhajat ingin membayar zakat fitrah boleh turun ke surau dan lobi selepas solat terawih..
Terima kasih.

"Alhamdulillah, kita kini melangkah ke 10 hari pertama Ramadan, fasa di mana pintu rahmat Allah dibuka seluas-luasnya bu...
27/02/2026

"Alhamdulillah, kita kini melangkah ke 10 hari pertama Ramadan, fasa di mana pintu rahmat Allah dibuka seluas-luasnya buat hamba-Nya yang bertaubat."
Ramadan bukan sekadar menahan lapar, tetapi 10 hari pertama ini adalah madrasah untuk mendidik jiwa agar lebih dekat dengan kasih sayang-Nya.

Address

Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Brickfields
Kuala Lumpur
50470

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau At-Taqwa Brickfields posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share