Pej Pentadbiran Pusat Zon 6

Pej Pentadbiran Pusat Zon 6 Pejabat Pentadbiran Masjid/Surau Zon 6 adalah sebuah cawangan pentadbiran di Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI

12/05/2026
✨ QURANIC MADANI : NIGHT RESET β€” Bersatu Dalam Saf βœ¨πŸ“ Bukit Bintang, Kuala LumpurπŸ—“ 8 Mei 2026 (Jumaat)⏰ 8.00 malam – 11....
08/05/2026

✨ QURANIC MADANI : NIGHT RESET β€” Bersatu Dalam Saf ✨

πŸ“ Bukit Bintang, Kuala Lumpur
πŸ—“ 8 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 malam – 11.00 malam

MALAM INI!

Ayuh bersama-sama mengimarahkan malam dengan solat berjemaah, bacaan Surah Al-Mulk serta pengisian tazkirah yang menenangkan jiwa di tengah kesibukan kota raya.

Mari hadir membawa sejadah, hati yang tenang dan semangat ukhuwah untuk bersatu dalam saf demi mencari rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

πŸ”₯ MIMBAR JUMAAT MILIK ANAK MUDA! πŸ”₯Esok, 8 Mei 2026, Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu anjakan paradigma. Bukan sekadar...
07/05/2026

πŸ”₯ MIMBAR JUMAAT MILIK ANAK MUDA! πŸ”₯

Esok, 8 Mei 2026, Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu anjakan paradigma. Bukan sekadar rutin mingguan, tetapi satu manifestasi keberanian generasi baharu apabila mimbar-mimbar utama diserahkan kepada barisan Khatib Muda untuk menyuarakan mesej perjuangan:

πŸ“œ "BELIA RAKAN MASJID: MEMBINA JATI DIRI, MENGANGKAT UMMAH"

Inilah masanya kita melihat kualiti pelapis ummah. Jom beri sokongan penuh kepada barisan pemuda yang bakal bertugas:

✨ Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah
Ustaz Fadlullah (Khatib) & Ustaz Shazril (Bilal)

✨ Masjid At-Taqwa, TTDI
Ustaz Danial (Khatib) & Ustaz Wafi (Bilal)

✨ Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara
Ust Syahrul Aidil (Khatib) & Ust Muhammad Bilal (Bilal)

✨ Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar
Imam Muhammad Abid (Khatib) & Bilal Muhammad Firdaus (Bilal)

✨ Masjid Al-Ghufran, Pinggir TTDI
Ustaz Muhammad Ali Mukhtar (Khatib) & Ustaz Muhammad Syukri (Bilal)

✨ Masjid Ar-Rahman, Kuala Lumpur
Ustaz Muhammad Ikmal Hakim (Khatib) & Ustaz Muhammad Zafrul Aiman (Bilal)

✨ Masjid Jamek Abdullah Hukum, KL Eco City
Ustaz Jurais (Khatib) & Ustaz Izzat (Bilal)

✨ Masjid Muhammadi, Angkasapuri
Muhammad Fazil (Khatib) & Muhammad Asyur (Bilal)

✨ Masjid Al-Ikhlasiah, Kuala Lumpur
Ustaz Aasif (Khatib) & Ustaz Fikri (Bilal)

✨ Surau Istana Negara (Lama)
Muhammad Ikhwan Hafiz (Khatib) & Ahmad Rizwan Nazhif (Bilal)

Wahai pemuda! Masjid bukan hanya tempat untuk golongan veteran. Ia adalah markas kekuatan kita. Jika hari ini kita menguasai mimbar, esok kita bakal menerajui negara dengan jati diri yang ampuh dan akhlak yang utuh.

Jangan sekadar hadir sebagai tetamu, hadirlah sebagai ejen perubahan! Jumpa anda di saf hadapan esok! ✊








7 Mei 2026 (Khamis) - Seminar Pengurusan dan Pengendalian Haiwan Korban Menurut Perspektif Jabatan Perkhidmatan Veterina...
07/05/2026

7 Mei 2026 (Khamis) - Seminar Pengurusan dan Pengendalian Haiwan Korban Menurut Perspektif Jabatan Perkhidmatan Veterinar Peringkat Zon 6 JAWI Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Mei 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Besar Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Program ini telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Pentadbiran Masjid/Surau Zon 6 JAWI dengan kerjasama Masjid Al-Ikhlasiah dan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar melibatkan seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada imam, bilal, Ahli Jawatankuasa dan sukarelawan masjid serta surau di bawah seliaan Pejabat Pentadbiran Masjid/Surau Zon 6 JAWI.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir sama pada majlis tersebut YBrs. Tuan Haji Mohd Arif bin Abdul Samat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAWI serta YBrs. Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Razali, Pegawai Tadbir Agama Zon 6 JAWI.

Ceramah telah disampaikan oleh YBrs. Encik Zulkifri bin Zainal Bidin, Penolong Pegawai Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan yang telah mengupas tajuk slot ceramah pertama iaitu "Penyembelihan Halal Dalam Aspek Kebajikan Haiwan Dan Kebersihan Daging". Bagi slot ceramah kedua, beliau menyampaikan tajuk "Penyembelihan Ternakan Korban Dan Permit Sembelihan Luar Rumah Sembelihan".

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan pengurusan dan pengendalian haiwan korban yang lebih teratur, selamat serta mematuhi kehendak syarak dan garis panduan pihak berkuasa. Selain itu, perkongsian daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi penekanan terhadap aspek kebajikan haiwan, keselamatan makanan dan kesihatan awam dalam pelaksanaan ibadah korban.

Melalui seminar ini, para peserta diharap dapat mengaplikasikan ilmu dan panduan yang diperoleh dalam pelaksanaan ibadah korban di masjid dan surau masing-masing agar lebih sistematik, berkualiti dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini diberkati Allah SWT serta menjadi asbab kepada pengurusan ibadah korban yang lebih cemerlang di Wilayah Persekutuan.

https://www.facebook.com/share/p/1CJbGjwqDe/

Quranic Madani: Night Reset – Bersatu Dalam SafπŸ“ Bukit Bintang, Kuala LumpurπŸ—“ 8 Mei 2026 (Jumaat)⏰ 8:00 PM – 11:00 PMAyu...
06/05/2026

Quranic Madani: Night Reset – Bersatu Dalam Saf

πŸ“ Bukit Bintang, Kuala Lumpur
πŸ—“ 8 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 8:00 PM – 11:00 PM

Ayuh hadir bersama mengimarahkan malam dengan solat berjemaah, bacaan Surah Al-Mulk dan tazkirah penuh pengisian.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Jangan lupa bawa sejadah dan hati yang tenang. 🀍







Facebook:
https://www.facebook.com/share/p/1GP7JtnBTf/

Instagram:
https://www.instagram.com/p/DX_hpjDCcci/?igsh=eDhlYXFlYWVqMDQ3

X:
https://x.com/i/status/2051961471530336698

30/04/2026

[KENYATAAN MEDIA]

Bantahan Terhadap Penganjuran Program Rain Rave Water Music Festival

KENYATAAN MEDIAJABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUANBANTAHAN TERHADAP PENGANJURAN PROGRAMRAIN RAVE WATER MUSIC FESTIVA...
30/04/2026

KENYATAAN MEDIA
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

BANTAHAN TERHADAP PENGANJURAN PROGRAM
RAIN RAVE WATER MUSIC FESTIVAL 2026

30 April 2026

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di bawah Kerajaan MADANI membantah penganjuran Program Rain Rave Water Music Festival 2026 di Kuala Lumpur yang dilihat berpotensi membawa kepada kemudaratan akhlak dan keruntuhan nilai masyarakat.

JAWI menyatakan kekesalan terhadap penganjuran program tersebut dan berharap agar pihak penganjur dapat menilai semula konsep pelaksanaannya dan cakna terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Merujuk kepada Bayan Linnas Siri Ke-351 bertajuk β€œRain Rave Water Music Festival 2026 : Hiburan Ada Batas, Penganjur Memikul Tanggungjawab Dan Konsert Berbentuk Maksiat Wajib Dihentikan” yang dikeluarkan oleh Jabatan M***i Wilayah Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa Islam tidak menolak hiburan secara mutlak, namun hiburan tersebut hendaklah tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak.

JAWI akan meneruskan pelaksanaan program-program keagamaan di Wilayah Persekutuan melalui kuliah, ceramah, forum, tausiyah, kempen di medsos dan khutbah Jumaat berkaitan kepentingan umat Islam untuk sentiasa mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhkan diri dari terlibat dalam program-program yang berunsur maksiat.

Justeru, JAWI akan menganjurkan bacaan yassin dan solat hajat serentak di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari ini 30 April 2026 selepas solat Maghrib bagi mendoakan kesejahteraan dan keharmonian hidup warga Wilayah Persekutuan secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnya.

JAWI juga memohon kerjasama semua pihak agar memastikan sebarang penganjuran program berbentuk hiburan tidak mempunyai unsur-unsur yang boleh menjejaskan kesucian agama dan akhlak masyarakat bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar.

Sekian

[TIDAK SETUJU: TOLAK BUDAYA HEDONISME]Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan menyatakan pendirian TIDAK SETUJU terhadap pe...
30/04/2026

[TIDAK SETUJU: TOLAK BUDAYA HEDONISME]

Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan menyatakan pendirian TIDAK SETUJU terhadap penganjuran Rain Rave Water Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 30 April - 2 Mei 2026 di Bukit Bintang.

Penganjuran konsert seperti ini dilihat membawa lebih banyak kemudaratan melalui:

❌ Pergaulan bebas yang tidak terkawal.
❌ Menyuburkan maksiat di kawasan terbuka.
❌ Budaya hedonisme dan hiburan melampau yang jauh daripada nilai ketimuran dan agama.

Malaysia sebagai Negara MADANI harus terus menekankan nilai-nilai murni demi mengekalkan keharmonian hidup masyarakat kita.

Mari kita bersama menjaga jati diri negara!



https://www.facebook.com/share/p/1DqsSgPP4D/

30/04/2026

Address

D/A Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50490

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60379319944

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pej Pentadbiran Pusat Zon 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pej Pentadbiran Pusat Zon 6:

Share