Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat

Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat Laman Facebook Rasmi MASJID AL-AKRAM Datuk Keramat (MADK) Jom Datang Awal ke Masjid!

02/09/2026

Brig. Jen. Haji Mohd Hamzah bin Adam

31/08/2026

Kuliah Maghrib Khas Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69

30/08/2026

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Khas Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69

15 Rabiulawal 1448H | Kenapa perlu datang ke masjid awal pada hari Jumaat? Selain dapat menunaikan solat Jumaat dengan l...
29/08/2026

15 Rabiulawal 1448H | Kenapa perlu datang ke masjid awal pada hari Jumaat? Selain dapat menunaikan solat Jumaat dengan lebih tenang, tuan-tuan juga berpeluang mengisi masa dengan beriktikaf dan mendengar Kuliah Jumaat sementara menunggu masuk waktu solat.

Datang awal ke masjid, insya-Allah bukan sahaja mendapat keberkatan, malah setiap langkah menuju ke rumah Allah dan masa yang diisi dengan ibadah menjadi amal yang bernilai di sisi-Nya. Ibadah dapat, ukhuwah terjalin, juadah pun tersedia oleh Mosque Kitchen MADK.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang tidak pernah jemu menghulurkan sumbangan, tenaga dan masa dalam menyediakan hidangan untuk para jemaah. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan, setiap juadah yang disediakan dan setiap titik keringat yang dicurahkan diterima Allah SWT sebagai amal soleh dan menjadi pahala yang terus mengalir. Hidupkan hari Jumaat dengan ibadah, ukhuwah dan keberkatan.

28/08/2026

Kapten Mohamed Fauzan bin Mat Nawi

Masjid Al-Akram Datuk Keramat akan menganjurkan “Kem Ibadah Al-Khair 2.0”, iaitu sebuah program penghayatan dan pengukuh...
28/08/2026

Masjid Al-Akram Datuk Keramat akan menganjurkan “Kem Ibadah Al-Khair 2.0”, iaitu sebuah program penghayatan dan pengukuhan ilmu agama khusus untuk golongan dewasa dan warga emas pada 12 September 2026.

Kem Ibadah ini mengetengahkan tiga teras utama ilmu iaitu Akidah, Fekah dan Tasawuf. Para peserta bukan sahaja akan didedahkan dengan ilmu dan panduan untuk menyempurnakan ibadah, malah turut diberi pengisian berkaitan pengukuhan keimanan serta pembentukan akhlak dan penyucian jiwa.

Justeru, dijemput seluruh Muslimin dan Muslimat untuk merebut peluang menyertai program sehari ini sebagai bekalan ilmu dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih sempurna serta mendapat keredaan Allah SWT.

26/08/2026

Ustaz Muhammad Aryf Zaki bin Mohd Ali

25/08/2026

Ustaz Syed Jamalush Shaarif Benyahya

25 Ogos 2026 | Masjid Al-Akram Datuk Keramat. Kemuncak Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H telah berlangsung dengan me...
25/08/2026

25 Ogos 2026 | Masjid Al-Akram Datuk Keramat. Kemuncak Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H telah berlangsung dengan meriah menerusi acara Tilawah Al-Quran, Pertandingan Azan dan Bercerita Kisah Nabi. Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai kategori pertandingan. Penganjuran program seperti ini bersempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, iaitu bulan Rabiulawal, merupakan salah satu wadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghayati ajaran Rasulullah SAW serta meningkatkan rasa cinta dan kasih kepada Baginda.

Majlis Penutupan Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Haji Muhammad Hatta bin Abdul Rahman.
Pihak Masjid Al-Akram Datuk Keramat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan keseluruhan program sambutan yang telah bermula sejak 1 Rabiulawal 1448H.

Terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang, sukarelawan, AJK, peserta serta semua yang telah bertungkus-lumus menyumbangkan tenaga dan masa bagi memastikan segala perancangan dan program berjalan dengan lancar. Semoga segala usaha, sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala serta diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh.

24 Ogos 2026 | Masjid Al-Akram Datuk Keramat Berselawat telah menganjurkan Datuk Keramat Berselawat, berlangsung dengan ...
24/08/2026

24 Ogos 2026 | Masjid Al-Akram Datuk Keramat Berselawat telah menganjurkan Datuk Keramat Berselawat, berlangsung dengan lancar dan penuh kemeriahan. Seawal pagi, ahli kariah telah bergotong-royong menyediakan juadah untuk Jamuan Rakyat.
Majlis kemudiannya diteruskan selepas Solat Maghrib dengan pelbagai pengisian yang bermakna. Pihak masjid turut menjemput Al-Fadhil Ustaz Ali Imran untuk menyampaikan tausiyah yang berkisar tentang Maulidur Rasul dan mengambil kesempatan meraikan empat orang bayi dalam Majlis Cukur Rambut yang diadakan semasa acara marhaban.

Program malam Datuk Keramat Berselawat diakhiri dengan Jamuan Rakyat yang mengeratkan ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan ahli kariah serta masyarakat setempat. Alhamdulillah & tahniah serta terima kasih kepada semua yang telah berganding bahu menjayakan program yang penuh keberkatan ini. Terima kasih khususnya kepada para penyumbang, sukarelawan dan seluruh warga yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan peluh keringat. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh serta dikurniakan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Address

Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 05:00 - 22:00
Tuesday 05:00 - 22:00
Wednesday 05:00 - 22:00
Thursday 05:00 - 22:00
Friday 05:00 - 22:00
Saturday 05:00 - 22:00
Sunday 05:00 - 22:00

Telephone

+601165169676

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share