Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Tmn Maluri

Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Tmn Maluri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Tmn Maluri, Jalan Perkasa, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

* Masjid Al-Imam Ash-Shafie terletak di Taman Maluri, Kuala Lumpur.
* Menjadi pusat ibadah dan aktiviti komuniti.
* Dilengkapi ruang solat, dewan, bilik kuliah, bilik mesyuarat, pengurusan jenazah, tandas, tempat wuduk serta kemudahan untuk jemaah.

07/08/2026

7 OGOS 2026 / 22 SAFAR 1448H
USTAZ FARIS IQBAL BIN SUHAINI

MAJLIS BACAAN YASIN DAN PERPISAHAN USTAZ MUHAMMAD SHAFIQ MUADDIB BIN HARUN(Khamis) 06 Ogos 2026 /  22 Safar 1448 telah b...
07/08/2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN PERPISAHAN USTAZ MUHAMMAD SHAFIQ MUADDIB BIN HARUN

(Khamis) 06 Ogos 2026 / 22 Safar 1448 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Bacaan Yasin dan Perpisahan Ustaz Muhammad Shafiq Muaddib, Ketua Bilal MAIAS, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur sejurus selepas solat fardu Maghrib.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Doa Selamat dan diteruskan dengan majlis perpisahan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan serta komitmen beliau sepanjang berkhidmat bersama MAIAS.

Sebagai tanda penghargaan, cenderahati daripada pihak Masjid Al-Imam Ash-Shafie telah disampaikan oleh Pengerusi Masjid, Ustaz Mohd Bukhari bin Haliah, diiringi Ketua Imam, Ustaz Hisral Zirhan Md Zahari, kepada Ustaz Muhammad Shafiq Muaddib bin Harun sebagai mengenang jasa, sumbangan dan komitmen beliau sepanjang berkhidmat bersama MAIAS dan Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

Pada majlis tersebut turut juga, Pengerusi MAIAS memperkenalkan pengganti Ustaz Muhammad Shafiq Muaddib bin Harun sebagai Ketua Bilal iaitu Ustaz Mohd Mahyuddin bin Mahashim.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati perjalanan Ustaz Muhammad Shafiq Muaddib di tempat baharu, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang berkat serta terus istiqamah dalam menyebarkan dakwah dan berkhidmat kepada masyarakat. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang telah disediakan, sekali gus mengeratkan lagi silaturahim antara para jemaah, ahli MAIAS dan para tetamu yang hadir.

Jazakumullahu khairan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga segala amal kebajikan diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal ’Alamin.

📢 PENGUMUMAN📢Assalamualaikum WBT.Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Perpisahan Ustaz Muhamm...
06/08/2026

📢 PENGUMUMAN📢

Assalamualaikum WBT.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Perpisahan Ustaz Muhammad Shafiq Muaddib bin Harun (Ketua Bilal MAIAS) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 6 Ogos 2026 / 22 Safar 1448H (Khamis)
🕰️ Masa: Selepas Solat Fardhu Maghrib
📍 Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur

Marilah kita memeriahkan majlis ini dengan bacaan Yasin, mendoakan kesejahteraan Ustaz Muhammad Shafiq Muaddib bin Harun dengan doa dan ucapan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan beliau.

🍽️ Jamuan makan malam turut disediakan 🍽️

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan.

“Bersama Mengimarahkan Masjid, Mengeratkan Ukhuwah”

05/08/2026

5 OGOS 2026 / 20 SAFAR 1448H
USTAZ AMRAN BIN ABDUL TALIB

04/08/2026

USTAZ AHMAD HUSEIN BIN ZAINAL ABIDIN

📢 JAWATAN KOSONG📢EKSEKUTIF KEWANGAN & PENTADBIRAN MASJIDMasjid Al-Imam Ash-Shafie mempelawa warganegara Malaysiayang ber...
04/08/2026

📢 JAWATAN KOSONG📢

EKSEKUTIF KEWANGAN & PENTADBIRAN MASJID

Masjid Al-Imam Ash-Shafie mempelawa warganegara Malaysiayang berkelayakan, berintegriti dan berminat untuk menyumbang bakti dalam pengurusan institusi masjid bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

💼 Jawatan: Eksekutif Kewangan & Pentadbiran Masjid
👤 Kekosongan: 1 Orang

Kelayakan:

✅ Warganegara Malaysia.
✅ Berumur antara 21 hingga 40 tahun
✅ Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan.
✅ Berpengalaman dalam bidang kewangan atau pentadbiran merupakan satu kelebihan.
✅ Mahir menggunakan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint.
✅ Berpengalaman menggunakan sistem perakaunan seperti SQL, AutoCount atau UBS adalah satu kelebihan.
✅ Mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu.

Antara Tanggungjawab:

📌 Mengurus kewangan dan rekod transaksi masjid.
📌 Menyediakan laporan kewangan dan dokumentasi pentadbiran.
📌 Mengurus sumbangan serta rekod penyumbang.
📌 Membantu pelaksanaan program dan operasi masjid.

Ciri-ciri Calon

✔ Amanah dan berintegriti tinggi.
✔ Teliti, kemas dan bertanggungjawab.
✔ Mampu bekerja secara berdikari dan dalam satu pasukan.
✔ Proaktif serta mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah.
✔ Bersedia membantu dalam pelaksanaan program-program masjid.

Kemudahan:

💰 Gaji dan elaun yang kompetitif.
📌 Caruman KWSP & PERKESO.
🏖 Cuti tahunan dan cuti sakit mengikut peraturan.
📚 Peluang mengikuti kursus dan latihan.
🤝 Persekitaran kerja yang profesional serta berorientasikan khidmat kepada masyarakat.

Cara Memohon:

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan:

📄 Resume terkini
📄 Salinan Kad Pengenalan
📄 Salinan sijil akademik dan sijil berkaitan
📷 Gambar berukuran pasport

Permohonan boleh dihantar kepada:

Pejabat Pentadbiran
Masjid Al-Imam Ash-Shafie
Jalan Perkasa, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur

📧 E-mel: [email protected]

Tarikh tutup permohonan: 21 Ogos 2026 / Jumaat

🤝 Sertailah kami dalam mengimarahkan rumah Allah melalui pengurusan yang profesional, amanah dan berintegriti.

"Bersama Memakmurkan Masjid, Menyuburkan Masyarakat."

LAPORAN AKTIVITI BULAN JULAI 2026Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala LumpurSepanjang bulan Julai 2026, Masjid ...
04/08/2026

LAPORAN AKTIVITI BULAN JULAI 2026

Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur

Sepanjang bulan Julai 2026, Masjid Al-Imam Ash-Shafie telah berjaya melaksanakan pelbagai program dakwah, pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti selaras dengan usaha mengimarahkan rumah Allah.

1. Program Dakwah Harian dan Mingguan

Sebanyak 17 siri Kuliah Maghrib dan 6 siri Kuliah Subuh telah berjaya dilaksanakan.

Program pengajian yang berlangsung secara berkala ialah:

* Kelas Bahasa Arab & Al-Quran setiap Khamis.
* Kelas Muslimat setiap Isnin.
* Kelas Al-Quran Kanak-Kanak dan Dewasa setiap Isnin, Selasa dan Rabu.
* Kelas Tajwid setiap Jumaat.
* Bacaan dan Terjemahan Al-Quran setiap pagi.
* Syarahan Ringkas Hadis selepas Solat Asar setiap hari.

Program-program ini terus mendapat sambutan yang baik daripada ahli kariah.

2. Program Khas MAIAS

Empat program utama telah dianjurkan sepanjang Julai iaitu:

* Majlis Penghargaan Khidmat Bakti AJK Sesi 2023–2026.
* Forum Hijrah Amanah Mengimarahkan Masjid.
* Program Qiyamullail dan Solat Subuh berjemaah sempena Tayangan Skrin Besar Final World Cup.
* Majlis Bacaan Yasin dan Perpisahan Timbalan Naqib Masjid, Ustaz Mohamad Amirol bin Azmi.

3. Kerjasama Bersama Agensi Luar

MAIAS turut menjalin kerjasama strategik bersama Jabatan M***i Wilayah Persekutuan melalui penganjuran Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan pada 21 Julai 2026.

4. Pengumuman Kematian

Sepanjang bulan Julai, pihak masjid telah menguruskan hebahan kematian bagi dua orang ahli kariah:

* Haji Abdul Rahman bin Ariffin
* Hajah Mahani binti Bujang

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan menempatkan roh mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman.

5. Majlis Akad Nikah

Sebanyak dua pasangan telah melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Imam Ash-Shafie sepanjang bulan Julai.

• Abdul Wafur bin Suhur & Nor Aini
• Amirul Ashraf bin Khairul Anuar & Norhafizah binti Mat Sabri

6. Program Ziarah Kebajikan

Pihak masjid telah melaksanakan tiga siri ziarah kebajikan kepada ahli kariah yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan dan ukhuwah sesama masyarakat.

7. Program Lain

Program Sukarelawan Pelajar Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) turut berjaya dilaksanakan bagi memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.

8. Pengumpulan Data

Sehingga 31 Julai 2026:

* Pendaftaran Data Anak Kariah : 37 orang
* Pendaftaran Remaja MAIAS : 200 orang

9. Kutipan Tabung Jumaat

Jumlah kutipan Tabung Jumaat sepanjang Julai 2026 ialah:

* Kutipan Tabung : RM23,224.00
* Kutipan Infaq : RM20,651.13

Jumlah keseluruhan kutipan: RM43,875.13

10. Dana Penyelenggaraan Masjid

Dana yang diperlukan bagi penyelenggaraan masjid ialah RM250,000.00.

Sehingga Julai 2026, jumlah dana yang berjaya dikumpulkan ialah RM5,134.00.

11. Penghargaan

Pihak MAIAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli kariah, para penyumbang, sukarelawan, AJK masjid serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan setiap program sepanjang bulan Julai 2026.

Semoga segala amal kebajikan diterima oleh Allah SWT dan Masjid Al-Imam Ash-Shafie terus menjadi pusat ibadah, ilmu dan kebajikan yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. Aamiin.

03/08/2026

USTAZ MUHAMMAD NIZAR BIN M. NADZIR

03/08/2026

3 OGOS 2026 / 18 SAFAR 1448H
USTAZAH SAADIAH BINTI HARUN

Address

Jalan Perkasa, Taman Maluri
Kuala Lumpur
55100

Telephone

+60392812472

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Tmn Maluri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Tmn Maluri:

Shortcuts

Share