19/05/2026
Malabari Muslim Jama’at (MMJ), ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah menerima beberapa laporan berhubung satu kes penipuan yang melibatkan jumlah wang hampir RM46,000.
Dua orang adik-beradik yang dikenali sebagai *Shajeer* dan *Hafeez* didakwa telah meminjam wang daripada beberapa individu dengan janji untuk memulangkan semula bayaran tersebut. Namun begitu, sehingga kini janji berkenaan masih gagal ditunaikan.
Beberapa mangsa telah tampil bertemu pihak kami bagi mendapatkan bantuan dan sokongan. Susulan daripada itu, pihak MMJ dan PPMM juga telah mengadakan perbincangan bersama beberapa pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian secara baik.
Hasil daripada pertemuan tersebut, satu persetujuan telah dicapai di mana bayaran bulanan sebanyak RM1,000 akan dibuat bagi menyelesaikan tuntutan yang terlibat.
Laporan polis juga telah dibuat berhubung perkara ini. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, bayaran yang dijanjikan masih belum dilaksanakan seperti yang dipersetujui. Malah, individu terlibat turut menunjukkan sikap yang tidak profesional serta memberikan respons yang kurang baik kepada pihak-pihak yang menuntut hak mereka.
Sehubungan itu, pihak kami ingin menyeru kepada orang ramai agar berhati-hati dan berwaspada dalam sebarang urusan melibatkan individu-individu tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada mangsa lain.
Bersama kenyataan ini turut dilampirkan gambar individu yang terlibat untuk makluman dan perhatian umum.