Surau Silaturrahim

Surau Silaturrahim Jalan Dutamas Seroja 2, Taman Segambut SPPK, 51200 KL

https://www.facebook.com/share/p/19S3ZcGQb7/
24/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/19S3ZcGQb7/

MENCINTAI RASULULLAH AKAN MEMBAWA KE SYURGA

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menggambarkan bahawa seseorang yang benar-benar mencintai Baginda akan bersama Baginda di syurga nanti.

Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan:

أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ السَّاعَةِ، فَقَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟

Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: “Bilakah akan berlaku hari kiamat?”

قَالَ: «وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا».

Jawab Baginda: “Apakah yang kamu sediakan untuk hari kiamat?”

قَالَ: لاَ شَيْءَ، إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،

Lelaki itu berkata: “Tiada apa melainkan saya mencintai Allah dan Rasul-Nya SAW.”

فَقَالَ: «أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ».

Maka Rasulullah bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.”

Anas berkata:

قفَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ، فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ»

“Kami tidak pernah rasa sangat gembira seperti gembiranya mendengar hadis ini: Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.”

Anas berkata lagi:

«فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ، وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ»

"Saya mencintai Rasulullah, Abu Bakar dan Umar. Saya berharap akan dapat bersama mereka di syurga kelak sekalipun saya tidak mempunyai amalan seperti mereka.”

(Sahih al-Bukhari, no. 3688)

Tanda cinta kepada Rasulullah adalah dengan mengamalkan apa yang Baginda perintahkan dan meninggalkan apa yang Baginda larang.

Semoga Allah membimbing kita untuk meneladani Rasulullah SAW.
https://mylink.la/myhadithtime

https://www.facebook.com/share/p/1DHwmDmVNW/
11/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/1DHwmDmVNW/

BACA AL-QURAN DAN JADILAH SAHABAT AL-QURAN

Abu Umamah al-Bahili RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat untuk orang yang mendampinginya.” (Sahih Muslim, no. 804)

Al-Quran akan beri syafaat kepada mereka yang membaca dan mendampinginya. Ia akan membela mereka di hadapan Allah, memohon untuk mereka keampunan dan keselamatan daripada neraka serta dimasukkan ke dalam syurga.

Al-Quran yang kita dampingi di dunia inilah yang kita harapkan akan hadir sebagai pembela pada hari akhirat, hari yang manusia sangat memerlukan pertolongan.

Semoga Allah SWT membantu kita untuk istiqamah membaca dan mendampingi al-Quran.

https://mylink.la/myhadithtime

https://www.facebook.com/share/p/1BZwdHHfPP/
11/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/1BZwdHHfPP/

Setiap hari kita memohon petunjuk Allah agar sentiasa berada di jalan yang benar. Namun, dalam perjalanan itu, kita juga perlu memohon perlindungan daripada dorongan nafsu yang boleh menyesatkan.

Semoga Allah mengurniakan kita hati yang dipandu petunjuk, akal yang bijaksana dan jiwa yang sentiasa terlindung daripada dorongan yang membawa kepada keburukan. Amin ya Rabbal ‘alamin. 🤲





https://www.facebook.com/share/p/1BbNk2iddR/
10/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/1BbNk2iddR/

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA MENGAMBIL WUDUK

Selain menyempurnakan rukun-rukun wuduk, Islam juga menganjurkan beberapa amalan sunat yang menambah kesempurnaan ibadah serta menambahkan pahala.

1. Membaca Bismillah

Mulakan wuduk dengan membaca: أَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (sunat) diikuti بِسْمِ اللّٰهِ.

Memadai membaca بِسْمِ اللّٰهِ.

Rasulullah SAW bersabda:

لَا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ

"Tidak sempurna wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah ketika memulakannya." (Riwayat Abu Dawud)

2. Membasuh kedua-dua tapak tangan

Basuh kedua-dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan sebelum memulakan wuduk.

3. Berkumur-kumur

Sunat berkumur-kumur selepas membasuh tangan.

4. Memasukkan air ke dalam hidung (Istinsyaq)

Masukkan air ke dalam hidung, kemudian hembuskannya keluar (Istinthar).

5. Menyapu seluruh kepala

Rukun memadai menyapu sebahagian kepala, namun yang lebih afdhal ialah menyapu seluruh kepala.

6. Menyapu kedua-dua telinga

Sunat menyapu bahagian luar dan dalam telinga menggunakan air yang baharu.

7. Mendahulukan anggota kanan

Dahulukan tangan kanan dan kaki kanan sebelum kiri.

Daripada Aisyah RA:

"Rasulullah SAW sangat menyukai mendahulukan yang kanan dalam memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan dalam semua urusannya."

(Riwayat al-Bukhari)

8. Menyelah janggut, jari tangan dan jari kaki

Melalukan jari-jari ke celah janggut yang lebat serta di antara jari tangan dan kaki.

Rasulullah SAW bersabda:

"...Baginda memasukkan air ke bawah dagunya lalu menyelah janggutnya dan bersabda: 'Demikianlah Tuhanku memerintahkan aku.'"

(Riwayat Abu Dawud)

9. Meratakan air ke bawah janggut yang tebal

Sunat memastikan air sampai ke bawah janggut yang lebat. Sekiranya hanya bahagian luar janggut dibasahkan, wuduk tetap sah.

10. Membasuh setiap anggota sebanyak tiga kali

Membasuh atau menyapu setiap anggota sebanyak tiga kali adalah sunnah Rasulullah SAW.

Daripada Uthman bin Affan RA:

"Beliau membasuh kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali..."

(Riwayat Muslim)

11. Berturut-turut (Muwalah)

Melakukan semua perbuatan wuduk secara berturut-turut tanpa sengaja melengah-lengahkan antara satu anggota dengan anggota yang lain.

Doa Selepas Berwuduk

Disunatkan membaca doa berikut setelah selesai berwuduk:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ، وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.

Kelebihan Membaca Doa Selepas Wuduk

Rasulullah SAW bersabda:

"Tiada seorang pun yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian mengucapkan:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللّٰهِ وَرَسُولُهُ

melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu syurga. Dia bebas memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya."

(Riwayat Muslim)

https://www.facebook.com/share/p/18k8R8tWGm/
05/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/18k8R8tWGm/

Rezeki bukan sekadar harta, tetapi juga ketenangan, kesihatan, masa yang diberkati dan nikmat yang berpanjangan.

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rezeki yang luas lagi bermanfaat, serta nikmat yang kekal dan tidak terputus.

Semoga setiap usaha yang dilakukan dipermudahkan, setiap rezeki diberkati dan setiap nikmat menjadikan kita semakin dekat kepada-Nya.
اللهم آمين. 🤲





https://www.facebook.com/share/p/1Jq74mMd8T/
05/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/1Jq74mMd8T/

SAHKAH SOLAT BELAKANG IMAM WAHHABI?

1) Persoalan yang selalu ditanya kepada kami ASWJ yang mendedahkan brain wash dan penyelewengan Wahhabi.

2) Apabila golongan Wahhabi mengelabah dan terdesak dalam berhujjah, mereka akan lontarkan brain wash tersebut.

3) Hal ini kerana mereka bangga dengan Kerajaan Saudi yang sekarang menguasai Dua Tanah Suci (Mekkah & Madinah).

4) TAHUKAH ANDA?
● Aliran Muktazilah menguasai Dua Tanah Suci lebih kurang 34 tahun (813-847M)
● Muktazilah menjadi mazhab aqidah rasmi pada 827M di zaman Khalifah Al-Makmun.
● Dua Tanah Suci dikuasai oleh Muktazilah bermula ketika Khalifah ke-7 Dinasti Abbasiyyah iaitu Al-Makmun (813-833M)
● Khalifah ke-8 Al-Muktasim (833-842M) meneruskan penyebaran Muktazilah secara ekstrimis dan kejam sehingga Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan dan banyak lagi yang menjadi mangsanya.
● Khalifah ke-9 Al-Wasiq (842-847M) yang menyambung juga semakin kejam dengan membunuh Yusuf bin Yahya Al-Buwaity (murid utama Imam Syafie) dan ramai lagi.
● Namun, Imam Abu Abdul Rahman Abdullah ibnu Muhammad ibnu Ishak al-Azraniy telah berdebat dengan Khalifah Al-Wasiq hingga menyebabkan Al-Wasiq bertaubat dan penyebaran Muktazilah secara kejam terhenti.
● Seterusnya, mazhab Muktazilah dibasmi dan dilenyapkan secara total oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi serta pengikut-pengikut mereka yang dikenali Al-Asyairah wal Maturidiah.

5) Persoalanya?
i) Siapakah yang berjaya membasmi fahaman yang telah membunuh ramai ulama Sunni?
ii) Dimanakah Al-Wahhabiyyah ketika itu?
iii) Sahkah solat makmun ASWJ dibelakang Imam yang Muktazilah ketika itu?
iv) Samakah situasi penguasaan Wahhabi Saudi ke atas Mekkah dan Madinah dengan penguasaan Muktazilah pada zaman tersebut?

6) Apa hukum solat dibelakang Wahhabi di Mekah dan Madinah?
a) Bersangka baik bahawa tidak semua Imam di sana berpegang dengan fahaman Wahhabi.
b) Jika jelas ia adalah Wahhabi, maka sah solat berimamkan ahli bidaah aqidah seperti solat berimamkan Muktazilah. Hal ini dibahaskan oleh para ulama fiqh tentang hukum menjadi makmum kepada ahli bid'ah yang aqidahnya tidak mencapai tahap kufur.
c) Maklum di sisi ASWJ, kami tidak mengkafirkan Wahhabi atau mana-mana firqah bukan ASWJ.
c) TG Haji Salleh S*k pernah bertanya kepada gurunya, TG Syeikh Wan Ismail (Pak Da Eil Mekah) tentang hukum solat berimamkan Wahhabi.

Pak Da Eil jawab, sah solat dibelakang Wahhabi iaitu diuzurkan di tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa kerana berkehendak kepada kelebihan berjemaah bukan kerana Imam-Imam Wahhabi.

7) Demikianlah Wahhabi, banyak brain wash daripada hujjah. Tetapi sekarang, banyak fitnah daripada hujjah. Orang ramai mudah percaya kerana kurang ilmu yang sama kurang dengan penyampainya. Ingatlah kita dengan hadis akhir zaman:

يأتي على الناس زمان لا يبقى فيما يبقى من الإسلام إلا اسمه, ولا من القرآن إلا رسمه, مساجدهم عامرة وهي خرابٌ من الهدى, علماؤهم شر من تحت أديم السماء, من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود
"Akan datang suatu zaman di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali pada namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali pada tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama yang ada adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali." (HR. al-Baihaqi)

ﻗﺎﻝ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ: ﺇﻥ ﺃﺧﻮﻑ ﻣﺎ ﺃﺧﺎﻑ ﻋﻠﻰ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﻣﺔ ﺍﻟﻤﻨﺎﻓﻖ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ. ﻗﺎﻟﻮﺍ: ﻭﻛﻴﻒ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻨﺎﻓﻘﺎً ﻋﻠﻴﻤﺎً؟ ﻗﺎﻝ : ﻋﻠﻴﻢ ﺍﻟﻠﺴﺎﻥ ﺟﺎﻫﻞ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭﺍﻟﻌﻤﻞ

Saidina Umar Bin Khattab r.a. berkata “Sesungguhnya sesuatu yang paling mengkhuawatirkan yang aku khuawatirkan dari umat ini adalah para munafiq yang berilmu”

Para sahabat bertanya “Bagaimana orang munafiq tapi ia alim?”

Saidina Umar r.a. menjawab “Mereka alim dalam lisannya tapi tidak dalam hati dan amalannya.”

Sayyidina al-Imam al-Syafie radhiyallahu ' anhu berkata :

لولا المحابر لخطبت الزنادقة على المنابر

Seandainya tidak ada tinta-tinta para ulama yang membela kebenaran, pasti orang-orang zindiq (munafik) akan berceramah di berbagai mimbar.

Bukankah ramai Wahhabi sekarang lunak bermadah, hebat berkata-kata, banyak p**a puisinya, mubahalah sebagai kebanggaannya.

Disediakan oleh:
Ust HAZA Official

P/S : Gambar dibawah dikatakan gambar Pak Da Eil (Syeikh Wan Ismail al-Fathani) yang merupakan guru kepada Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, TG Haji Salleh S*k, Baba Abdul Qadir Hj Wangah Sekam, TG Haji Abdullah Lubuk Tapah, Syeikh Wazir al-Kalantani al-Makki dan ramai lagi.

Address

Jalan Dutamas Seroja 2, Taman Segambut SPPK
Kuala Lumpur
51200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Silaturrahim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share