Surau Ar-Rashidin Puncak Setiawangsa

Surau Ar-Rashidin Puncak Setiawangsa AKTIVITI
Surau Ar Rashidin,
Jalan Puncak Setiawangsa 1,
Taman Setiawangsa, 54200, Kuala Lumpur

Amalan Solat Rawatib
03/02/2025

Amalan Solat Rawatib

KEUTAMAAN MENGERJAKAN 12 RAKAAT RAWATIB DALAM SEHARI

Rasulullah shallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« مَنْ صَلَّى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِىَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa mengerjakan shalat sunnah dalam sehari-semalam sebanyak 12 raka’at, maka karena sebab amalan tersebut, ia akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di surga.”

📘 (HR. Muslim, no. 1694)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

“Barangsiapa merutinkan shalat sunnah dua belas rakaat dalam sehari, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di surga. Dua belas rakaat tersebut adalah empat rakaat sebelum Zhuhur, dua rakaat sesudah Zhuhur, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah ‘Isya, dan dua rakaat sebelum Shubuh.”

📘 (HR. Tirmidzi, no. 414. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

📍Berikut mengerjakan 12 rakaat shalat rawatib tersebut :

1. Dua rakaat sebelum shalat shubuh
2. Empat rakaat sebelum shalat zhuhur
3. Dua rakaat setelah shalat zhuhur
4. Dua rakaat sesudah shalat maghrib
5. Dua rakaat sesudah shalat isya.

Semoga Allah Ta'ala memudahkan kita untuk bisa mengamalkannya
_______
Ikuti akun resmi the straight way:
📱Telegram: https://t.me/tstraightway
📱Instagram:
📱Facebook: The straight way
https://t.me/tstraightway

Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor memberi Kuliah Maghrib mengenai Imam Ahmad bin Hanbal
26/11/2024

Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor memberi Kuliah Maghrib mengenai Imam Ahmad bin Hanbal

Majlis Zikir selepas Asar sempena Hari Arafah 1445H dipimpin AlUstaz Mohd Kamil Daud
16/06/2024

Majlis Zikir selepas Asar sempena Hari Arafah 1445H dipimpin AlUstaz Mohd Kamil Daud

1 Syawal 1445 . Takbir Rumah ke Rumah selepas Solat Isha.
10/04/2024

1 Syawal 1445 .
Takbir Rumah ke Rumah selepas Solat Isha.

05/04/2024

Hati-hati dengan puasa dan solat sia-sia.

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:
"Di antara tanda orang munafik ada tiga:
apabila dia bercakap, dia berbohong,
apabila dia berjanji dia mengingkari, dan
apabila dia diberi amanah, dia berkhianat."

Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Mukram al-Ammi telah menceritakan kepada kami Yahya bin Muhammad bin Qais Abu Zuhair dia berkata, saya mendengar al-Ala' bin Abdurrahman menceritakan dengan sanad ini seraya berkata,
"Tanda-tanda orang munafik ada tiga, walaupun dia berpuasa dan solat serta menuntut atau mengaku bahawa dia seorang Muslim."
(HR Muslim No: 90) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Tiga tanda orang munafik yang perlu dijauhi iaitu apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat.

2. Sifat munafik akan kekal kepada pelaku munafik walaupun dia mengerjakan solat, berpuasa dan mengaku sebagai Muslim.

3. Ibadat puasa adalah perisai dan benteng dari sifat munafik.

“Puasa adalah perisai atau benteng (yang melindungi pelakunya daripada keburukan).” (Riwayat Tirmidzi No: 2749).

4. "Bercakap" termasuk dalam bentuk penulisan dan ditular sama ada di FB, WhatsApp, Telegram dan lain-lain. Jika faktanya salah, tidak benar maka ia dianggap berbohong dan orang tersebut ada tanda munafik pada dirinya.

5. "Amanah" adalah tanggungjawab kita. Pemimpin perlu berlaku adil dalam kepimpinan. Setiap pekerja ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, jangan khianat seperti culas atau curi tulang. Tidak amanah jika gaji diambil tapi pekerjaan tidak sempurna. Bertambah tidak amanah bila gaji diambil, rasuah diterima.

6. Ruginya jika mengaku seorang Muslim, berpuasa dan solat namun menjadi orang munafik kerana memiliki sifat munafik.

23/01/2024

SUNNAH MENDOAKAN ORANG SECARA RAHSIA

Rasulullah SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya secara sembunyi tanpa pengetahuan saudaranya ialah doa yang mustajab. Di sisi orang yang berdoa ini ada malaikat yang ditugaskan mengaminkan doanya.

كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Setiap kali dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Amin. Kamu juga akan mendapat kebaikan seperti saudaramu."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 2733)

Kelebihan ini diberikan kepada orang yang berdoa kerana ada 2 kebaikan:

i. Dia ikhlas sehingga tidak menonjolkan doanya kepada orang lain
ii. Dia telah melakukan kebaikan dengan mendoakan kebaikan untuk orang lain

Semoga Allah menerima doa kita.

https://t.me/MyHadithTime

Keutamaan Mengamalkan Doa Keluar Rumah Ummu Salamah RA pernah menyampaikan:ومَا خَرَجَ النَّبِيُّ مِنْ بَيْنِي قَطُّ إِل...
23/01/2024

Keutamaan Mengamalkan
Doa Keluar Rumah

Ummu Salamah RA pernah menyampaikan:

ومَا خَرَجَ النَّبِيُّ مِنْ بَيْنِي قَطُّ إِلا رَفَعَ طَرْفَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ اللَّهُمْ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أَضَلَّ أَوْ أَزِلٌ أَوْ أَزَلْ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أَظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيْ

Ertinya:
"Setiap kali Rasulullah SAW keluar dari rumahku, beliau selalu memandang ke arah langit dan berdoa,
'Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kesesatan dan menyesatkan orang lain, dari berbuat dosa atau mengajak orang lain berbuat dosa, dari melakukan kezaliman atau dianiaya orang lain, dari menyakiti atau disakiti oleh orang lain.'"
(HR Ahmad, at-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Majah.
Matan dari Abu Dawud).

Sebuah hadits yang diriwayatkan At-Tirmidzi dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW pernah bersabda:

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ « يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ .

Ertinya:
Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan 'Bismillahi tawakkaltu 'alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah', maka dikatakan ketika itu: 'Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga'. Syaitan pun akan menyingkir darinya.
Syaitan yang lain akan mengatakan: 'Bagaimana mungkin engkau boleh mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, kecukupan dan penjagaan?'

Marilah kita usahakan sentiasa berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ .
28/09/2023

Marilah kita usahakan sentiasa berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ .

Address

Surau Ar-Rashidin, Jalan Puncak Setiawangsa 1, Taman Setiawangsa
Kuala Lumpur
54200,

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ar-Rashidin Puncak Setiawangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share