12/09/2026
MASJID JAMEK ABDULLAH HUKUM SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT ZON 6 JAWI
Kontinjen Masjid Jamek Abdullah Hukum telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Zon 6 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Mengangkat tema โMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ, perarakan yang berlangsung bermula Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah dan berakhir di Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala bagi menyemarakkan syiar Islam serta menambahkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.