Surau Al-Muttaqin Taman Sri Sinar Segambut Kuala Lumpur

Surau Al-Muttaqin Taman Sri Sinar Segambut Kuala Lumpur Laman FB Rasmi Surau Al-Muttaqin
Taman Sri Sinar Segambut KL

(kariah Masjid Ubudiah Segambut Dalam)

27/5/20260 bersamaan 10Zulhijjah 1447 H, Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha di Surau Al-Muttaqin Taman Sri Sinar
27/05/2026

27/5/20260 bersamaan 10Zulhijjah 1447 H, Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha di Surau Al-Muttaqin Taman Sri Sinar

27/5/2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H. Program Qurban Dan Aqiqah di Surau Al-Muttaqin Taman Sri Sinar Segambut
27/05/2026

27/5/2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H. Program Qurban Dan Aqiqah di Surau Al-Muttaqin Taman Sri Sinar Segambut

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 🤍🌙✨ REBUT PELUANG PAHALA BERGANDA! ✨🌙Jemputan Menyertai Program Ibadah Korban & Akikah 1...
21/04/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 🤍

🌙✨ REBUT PELUANG PAHALA BERGANDA! ✨🌙
Jemputan Menyertai Program Ibadah Korban & Akikah 1447H / 2026M
Anjuran Surau Al-Muttaqin, Taman Sri Sinar, Segambut

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, pihak pengurusan surau dengan sukacitanya menjemput tuan/puan sekeluarga untuk bersama-sama menyertai ibadah korban & akikah pada tahun ini.

✨ Inilah peluang kita untuk:
💞 Mendekatkan diri kepada Allah SWT
🤝 Mengukuhkan ukhuwah sesama kariah
🌟 Menghidupkan syiar Islam di kawasan kita

Insya-Allah, sasaran program:
🐄 10 ekor lembu (Gred A, ±270 kg)
🐐 10 ekor kambing (Gred A, ±35 kg)

━━━━━━━━━━━━━━━━━━
BUTIRAN PROGRAM
━━━━━━━━━━━━━━━━━━

💵 Kadar Penyertaan:
▫️ 1 Bahagian Lembu: RM800
▫️ 1 Ekor Kambing: RM1,100
(Termasuk kos pengurusan)

🗓️ Tarikh Pelaksanaan:
27 Mei 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 pagi (selepas Solat Aidiladha)
(Tertakluk kepada pengumuman rasmi)

🗓️ Tarikh Tutup Penyertaan:
20 Mei 2026 (Rabu)

📍 Lokasi:
di belakang Surau Al-Muttaqin

━━━━━━━━━━━━━━━━━━
MAKLUMAT PEMBAYARAN
━━━━━━━━━━━━━━━━━━

🟠 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
👤 Surau Al-Muttaqin Taman Sri Sinar
🏧 11-0242531-5

━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Senarai Penyertaan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

✅ Mohon maklumkan selepas bayaran dibuat
(Sila tambah nama bagi penyertaan baharu)

Bayangkan senyuman mereka yang menerima…
dan ganjaran yang Allah janjikan buat kita 🤲✨

“Sesungguhnya daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu…”
(Surah Al-Hajj: 37)

🌟 Jangan lepaskan peluang ini.
Tempat adalah terhad — ayuh sertai sekarang dan rebut keberkatan bersama!

Sebarang pertanyaan sila hubungi
1: TN HJ PAJAR (0193183361)
2: TN HJ ZAINAL (0199815489)
3: PN WAN HALIZAM (0193380007)

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU AL-MUTTAQIN 2026 Kuala Lumpur, 18 April 2026 – Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Muttaqin T...
21/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU AL-MUTTAQIN 2026

Kuala Lumpur, 18 April 2026 – Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Muttaqin Taman Sri Sinar 2026 (Bil. 18) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang harmoni, teratur dan terperinci.

Mesyuarat yang diadakan di Dewan Solat Utama Surau Al-Muttaqin itu telah dihadiri oleh ahli kariah yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap pengimarahan institusi surau.

Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam dengan sesi pendaftaran diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Suhaimi Othman.

Pengerusi (Pentadbiran) dalam ucapannya menekankan kepentingan tadbir urus yang telus, akauntabiliti serta kerjasama semua pihak dalam mengimarah institusi surau.

Sepanjang mesyuarat, beberapa perkara utama telah dibentangkan termasuk pengesahan minit Mesyuarat Agung yang lalu, laporan aktiviti tahunan serta laporan kewangan dan keputusan laporan audit kewangan bagi tahun 2025.

Setelah selesai dibentangkan laporan aktiviti dan laporan kewangan 2025, bagi memastikan ketelusan dan keyakinan ahli kariah terhadap pengurusan surau, Pengerusi turut membentangkan keputusan Audit Kewangan Tahun 2023 dan 2024 yang pernah menjadi isu utama ketika Mesyuarat Agung Tahunan 2024 yang lalu. Sebelum itu turut dibentangkan program aktiviti surau yang dilaksanakan pada tahun 2024.

Mesyuarat turut membuka ruang kepada ahli kariah untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta persoalan secara berhemah dan membina. Perbincangan yang berlangsung mencerminkan kematangan serta kesungguhan ahli kariah dalam memastikan Surau Al-Muttaqin terus maju dan berfungsi sebagai pusat ibadah dan perpaduan masyarakat.

Secara keseluruhannya, Mesyuarat Agung Tahunan kali ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan baik, hasil kerjasama erat barisan Ahli Jawatankuasa dan sokongan padu ahli kariah.

Turut hadir di Mesyuarat Agung Tahunan tersebut Ustaz Mohd Bukhari Haliah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah JAWI yang menjadi pemerhati dan penasihat mesyuarat, wakil Pegawai / AJK Masjid Al Ubudiah dan juga turut wakil Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Cawangan Selayang, sebagai penasihat prosedur kewangan serta anggota Balai Polis Kepong bagi mengawal ketenteraman dan memastikan kelancaran mesyuarat.

Majlis berakhir sekitar jam 11.05 malam dengan suasana yang harmoni dan muafakat. sekaligus menandakan satu langkah positif ke arah pengukuhan pengurusan dan pengimarahan Surau Al-Muttaqin pada masa akan datang.

Terima kasih kepada pihak JAWI, Pejabat Pentabiran Masjid / Surau Zon 1, Masjid Al Ubudiah Segambut Dalam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Cawangan Selayang, Balai Polis Kepong dan semua ahli kariah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

ADMIN

12/04/2026

Majlis Khatam Al-Quran 1447

12/04/2026

Solat Aidilfitri di Surau Al Muttaqin

SOLAT SUNAT & KHUTBAH KHAS AIDILFITRI 1447H
12/04/2026

SOLAT SUNAT & KHUTBAH KHAS AIDILFITRI 1447H

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗡𝗔𝗧 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠Assalamualaikum w.b.tBagi menyempurnakan sambutan Hari Raya Aidilfi...
12/04/2026

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗡𝗔𝗧 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

Assalamualaikum w.b.t

Bagi menyempurnakan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini pihak pengurusan Surau AlMuttaqin menjemput jemaaah sekelian bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri dengan ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 21 Mac 2026/1 Syawal 1447H (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Surau Al Muttaqin Taman Sri Sinar

🎙️Khatib & Imam : Ustaz Zafran

Para jemaah diminta hadir seawal jam 8.00 pagi bagi meriahkan gema takbiir hari raya nanti. Sehubungan itu kami pihak pengurusan Surau Al Muttaqin menyusun jari memohon maaf atas kelemahan yang ada sepanjang dalam mengurus dan mentadbirkan surau selama ini.
Kepada jemaah yang belum menunaikan zakat fitrah harap berbuat demikian dengan kadar segera. Kaunter zakat akan ditutup sebelum dolat hari raya.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN FEBRUARI & MAC DAN HARI RAYA AIDIL FITRITarikh : 4 April 2026/15 Syawal 1447H (Sab...
12/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN FEBRUARI & MAC DAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Tarikh : 4 April 2026/15 Syawal 1447H (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Muttaqin Taman Sri Sinar.
Jamuan : Disediakan oleh pihak surau.

Aturcara Majlis
1. Solat Maghrib berjemaah
2. Bacaan Yasin dan doa selamat
3. Solat Isyak berjemaah
4. Jamusn makan berjemaah dan bersurai

As Salamualaikum wrtUNDANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU ALMUTTAQIN TAMAN SRI SINAR, SEGAMBUT, KUALA LUMPUR 2026Dimakl...
10/04/2026

As Salamualaikum wrt

UNDANGAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU ALMUTTAQIN TAMAN SRI SINAR, SEGAMBUT, KUALA LUMPUR 2026

Dimaklumkan Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

🗓️ 18.4.2026 (sabtu)
⏰ Selepas Isyak (9.00 malam)
📍 Dewan Solat Utama Surau AlMuttaqin

Sehubungan itu semua jemaah surau dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.
Sekiranya ada usul untuk dibincangkan harap dapat isi borang yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.

Address

Lot 48193, Jalan 8/38D, Taman Sri Sinar, Segambut Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
51200

Telephone

+60166373144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Muttaqin Taman Sri Sinar Segambut Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share